Monday, November 4, 2013

Hello Tudungpeople

Rasanya my laci tudung tu macam nak meletop dah sebab padat sangat. Macam kegilaan pulak membeli tudung tiap-tiap bulan. Rasanya tak lama lagi nak kena buat jualan murah-murahan my shawls yang I tak pakai lagi tapi ada ke orang yang beli.

Sabtu lepas I ada ke wedding officemate kat Taman Selayang, Batu Caves. Selamat Pengantin Baru buat officemate, semoga berbahagia ke anak cucu cicit piot. 

Alang-alang dah sampai ke Batu Caves tu, mulalah timbul idea nak pergi Setapak.

Semua sebab post kat facebook.



lawanya shawl Tudungpeople (TP) tu especially yang warna turquiose tu. Lama dah usha nak beli shawl Tudungpeople tapi berat rasanya nak beli online. Ntah selalu rasa macam tak feel kalau beli tudung online sebab tak boleh nak rasa material dan test pakai tudung tu.

Masa nak balik tu, dah cakap dengan suami cum drebar rasmi yang I nak pergi Setapak sebab nak ke butik Tudungpeople tapi dia sound dia malas nak pergi area sana sebab jam. Mulalah berlaku adengan sentap-sentapan. Ialah bukannya senang nak pergi area sana tu. alang-alang dah dekatkannnn. Akhirnya....pakcik tu mengalah jugak (sila insert evil laugh)


Hello Tudungpeople. Penat Akak menapak 3 tingkat nak sampai ke butik TP. Lain kali sediakan lift ya dik, nak tercabut lutut Akak yang dah tua ni panjat tangga. 

Senang jer nak cari butik TP. Berdepan dengan Festival City Mall, sebaris dengan Cash Converter store. 

Tak banyak sangat collection tudung macam kat Butik Al- Humaira Contemporary feberet I tu. Shawl yang I berkenan warna turquoise tu tak ada dalam stok so kita belilah color lain.




happy tak terkata, dapat jugak merasa pakai shawl TP


balik rumah terus tak sabar nak try tudung baru


2 shawls yang I beli. Dah lama dah teringin nak beli shawl yang ada tampal tu. Tak lama lagi ofis kita ada annual dinner, bolehlah melaram. Masalahnya theme dinner ialah retro....baju apalah yang nak ku pakai ni. 



penat Akak edit gambar bagi muka nampak flawless tau. Ingat Xiaxue si blogger femes tu jer yang pandai edit gambar dia bagi lawa, Akak pun boleh tau.


Glitter shawl ni I beli dengan my officemate yang kahwin tu. RM25.....murahkan. Hari tu tengok kat butik online derang jual RM38. 

Soalan serius ni kalau I jual my old shawls murah2 supercheaplah.....korang nak beli tak?

Ohhh bagi yang bekerja macam Akak hari ni......bertabahlah kita semua ya. Selamat berkerja. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin