Wednesday, January 29, 2014

Makan kedai baru


Kedainya taklah baru tapi kamilah yang baru first time try makan kat kedai ni walaupun dah berkurun kot kedai tu buka. 

Sempena nak raya cine kita pun lunch kat restoran chinese muslim.Pemes dah kot Restoran Hj Sharin Low ni. Banyak kali gaklah ternampak gambo kawan-kawan makan sini tapi hari ni baru tersesat pergi sebab tak tahu nak makan mana. Nak makan kat Kayu Nasi Kandar tapi parking pulak macam haram payah nak dapat. 

Review kedainya.....nak gak tu buat review. Interior kedai biasa-biasa saja, nothing to shout out about. Mengingatkan kedai makan yang I pergi kat China jer. Kedai kat China semua biasa-biasa jer, tak ada fancy decoration ke apa.Even the menu book pun reminds me of kedai makan kat China punya pesen lol.




they have Yee Sang menu

We ordered Cantonese Yee Mee and seafood nasi goreng.Boleh tahan cepat jugaklah dapat makan. 


my Cantonese Yee Mee boleh tahanlah. Tak adalah marbelles sangat. 2.5/5 bintang bolehlah kot. Mungkin sebab yee mee dia keras sangat lambat nak lembut even though dah gaul dengan kuah tu yang potong sikit.

Nasi goreng dia datang sekali haaa kau tinggi menggunung, boleh makan dua orang. Tapi Akak salah...anak daraku makan sepinggan tu dia sorang jer. Kena dengan selera dialah agaknya sampaikan makan udang tak nak share dengan mama huhu....


Tak sempat nak belek-belek apa lagi menu yang ada tapi macam banyak gaklah. Atas flyers dia ada salted egg crab kena try ni lain kali.


last but not least gambar tuan rumah pakai one of the new scarfs from Brands Outlet. Scarf ni agak besar sikit bidangnya so I lipat sikit bagi kecik so senang sikit nak lilit.

I also want to wish all my Chinese friends Happy Chinese New Year. Jangan lupa red packetku dalam ingatan. =)


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin