Tuesday, November 18, 2014

Sports day Adik

Disebabkan mak membuta sampai tak sedar anak pergi sekolah pagi tu so gambar-gambar semua ikhsan dari ayah budak-budak sahaja. Pukul berapa ntah dia pergi sekolah pun I tak sedar sebab penat sangat from the drive ambik Abang kat hostel. Sakit pinggang hari ni baru terasa baik sikit.

So ini jerlah gambar-gambar yang ada. Biasalah bapak-bapak ni semua bukannya kaki ambik gambar sangat macam mak-mak yang gigih.


Adik rumah biru sama macam abangnya dulu. Memang tradisi adik beradik akan diletakkan dalam rumah sukan yang sama. 


 Adik masuk acara 4X200m tapi mampu dapat tempat ketiga sahaja. Oklah tu ....good effort.
Ayah bagitahu yang budak-budak ni semua awal-awal semua pecut tapi bila last 500m semua muka dah pancit. Tapi olahragawati sekolah terror sangat. Ketinggalan kebelakang mula-mula tak jadi hal sebab sekali dia pecut habis budak-budak lain kena tinggal jauh kebelakang. Sayonaralah korang. Pasal tulah dia olahragawati sekolah lol


dapat naik podium dah bangga sangatlah tu


Rumah biru johan.....syabas! Berbaloi ayah tunggu dan Adik ponteng kelas gitar =P




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin