Monday, September 10, 2012

Rahsia kecantikan (saya)


Macamlah cantik sangatkan =P


Ramai (ramai ke?) yang tanya about my complexion. Alhamdulillah setakat ni tak banyak masalah kecuali adalah jerawat seketul dua yang degil nak keluar especially "that time of the month"

Antara produk pencuci yang I guna on a daily basis




1)Mustika Ratu Sari Jeruk Nipis untuk remove my makeup. I guna produk ni dah lebih 15 tahun. Dulu my face ada banyak masalah jerawat especially masa sedang membesar, masa tu hormon badan tak menentu so banyaklah jerawat. Sejak guna produk ni, Alhamdulillah banyak kurang masalah jerawat sampai licinlah muka memancar-mancar

2) Safi Rania Gold Gel pembersih Wajah sebagai pencuci muka. Bila tukar pencuci muka lain, mulalah jerawat semua tumbuh =(
I ada baca dalam majalah In-Trend kalau tak silap, produk ni bagus sebab dia ada habuk-habus(nano) emas. Kira macam kita bersihkan muka dengan emaslah. Tak dapat pakai susuk emas, pakai jerlah pencuci muka emas.

3) O'slee Rosehip Beauty Solution. Toner ni memang best. Selalunya I guna sebelum I sapukan my BB Cream. I dapat tips ni pun daripada beautician. Kalau nak makeup long lasting, sapukan dulu toner then only apply makeup kita.

dan.....

sebelum tidur I akan pakai 



4)Trilogy Rosehip Oil. See baguskan Rosehip ni. Titikkan aja 2 titik atas tangan dan sapu rata ke satu muka. 20ml ni dalam RM66.00.

Ada jugak petua orang tua-tua, kalau nak muka berseri-seri jangan tengok cermin malam-malam. Dulu masa muda-muda pantang jugak tengok cermin malam-malam sebab takut hilang seri tapi sekarang.....hmm selagi nampak cermin selagi tulah nak belek muka =P

So itu sajalah....tak ada rahsia pun. Lepas ni kalau ada orang tanya lagi, sialah rujuk belog saya =P





- Posted using BlogPress from my iPhone

3 comments:

nooreen said...

kak,
kat mana nak dpt rose toner dgn rosehip serum tu??
bape harga nye??
TQ

Pink Mama said...

Nooreen, cuba cari toner kat Guardian kalau tak pun kat Sasa ada rasanya. It's RM59.The serum ada kat The Skinlab (The Curve ada)

homestay Qaseh said...

pakai lagi x sis y serum tu...berapa harge sekarg ye

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin