Monday, July 18, 2011

Converse and Harry Porter


Kasut raya? ehh taklah. Over nak pakai kasut ni raya...lainlah kalau umur belas-belas tahun.

Jenuh jugaklah cari kasut ni. Converse kat One Utama tak ada size 5.

End up sampai ke Sunway Pyramid nak beli kasut sepasang.

Dapat kasut terus balik tak ada dah menyinggah tempat lain.

Anak bungsu nampak mak dia beli kasut, dia pun nak jugak. Anak tunggu Ayah belikan nanti for raya. Mama beli pun ada sebab kalau tak tak adanya nak beli.

Tetiba feeling remaja =)

Semalam kami pergi tengok Harry Porter and the Deathly Hallows Part 2


Ada orang yang kata dia menangis tengok HP kali. I didn't cry, I was more kagum with the movie. I must say that this is the best HP sequel yang pernah diterbitkan. Special effect filem HP kali ni memang amazing and convincinglah. Rasa macam I ada sekali dalam filem tu. Imagine kalau tengok 3D mesti lagi best.

Not gonna do any review on the film cause tak nak bagi spoiler kepada sesiapa yang tak tengok lagi tu. I recommend all the Harry Porter fans pergilah tengok.

Saturday, July 16, 2011

Pizza yang yummy di Pizza Milano

Lunch semalam at Pizza Milano.
Kepada sesiapa yang tak pernah makan at Pizza Milano, it's located at One Utama Old Wings. Right at the end of the old wing at level 2.

Pizza lovers you should come and try their pizza. Their pizza is the thin crust yang sedap. You also get to choose variety of pizza flavors. Beside pizza they also have other food on their menu but tak ingatlah pulak.











I ordered beef lasagna yesterday. It was thick and full of beef and cheese.
Makan sorang memang tak boleh habislah. Kena makan berdua baru licin.
Satu plate lasagna ni RM10





my friend had Pizza Supreme. Sedap...melekat-lekat pizzanya. Alamak terkenang-kenang pulak. Again, this pizza boleh makan 2 orang.


We ordered ice lemon tea. Even the ice lemon tea is so yummy. Tak adalah cair jer macam some places.

Makan sambil gossip memanglah best hehehe....

Anyway the bill came at RM27+ for the 2 of us which is kinda reasonable.


 
if you are wondering why all my pictures are blurry, it's because mengambil gambar dengan laju-laju sebab segan dengan orang hehe...
 
Happy weekend all =)
 
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 15, 2011

Random update jer

Lately tak berkesempatan nak berblogging. Idea pun macam tersekat. Bila dalam bilik mandi macam banyak benda nak tulis. Tapi bila mengadap blog terus lupa semua *puff*

Balik rumah sibuk mengadap Youtube. Cari inspirasi nak mempelbagaikan fesyen berhijab =)
Tapi duk pakai fesyen yang sama jugak hari-hari sebabnya besok pagi terlupa macamana nak lilit selendang panjang tu. Nasib ler nyah...

Kat ofis ni masih tak kebah lagi cerita Bersih. Hmm...layankan jerlah. Malas nak cakap banyak sebenarnya pasal Bersih ni. But one thing I notice that different political views (some how another this Bersih thingy dah jadi political issue. Bukannya sebenarnya pasal SPR ke?) can even make friends act cold towards you. Boleh hilang kawan tu. Ada kawan yang cakap siap ada member yang delete mendelete dari friend list kat facebook. To me lahkan, friend tetap friend walaupun different political views. Kalau tak sependapat pasal isu politik then avoid talking about it.

Petang semalam ada sessi berjumpa pengantin baru. When with this makcik to see the newly weds. Happy that  at last my friend yang dah lama jadi widow finally meet someone that will take care of her. Glowing muka pengantin baru. Makcik ni ntah bilalah pulak nak naik pelamin lagi sekali *peace if you are reading this....jangan marah aaa*


semalam ada kawan mms gambar durian. *Poyo*
Penuh bonet belakang kereta dia. Nasib baik jauh kalau tak mau I suruh dia hantar sikit to my house.

Pagi ni anakanda terchenta pergi school trip to Melaka hari ni sampai petang. Risau jugak nak lepaskan tapi sesekali kena jugak let go anak kitakan.

Ya Allah kau lindungilah anakku dan perjalanan mereka. Amin


Wednesday, July 13, 2011

Cerita berus gigi

Nak cerita pasal berus gigi pagi ni. Dua hari lepas masa nak gosok gigi sekali berus gigi dah terjatuh atas lantai bilik air. Terus buanglah jawapnya.
Korek almari kabinet dapur jumpalah sebatang berus gigi cap ayam beli masa pergi holiday mengejut kat Cameron Highland hari tu.

Tengah syok-syok berus gigi guna berus gigi baru sekali berus gigi patah....cisss.
Do you know how hard it is to brush your teeth without the toothbrush handle....susah gila okay.

So anyway, my collegue suggested that I try berus gigi Systema. Dia kata berus gigi ni bestlah. Semua kekotoran gigi akan keluar sebab the fine bristle so berus tu akan masuk kesemua celah gigi dan buang all the kekotoran. Now I sound like an advert for berus gigikan...hehe



after using this tooth brush....memang best. Rasa bersih gila gigi sampai rasa macam spotless lah celah-celah gigi.
model berus gigi =P

Tuesday, July 12, 2011

Opss I did again

terbeli sepit-sepit comel untuk anak-anak

The downside of having a shopping mall attached to your office =P

Lontong for breakfast


breakfast hari ni. Yums. Lontong Restoran Puteri TTDI.

Kurang inspirasi nak membelog selepas apa yang terjadi Sabtu lepas.
Sedih sebab ada pihak yang sengaja nak memporak perandakan keamanan negara.

Mood dah hilang =(

Friday, July 8, 2011

Beli satu dapat satu

Salam Jumaat semua,

Tak berkesempatan nak update panjang-panjang lately sebab banyak kerja office.
Balik rumah pun sekarang , pukul 9pm lebih mata dah kuyu dah. Banyak episod Annisa dah miss. Weekend ni kena qada' balik thru tonton.com.my

For Double Cheeseburger McD's lover, next week ada promo buy 1 get 1 free.

just double click on the coupon to enlarge ya cause the coupon has to be printed a certain size kalau tak tak valid.

So enjoy!

Somebody lend me these books today. So I guess I'll be burying myself reading the books sebab nak berjalan-jalan pun macam tak selamat jer with all the #Bersih thingy going on. Banyak roadblock sana-sini kan. Kan lebih baik orang-orang #Bersih tu datang my house and tolong bersihkan rumah I...lagi banyak faedah =P


Hati kena selalu bersih....tak ada kena mengena dengan #Bersih =P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin