Wednesday, November 19, 2014

Adik school graduation

Baru kurang sikit kesotongan kalau tak tadi sebijik macam sotong kurita. Phone opis bunyik, handphone berbunyi (tu bapak & my bff yang call) pastu email menderu-deru masuk semua nak kena settlekan kerja urgent tak boleh tunggu. Kalau ada banyak tangan macam sotong mau semua tangan digunakan hari ni.

Dah lega sikit ni baru boleh sambung cerita. Semalam hari graduation Adik. Darjah 6 sekarang pun dah sikit buat graduation dapat scroll segala. Kalau lepas graduate darjah 6 ni, sijil laku tak apalah jugak hahaha. Nak buat macamanakan semua sekolah sekarang dah trend nak buat graduation day. Kelas korangkan, dulu masa mak korang habis darjah enam....habis gitu jerlah....bai...bai ...bai...udah. 

I tak cuti semalam sebab almaklumlah cuti semua nak apply bulan 12 nanti. Sebenarnya parents not invited to graduation semalam unlike previous years. Ada gaklah I baca parents merajuk dalam my facebook kata tak dijemput ke graduation day anak. Tak per nanti doakan anak graduate universiti, mesti lagi bangga. Tapi ayah budak-budak ni pedulik apa sekolah tak jemput, dia gate crashed jer sebab nak ambik gambar anak kesayangan dia. Lepas ni mana ada lagi anak yang bersekolah rendah, ni yang last. Insyaallah last, I bukan Che Ta nak beranak kecik lagi.....tetiba Che Ta pulak jadi comparison. Tapi anak Che Ta cantik kiut miut so kalau baby meraung bangun malam pun tak apa. Anyway, ramai parents lain yang muka tebal macam ayah budak-budak ni. Masuk jer ambik gambar anak hahahaha....

Gambar-gambar bawah ni sibuk ayah dia whatsapps secara live kat I =D

tak paham concept castle dengan graduation


cool tak pakai baju kurung dengan sneakers hi-cut



Adik & her best friend


see told ya there's parents crashing the graduation day





my graduate...Mama doakan lagi 10 tahun Mama dapat tengok Adik graduate universiti pulak =)


Lepas acara penyampaian scrool ada persembahan. Adik and her gang ada perform. Ayah dia ada hantar video tapi malas nak upload.






kalau you all tengok video tu berterabur-terabur budak-budak ni menari hahahaha...

Later I'll update pasal prom/ hi-tea graduan 6 ni pulak ya hehehe...stay tuned!

1 comment:

Lynn Huraiza said...

tahniah adik...practice makes perfect...kurang training kut diorang...hihih...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin