Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum,

Mood raya dah sampai ya sebab blogsphere semua sunyi jer, twitter pun timeline slow tapi kat facebook kawan-kawan meriah jugaklah mengupdate status raya.

Currently, I am in my office....melangut yo sampai pukul 12.30pm. Hari ni kerja sekerat hari sebab stock market pun bukak separuh hari jer. Lagi pun hari tu dah kira balance cuti sampai hujung tahun ada 9.5 hari lagi so raya ambik half day hari ni and Friday. Consider okaylah tu kan sebab kampung pun sepelaung jer....bak kata orang2 kat ofis ni lompat dari opis pun dah sampai kampungkan.

Tapi ialahkan kata mood raya so hati tu meronta-ronta nak balik ni (saja jer ngada sebenarnya malas nak duduk ofis). Kalau kat rumah tu bolehlah nak kemas rumah, beli lemang, keluarkan bekas kuih bagaikan. Langsir rumah pun tak tukar lagi ni sebab tak jumpa langsir sebelah lagi. Manalah pulak hilang langsir ku itu.
semalam kami mengambil kesempatan melawat kubur my late MIL yang passaway bulan January tahun lepas.

Nampaknya ni tahun kedua beraya tanpa ibu mertua.


Masa arwah masih ada, malam ni sure dah pergi rumah arwah untuk buka puasa dan lepas tu sibuk sebab nak sediakan juadah untuk orang yang datang takbir raya. Rumah my late MIL selalu rumah yang last sekali. Terkenanglah pulak kenangan lalu ='(

Al-Fatihah buat arwah




budak kecik ni semalam dah dapat duit raya dari peniaga pasar ramadhan. Tak sempat duit tu nak panas, dia dah beli pop pop.....


Sempena Hari Raya yang mulia ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada menyinggung perasaan sesiapa atau ada terkhilaf sepanjang berblogging ni. Ialah kadang-kadang tak perasankan tulisan kita boleh menyinggung perasaan orang. Maafkanlah saya ya =)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Makan lemang dan rendang tu ingat-ingatkanlah saya ya =)


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin