Friday, November 1, 2013

Lepas rindu

Tak pernah sangka yang anak I akan masuk boarding school dan tak akan ada depan mata hari-hari macam selalu. Selalu sangka yang kalau dia nak duduk hostel nanti pun mesti lepas dia habis SPM. Sekali tahun ni dapat pulak rezeki dia masuk KRU Academy under Kementerian Pendidikan Malaysia. Terpaksalah lepaskan anak demi anak nak mengejar ilmu.

So far Abang happy belajar kat KRU Academy. Mungkin sebab sistem pembelajaran tu berlainan dengan sekolah menengah. At KRU Academy derang banyak buat latihan dalam kelas macam belajar teknik melukis dan macam-macam lagi. Banyak in class aktiviti so tak adalah budak-budak boring. Lukisan classmates Abang semua lawa-lawa....memang talentedlah budak-budak tu semua. I ada secrectly follow Instagram classmates dia. I tell you budak-budak tu tangkap gambar memang cantik dan berseni. Even roommate Abang pun talented siap ada studio sendiri develop gambar and ambik tempahan ambik gambar orang kahwin. These kids are only 16 yo for goodness sake. 

Tak adalah skema macam yang kita belajar kat sekolah menengah tu.....kena dengar cikgu pokpek ...pokpek pastu salin semua latihan dan kerja rumah. I pun dulu tak concentrate sangat apa yang cikgu ajar kat depan sebab Cikgu baca balik apa yang ada dalam buku teks....sendiri pun boleh balik baca. 

Pastu selalu tension sebab cikgu selalu suruh I tulis soalan-soalan kat papan hitam sebab cikgu kata tulisan I paling cantik dalam kelas. Sebenarnya Cikgu malas dan cikgu kemetotkannn tak sampai nak tulis kat papan hitam tu kan. Tension sebab lepas tu tulis kat blackboard kena salin balik kat buku latihan sendiri. Kan dah dua kali tulis tu.....I hetchu tecer!

Oppsss sorry melalut ke laut perginya. Sebenarnya nak story yang Sabtu lepas kitaorang pergi jumpa Abang. Rindu sebab almost 2 minggu tak jumpa dia walaupun hari-hari call. Tak dapat cakap dengan dia 2 hari pun dah menggelupur sampai siap sms warden tanya dia ok ke tak ...hihi #makyangpobia #overprotective 

Hari tu pun dia boleh keluar daripada pukul 2 - 6 petang jer. Nak bawak jalan jauh-jauh pun tak sempat makanya kami pergi The Mines jer. Lain sungguh dah Mines sekarang, dah tak malap macam dulu. Happening sungguh sekarang, meriahlah nampak. Pengunjung pun ramai. Mall ni nampak terang dan berserilah sekarang.



Anak bungsu dan sulung yang suka bercakar dengan each other. 
Duduk hostel ni barulah nampak berseri sikit budak ni. Makan pun cukup sampai 5 kali sehari. Belajar pun agaknya tak stress sangat macam kat sekolah menengah dulu. Almaklumlah Abang ni kan dyslexia so bila suruh buat karangan panjang-panjang otak dia penat. Creative learning is more for him I guess.


tiap kali kalau humpa Abang kat hostel, perkara paling mesti buat ialah pergi Giant untuk beli makanan dia.


nampak tak penuh dengan tit bits jer budak ni. 
Dia kata malam-malam lapar walaupun dinner pukul 8 malam. Pastu warden selalu bagi derang buah-buahan tapi hhmmm....biasalahkan budak-budak.

Minggu ni sebenarnya minggu exam student KRU Academy. I ada follow twitter Norman KRU. Alhamdulillah, pihak Academy siap ada buat tazkirah dan solat hajat sebelum students menghadapi peperiksaan. At least I know my son is in a good hand.


minah grunge....kasut dia sama saiz dengan kasut I okayy..


apa yang budak-budak ni tengok?


rupanya derang tengok ikan gergasi.....besar-besar ikan dalan canal tu.
I tengok pun seriau


buah hati pengarang jantung intan payung meletupku. 

Tak lama lagi mama korang lah yang paling kemetot kat rumah. Abang dah lebih tinggi daripada Mama, Kakak dah sama tinggi, Adik pulak sikit lagi nak sama tinggilah tu dengan I. Mak pasrah....tapi mak tetap comel.

Minggu ni tak dapat jumpa Abang sebab warden tak bagi derang keluar tiap-tiap minggu. Tapi tak apalah sebab cuti sekolah pun dah tak lama lagi. Nanti dia baliklah duduk rumah jaga adik-adik satu setengah bulan.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin