Tuesday, December 16, 2014

Selangor Cyber Games at The Strands


Macam biasa Sabtu pagi tak ada aktiviti lain selain daripada menghantar Adik ke kelas gitar dia. 

Ramai pulak Sabtu tu, rupanya ada Selangor Cyber Games Competition. Ramai budak-budak lelaki kat tengah ruang legar mall The Strands. Rupanya semua nak daftar untuk masuk competition tu.


budak lelaki yang frust sebab tak ada kaki nak main. Satu kumpulan at least 5 members.
Tengok mukanya tu muka tengah bengkek jer tu. Sesambil tu mulut dia duk mengomel, 'Mama lah ni tak bagi Abang main game kat kolej. Kawan-kawan Abang semua dapat main game". Ehhh...nak gi kolej nak main game ke nak belajar?. Ayah dia memang awal-awal lagi dah warning masa belikan dia laptop tu. Laptop strictly for school work, tak boleh download game. Kalau dah download game nanti tak jadi kerja lain.....ngadap benda tu jer. Macam sekarang cuti sem ni, kerja dia duduk dalam bilik ngadap computer dia. Laptop buka, computer pun buka.....banyak chantekkk muka =P


pokok Krismas The Strands


nampak tak tu semua beratur nak ambik T-Shirt


kalau menang dapat RM30,000 tu


canggih-canggihlah gamers sekarang ni. Time Mama nakal budak-budak dulu ada gak pi main game kat pusat-pusat archade game tapi tak adalah tegar sangat. Itu pun singgah lepas habis tuition hahahaha....sompek lagi tu.



Tak tahulah sapa yang menang sebab tak tunggu sampai game bermula. Yang I tahu budak-budak ni main FIFA dan DOTA. 

Tahu tak ayah budak-budak ni nak anak dia jadi gamers professional. Dulu siap hantar Abang pergi tempat ada competition lagi. Pastu dia berangan nak suruh anak dia cipta game....sabor jerlah. Itu pun hari tu dia berangan nak masuk kelas programming Java. Sapa sebenarnya yang berangan nak jadi gamers ni....anak ke bapak? #rollingmyeyes.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin