Tuesday, February 26, 2013

Do you miss me?


Soalan tak boleh blah. Macam ada orang kisah. Tak ada orang baca pun blog ni pun.

Lama dah tak update blog rindu pulak. Nak update tapi mood selalu ke laut.

Tak sihat sikitlah. Minggu lepas jumpa Orthopedic sebab sakit kat tengkuk dah bahu. Sakit sampai tak boleh tidur malam sebab kesakitan yang amat sangat. Tidur mengiring kanan sakit, mengiring kiri sakit. Last-last tidur terlentanglah jawapnya.

Lepas buat X-ray bahagian neck. Rupanya tulang kat tengkuk ni dia macam terkepit and compress my nerve. Itu yang sakit sangat. Jangan cakaplah sakit kat dada...kadang-kadang rasa macam ehh...aku ni nak kena heart attack ke?. Pastu tidur malam kadang-kadang jari kiri ni boleh rasa kebas. Minggu lepas memang dah kronik sangat tak tahan sakit, tu yang request nak jumpa jugak specialist.

So doktor bagi ubat anti-imflammation dan dia suruh pergi physiotheraphy.

Dah pergi tiga kali physio session. Every time dia akan buat neck traction, letak electric wave kat tempat yang sakit and apply cold pack. Kurang sikitlah rasa tegang kat leher ni but still sakit. Last Saturday pergi gatal angkat barang groceries berat. Ahad merasalah satu hari sakit bahagian tengkuk ni. Rasa nak menangis menahan sakit. 


ni mesin untuk electric wave. Boleh tahan gaklah sakit bila pakai benda ni sebab rasa macam electric mencucuk-cucuk. Tapi best gak rasa macam orang massage kita. Alah macam yang kita duduk kat message chair tu. Tapi ni ada karen ler.


ni pulak neck traction. Mesin ni akan tarik leher kita ke atas don off selama 15 minit. So jangan lawan....ikutkan ajer. Every time buat dia akan apply 4 kg. Ni nak bagi regangkan bahagian leher.

Cold pack tu pulak dia kan letak dekat bahagian yang sakit selama 20 minit. Sedap jer bila dia apply kat bahagian yang sakit. I beli cold pack ni sebab nak guna kat rumah. Satu cold pack RM45. Pack gel tu kena masuk dalam freezer selama 4 jam. Pastu ambik towel Good Morning basahkan dan balut cold pack. Pastu letaklah kat bahagian yang sakit. Lega sikit rasanya lepas tu.

Add to the injury, sekarang ni I demam and my throat ada ulcer. Nasib ler....kerjalah minggu ni sebab minggu lepas doktor dah kasi MC 3 hari. Physiotheraphy session still going on. Rabu ni ada lagi nak kena buat physio. 

So that's the story while I was missing from the blogsphere. Tak ada orang rindu pun kan ...hahaha.


6 comments:

eynda said...

Get well soon ...

Pink Mama said...

Thank you Eynda

saniah said...

Patutla i rasa mcm kekurangan je lately ni rupanya tak bc blog pink ni...:-)
Get well soon sis...jgn kerja kuat sgt k
....rehat..rehat..rehat !!!

Pink Mama said...

Hehehe...ada gak orang rindu ya Saniah. Thank you =)

monas2petronas said...

alamak,,,samalah ni, tengah sakit2 belakang jugak,,,tapi tak ada lah sampai sakit teruk,,
get well soon dear..

Pink Mama said...

You take care too Ween.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin