Tuesday, December 13, 2016

Kenduri kawin

Assalamualaikum,

Hebat sangat Akak sekarangkan....dah nak masuk setengah bulan baru nak update blog yang tak seberapa ni. Akak tak ada pergi mana pun, lepak kat rumah jer cuti panjang ni. 
Minggu ni pun Akak kerja dua hari jer pastu minggu depan Akak cuti seminggu. Untuk tahun ni Akak ada balance hari bekerja 6 hari jer lagi......happy sungguh rasanya.

Anyway, Sabtu lepas kami ke kenduri kahwin anak sepupu ayah budak-budak ni. 
Tapi tak tahu mana silapnya, kami sesat nak mencari dewannya sampai sejam.
Map yang diberi dalam kad tak berapa detail. Kami sampai-sampai dewan pukul 12.30 tghari, tak ramai jemputan. Rupanya ramai yang sesat macam kami.

Bagus jugak tak ramai jemputan lambat sampai sebab lapang meja buffet. Tak payah beratur panjang hehehe....



lauk kenduri yang lama tak jumpa



tapi dua beradik ni jugak yang paling win
perghhh...sedap!


selesai makan terus ramai jemputan sampai.....moh ler kita beralih ke tempat lain.
Bagi peluang orang lain duduk makan pulak.
Akak ada appoinment hospital pagi tu, makanya tak koserlah Akak nak berbaju kurung bagai sebab nak jumpa doktor. So kita improvise mana-mana yang boleh hehehe...



muka dah ketat sebab kena tunggu lama.
Biasalah ayah budak-budak ni kalau dah jumpa sedara mara dia memang lama punya.
Dia dah feeling macam Abang Kawasan kat situ....almaklumlah cucu sulung, ramailah mak bapak sedara nak kena jumpa.

πŸ˜πŸ˜πŸ˜ŠπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜πŸ˜€

πŸ‘†

ehh dah boleh add emojilah kat blogspot.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin