Monday, November 18, 2013

Hospitalize again!

Tahun ni rasanya memang trying year for me. Tahap kesihatan memang tak bagus sungguh tahun ni. Baru bulan lepas I buat surgery untuk neck slip disc, bulan ni dah masuk balik untuk operation buang appendiks pulak. Dua bulan berturut-turut duduk hospital sampaikan nurse kat ward tu pun ingat lagi.

Alkisahnya sebelum I admit on Wednesday 6 November, the day before tu kan cuti Awal Muharram. So cuti tu I bawak my mother untuk check BP dia sebab bulan lepas BP dia timggi so doktor bagi ubat untuk makan tapi ubat dah lama habis. Rewind sehari sebelum bawak my mom pergi klinik tu, bibik my sister yang duduk rumah my mom tu kena admitted ke Hospital Sungai Buloh sebab BP dia naik sampai 205 readingnya. Nasib baiklah BP dia turun hari yang sama so doktor lepaskan dia balik.

Back to my mother's story. So bila bawak pergi klinik untuk check BP dia, rupanya BP dia naik sampai 200. Doktor tu dah bising-bising siap soung I lagi kata, "This is your faults because you did not bring her for check up!". Wah sentap gaklah Akak kat situ sebabnya puas kitaorang ajak dia pergi hospital PPUM untuk check up tapi my mom tak nak. Last-last hari tu jugak doktor refer terus pergi hospital. Haaaa tu lah degil sangatkan. Itu pun dia ada hati nak tangguh pergi besok. Kalau pergi besok alamatnya dia tak nak pergilah. Memang tahap paksalah dia hari tu. Terus suara tegas garang semua keluar.

Balik rumah pick up my dad teruslah kami ke PPUM. Periksa BP dah naik sampai 230. Tu mesti dia stress sebab kena pergi hospital hahaha. Teruslah kena tahan kad observation ward sampai malam. Merasalah kitaorang menunggu daripada tengahari sampai ke malam sebab BP tak turun-turun. Dah tengah malam baru doktor releasekan bila BP turun ke around 170.

Masa tunggu my mom kat PPUM tu, my pinggang and perut dah rasa lain macam sakit. Berdiri lama sikit jer mulalah sakit. Tak leh jadi ni, terus cakap kat hubby yang besok kena jumpa jugak Dr. Tong Specialist kat DSH sebab sakit kat belah kanan tak hilang-hilang. Dr. Tong dah tanya dah bila nak buat surgery untuk buang my appendicitis tapi I duk tangguhkan sebab memikirkan hari tu dah MC lama lepas buat neck surgery tu. Takkan nak MC lagi.....marah pulak orang kat kita kang. Lagi satu....adoi tak sanggup rasanya nak masuk operating theater tu lagi sekali sebab seriau.

Pagi Rabu tu dah jumpa Dr. Tong. Dia tanya bila nak buat surgery tu. I kata kat dia anytimelah up to him. Besok pun boleh kalau dia free. Sekali mana tau petang tu jugak kena pergi hospital buat Laparoscopic surgery. Lepas ambik budak-budak sekolah terus pergi hospital. 

Masa prep untuk surgery tu Anesthesiologist tu ada baca my chart sebab I'll be under GA for the whole surgery. Kira pengsan teruslah.....kalau dia tak bagi pengan pun I pengsan dulu kot tengok equipment kat dalam surgery room tu. Sekali Anesthesiologist tu cakap kat nurses yang I ni difficult patient sebab the last time I did my neck surgery they had difficult time inserting the tube into my lungs sebab they did not expect my voice box (kotak suara) to be very high sebab I don't have the criteria for it. She explained that selalunya orang yang ada kotak suara tinggi ni kalau kita letak jari kat bawah dagu kita tak muat untuk 3 jari. Seram gak I dengar. Ialah dah nak kena sorong masuk dalam operating theater kena declare 'difficult patient' mau tak seram bunyinya. Lepas dia masukkan medicine into my IV terus I kong. Terrer gaklah anesthesiologist tu sebab first try sekejap jer dia dah dapat cucuk line for my IV unlike the other nurses yang susah nak cari my veins yang halus tu.

I masuk operating theathre pukul 3.30 petang, two hours later baru terjaga. Lepas tu baru nurse tolah masuk ward. Kebetulan pulak dapat wing yang sama macam bulan lepas and bilik sebelah bilik yang I masuk last month. Jumaat baru I discharge. 






best duduk hospital ni boleh order makanan best-best hehe...
Nasi putih, daging masak black pepper, sayur, sup cendawan and juice of the day.



nasi ayam

tapi selalunya I makan separuh jer and separuh lagi budak-budak habiskan.



bertuah sangat ada anak ni sebab time Mama tak boleh bongkok sakit and tak boleh turun katil dialah yang banyak tolong. Mama love you so much Kakak. Muah....muahhh....

Nampak tak tu siap pakaikan stokin lagi.

So I actually start working last Thursday after MC habis. Itu pun balik siap nak demam and sakit pinggang gila sebab badan tak recover sepenuhnya lagi. Jumat terus ambik half day leave sebab badan dah rasa lain macam.

Ohh guess what ....



this is my bill for the Laparoscopic surgery. Nasib baiklah insurance company yang bayar kalau tak pengsan Akak. 


2 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin