Friday, June 11, 2010

Sedekah di hari Jumaat
































Senyum tu sedekahkan. Senyum... walaupun dalam hati Tuhan saja yang tahu.

Cerita pasal senyum. Masa I sekolah menengah dulu, ramai orang ingat I sombong dan garang sebab I jarang senyum. Tahulah raut muka I ni garang kalau tak senyum. Sebenarnya bukan tak nak senyum tapi masa I sekolah menengah I kena pakai braces for almost two years sebab I ada gigi taring 2 batang. Nak tak nak memang kena pakai braces kalau tak boleh jadi adik beradik si Edward Cullens. Bila dah pakai braces tu memanglah sakit sangat especially lepas dentist appt dia ketatkan braces tu. Memang menangislah lepas every visit sampai cakap kat my parents tak nak pakai dah sebab sakit sangat. Sebab tu lah I tak senyum masa kat sekolah sebab pakai braces adalah sangat menyakitkan. Lagi rasa macam nak makan orang adalah =P

So kepada kawan-kawan sekolah menengah dulu yang ingat saya sombong tu...saya bukan sombong tapi saya menahan sakit. Tapi bagus gak sebab I pengawas masa sekolah dulu. Ramai orang menyampah kot tengok I, so boleh berlagak garang dan tegas walaupun sebenarnya tidak. Kalau orang tau how nakal I am sebenarnya sah-sah habis reputasi sebagai pengawas yang berkaliber...cewahhh. Cerita nakal-nakal ni kena keluar kat post lain sebab semalam baru sembang dengan my bff how naughty we were in college. Kalau benda yang naughty jer orang dah tahu sapa the culprit =). Tu nantilah lain kali cerita...*senyum*

But no pain no gain rite....lihatlah gigiku sekarang *sparkling*...dah rupa iklan Colgatelah pulak.

Senyum...senyum....

Sedekah di hari Jumaat.

2 comments:

Nana said...

heheh me? I memang budak nakal dari sekolah rendah sampai lah ke Universiti! heheheheh!!! What can I say?

Pink Mama said...

hehehe....syok ooo...jadi budak nakal ni kalau tak sure life would be mundanekan =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin