Sunday, January 18, 2009

8 random facts about me

Sambil menonton Jodie Foster di HBO, saya tak ada kerjakan so saya mengambil keputusan (formal giler tuh :P) melangsaikan hutang tag dari Mrs Taz.

Hmm...let me think.

1. Saya seorang yang claustrophobic. I hate tight spaces. Dalam lift pun kalau sorang2 mesti nak keluar cepat dan kalau lalu dalam terowong smart tu rasa macam tak boleh bernafas sebab tak nampak hujung terowong...ehh tu claustrophobic ker paranoid...

2. I have this habit of checking everything twice sebelum keluar rumah. Plug letrik semua (semua ok...every room)kena check dua kali. Everyday. Kalau tak check 2 kali, sanggup bukak balik pintu check balik. See how paranoid I am :)

3. Shopaholic especially kasut. Tak tau ler kenapa suka sangat beli kasut. Dulu suka beli handbag tapi sejak dua menjak minat LV ni payah ler nak membeli selalukan. Kopak poket :)

4. My favourite no is no 3. Tak payah elobarate ler :)

5. Mesti beli majalah Glam every month. Tak dapat beli handbag dapat tengok gambar pun jadilah. Lagipun saya suka baca majalah fesyen sebab suka tiru solekan model. Bolehlah takat nak mencantikkan muka kawan-kawan time annual dinner :)

6. I think I am a good listener sebab kawan-kawan selalu datang cerita masalah diaorang kat saya. I can only lend my ears and shoulder to cry on.

7. Saya seorang kaki wayang yang berkahwin dengan kaki wayang jugak. Tapi payah nak ajak hubby saya tengok chic flick so I have to go find DVD kalau nak tengok...part tu jer yang sucksss sikit :)

8. I tak suka makan sayur especially taugeh. I hate taugeh. Kalau order apa-apa mesti pesan kat waiter NO TAUGEH.


I am not tagging anybody. So kalau sesapa rasa nak buat, silakanlah ya.

Saturday, January 17, 2009

Invitation makan CNY

CNY lagi dua minggukan tapi semalam I dah dapat jemputan makan-makan sempena CNY.
Orang jemput makan, rezeki jangan ditolak



Buffet spread dia memang bestlah, macam-macam makanan ada

Disebabkan semalam lunch I tak keluar makan sebab tak ada gangkan, macam simpan perut pulak nak belasah makan banyak-banyak petang tu



pinggan pertama. sate and daging kambing. biasanya I tak makan daging kambing, tapi yang ni sedaplah pulak


pinggan kedua. kueyteow goreng, kebab udang - I like, beef bbq dengan patato salad.

bercampur-campur pulak dalam pinggan tu caca-marba. Ala dalam perut pun bercampur jugakkan





Tapi yang best sekali dapat free gift masa nak balik


buah limau dua biji. Buah limau ni kira macam gold ler. Kalau bagi gold betulkan best...kaya akak :)


dan pendrive 2Gb, boleh bagi kat Abang yang sibuk suruh belikan dia thumbdrive




Masa nak balik tu baru perasan yang butik Scoop tu ada kat depan sikit jer dari tempat open house tu. I tak sempat nak masuk sebab Encik Suami saya dah turun escalator. Tak menyempat-yempat pulak dia, selalunya dia yang jalan slow macam kura-kura


Kenyang. Rezekikan. Bilalah pulak bos nak belanja makan sempena CNY kat Mandarin Oriental ni. Bos...I want to eat the delicious durian pie lah.

Deco and accessories

I personally prefer the CNY deco at The Pavilion, more romantic setting.

This one below is at One Utama at the new wing.








One of my hobbies is collecting accessories (besides shoes and handbag...oh yeah I bought another pair of shoes too today and I'm in need of a new shoe rack :) )


the girls, when they saw that I bought myself an accessory, they start to show their handslah, their necklah...Mama kena sendiri fahamlah...hehehe.

So I have (stress on the have ya) to buy them sesuatu ler jugak. I found these cute bangles at Miss T. Comel sangat, buttons jadi gelang. Kalau mana2 baju hilang butang nanti boleh ler I cilok dari gelang diaorang......hehe.

suka hati budak berdua beradik ni

Friday, January 16, 2009

Kamera jadi saksi


Tadi masa I menghantar kad2 raya cina yang dah siap ke franking room (budak Admin malas gila nak kutip kad-kad ni, ada ke kena pi hantar sendiri).

Elok jer I letak kad tu atas kerusi kat luar bilik franking tu, I nampak 2 keping kertas. So apa lagi bacalah.

You all tau apa yang tertulis kat atas kertas tu. Ha...baca kat bawah ni




cayalah kamera jadi saksi...I siap dongak kat atas dok cari kamera. Tak ada pun, tak tau ler kalau2 tersorok I tak nampak


akak cleaner gak yang jadi mangsa...hahaha

But seriously...kelaka sesangat. Admin dengan IT gaduh pasal kotak tapi berbalas-balas surat jer. HAHAHAHAHA


Anya Hindmarch Black Phyton Hobo








Lawakan...tetiba tangan gatal jer nak membeli. Ni yang untuk Target punya, so murahlah dalam RM350. I dapat email from sales blog. Lawanya...lawanya....tolong ....tapikan tak ada ziplah.


Thursday, January 15, 2009

Jalan-jalan cari ikan bakar

Petang tadi masa on the way balik kerja tadi, I bagitau my hubby yang I teringin nak makan ikan bakar. Sesuatu ya tetiba nak makan ikan bakar pulak. Bukannya apa kawan I cakap tengahari tadi dia pergi makan ikan bakar, so I pun teringin gaklah.

Tapi kat rumah kami tu banyak gerai tomyam, so kami saja2 lah pusing area jauh sikit dari kawasan yang kami selalu makan. Hubby bawak kami ke satu kawasan kedai baru, kat sana ada satu restoran baru bukak. Konsep restoran baru ni ada banyak gerai-gerai kecik. Macam-macam ada...wah jadi macam tagline Astro pulak. Tujuan sebenar nak makan ikan bakarkan. Tapi malangnya hari ni gerai ikan bakar tutuplah pulak.

cantikkan ada lampu2 romantik gituh...romantik bersama suami dan anak2



meja kitaorang no 25


Budak-budak ni sukalah sebab ada skrin besar. Masa kitaorang datang tu, dia tayang kartun. Tapi separuh jalan dok syok depa tengok kartun restoran tu tukar rancangan lain. I dengar budak kecik kat meja sebelah pun mengeluh, frust :)



Kami order macam2 sebab banyak choice kat sini. Ada gerai western food, sate, mi goreng, kueyteow goreng, nasi ayam, chicken wings, macam2 lagilah sampai I tak ingat.
Tapi kami order nasi ayam, mee sup, sate, 2 kueyteow goreng dengan air teh ais 2 gelas dan milo ais. Rating?. Sedaplah. Berbaloilah jugak makan kat sini sebab sedap + tak mahal sangat.

Gambar kat bawah ni semua gelap sebab I segan nak ambik gambar guna flash :) Nanti sure orang2 meja sebelah heran, makanan pun nak ambik gambar.

sate 20 cucuk



mee sup, sedap sungguhlah




nasi ayam yang jugak sedap



tapi yang lebih penting, tempat bersih dan selesa




tak dapat ikan bakar hari ni, lain hari boleh datang cari :)

Kenyang giler perut saya sekarang sampai sendat rasanya. Alhamdulillah


Manyak Merah

So apakah yang I buat untuk menghilangkan kebosanan dan kesedihan ditinggalkan kawan-kawan yang berpindah tu?

Nah I bagi clue sikit...




ha? kira duit angpow?

I manalah boleh dapat angpow lagi. Dah kawin maa...

lagipun bos I tak kawin lagi macamana dia nak kasi angpow. Tapikan bos I yang dulu, male boss ler dia bagi duit angpow kat semua orang regardless dah kawin ker belum...baikkan...kan..

dulu-dulu company ada gak ler bagi kitaorang angpow. RM10 sorang, ok ler daripada tak dapatkan :)



Tahun ni tahun lembu ya, bagi sesapa yang tak tau tu


I jenuh mensign kad raya cina ler. Lenguh tangan dekat 100 keping gak tu. Nak hantar kat clients





Bukan kad cokia-cokia ya...at least kad memory lane

Inilah aktiviti nak menghilangkan boring...ini pun part of work tau.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin