Wednesday, January 13, 2016

The Curve CNY show


Time Akak beli seluar jeans tu kebetulan kat tengah-tengah The Curve tu ada pertunjukan.
So kami bertiga beranak pun bersilalah beramai-ramai dengan orang-orang lain kat situ.



Orang cina ...tanglong dan bamboo berpisah tiada


tarian itik (swan) ke apa ntah ni. Si Adik lebih berminat nak tengok custome penari sebab katanya dia nak try lukis



pertunjukan pusing pinggang...hebatlah boleh pusing banyak-banyak pinggan sekaligus



yang tergantung-gantung ni Akak siap kecut-kecut perut tengok




Akak siap tutup mata okay takut dia terjatuh...tapi dia ok jer.
Orang tu professional kot


minah ni lagi hebat boleh pusing hula hoops tu banyak-banyak kat badan.
Akak hantar gambo kat BFF Akak cakap kat dia kalau nak cepat kurus kena buat macam ni....
dia balas balik kata, kalau dia yang buat mau dia terbelit-belit dalam gelung tu hahaha..




Nampak macam senang...ringan jerkan tapi tak tahulah berapa lama dah praktis tu








enjoy the video!!


Tuesday, January 12, 2016

Aktiviti hari Sabtu

Sebelum Akak cerita hari Sabtu lepas....Akak nak cerita ni Akak dah tengok cerita Diwale tapi bukan kat wayang tapi kat facebook. Ada kawan Akak post kat facebook. Tapi yang harunya 2 jam setengah Akak tengok Diwale tak tak ada subtitle BM....so Akak paham-paham sendiri jerlah apa dia cakap. Akak cakap kat husband....nasib baiklah Akak dah berkecimpung tengok cerita hindustan dari kecik so pahamlah sikit-sikit apa dia cakap hahahaha....

Pastu nak sentuh sikit pasal budak-budak kat uni tak cukup makan. Husband Akak berangin jer baca pasal isu ni. Dia bukan berangin pasal budak-budak tu kebulur tapi dia angin sebab dia rasa budak-budak sekarang ni manja sangat. Husband Akak datang dari single mother family. So masa dia belajar kat ITM buat diploma, mak dia tak mampu nak bagi duit belanja. Takat bagi duit untuk daftar every semester sajalah. So untuk menampung duit belanja dia masa kat ITM tu every Jumaat, Sabtu dan Ahad dia akan kerja di hotel Regent KL. Nasib baiklah arwah mak dia belikan dia sebiji kapcai. So tiap jumaat lepas kelas jer dia akan prenggg pi KL dari Shah Alam. Kadang-kadang tak balik pun weekend sebab kerja...kadang-kadang tidur jer kat hotel. Semester 4 macam tu baru dia dapat pinjaman belajar. Sampai dia buat Masters kat US pun dia masih buat kerja part-time hantar pizza walaupun MARA ada bagi student tajaan duit scholarship. Masa tu MARA bagi student yang belajar kat US, USD550 every month. So dengan duit tu lah nak buat bayar rumah sewa, utilities, makan etc......pepandai koranglah. Tapi tak pernahlah pulak ada antara kami student overseas ni yang rasa macam tak cukup makan.

Infact Akak pun masa buat degree kat US pun, during summer Akak kerja kat kedai buku campus. Nak ikutkan Akak tak payah kerja pun boleh cause my father dah allocatekan certain amount of money for me tapi disebabkan anakandanya gatal nak shopping taksedardiri dan travel keliling Us so kita kerjalah untuk tampung hobi tu.
Tak ada pulak terjejas pelajaran....infact a few semester Akak dapat Dean's List.
Ramai jugak my friends yang kerja masa belajar kat US dulu. Ada yang yang kerja malam-malam jadi genetor (tukang buang sampah, sapu sampah kat kelas-kelas dalam uni), hantar surat kabar, penghantar pizza, kerja kat Dunkin Donut (ada sorang ni siap kena acu pistollah masa kerja kat DD). Ni semua sebab tak nak menyusahkan mak bapak hantar duit. Infact most of my Malaysian US unimates excel in ther studies, ada yang dapat President's list lagi every sem (lagi tinggi dari Dean's List).
So adik-adik/ anak-anak sekarang, kami dah rasa dulu kesusahan tapi tak ada pulak merungut. You have to toughen up. Same goes to my own children.

*disclaimer: this is my personal opinion....you don't have to agree with me =)

Sorry ter'long-winded' sikit. Back to our Saturday's activity.
Sabtu lepas all of us pergi Centrepoint Bandar Utama. I cakap kat my husband I nak pi Centrepoint, tetiba pakcik tu bawak ikut jalan pi Atria. Konpiden jer dia.....agaknya dalam pala hotak dia dah set Centrepoint tu kat area Atria. Bila explain Centrepoint tu kat sebelah McDonald's Bandar Utama baru dia tangkap...haishh.... 


tujuan pergi Centrepoint sebab nak pergi kedai ini
http://www.iwantbags.net/
Tapi kami tak berjodohan sebab bag yang I nak tak ada stok, kena preorder dulu on ther next trip to London & Paris. Tapi Akak ko yang tak penyabar ni dah source from another place walaupun slightly mahal puluh-puluh ringgit beza. 

Happening jugak rupanya Centrepoint ni during weekends....buzzling with activities.
Macam-macam ada....kalau tengok dari luar nampak macam boring jer.


The Good Guys to repair barang-barang Machine rasanya macam Macbook etc.
iPhoneFix pulak boleh repair kalau ada broken iPhone/ iPad screen yang retak.


baby spa



view from 1st floor

Lepas tu kami ke One Utama pulak. Nak beli uniform Bulan Sabit Merah untuk Adik.
Tiap-tiap tahun tukar koko...ishhh budak bertuah ni. Kalau beli kat Outpost jangan lupa apply member card sebab boleh dapat 5% discounts on every purchase. Hari tu beli uniform sekolah tak terlintas nak apply member card......buat rudi mak korang jer.


tak yah nak peace-peace sangatlah =P



selfie



wefie....sempat lagi tu. Bosan tunggu budak tu try t-shirt ngan seluar Bulan Sabit.

Pastu ayah budak-budak ni nak pergi Daiso kat tingkat bawah.....terjebak Akak pergi etude House. 


terjebak beli BB Cream ngan eyebrow pencil.
Buy one free one pastu dapat free gifts.
Nivea tu idok lerr...tu beli kat Guardian =P


 

Dah alang-alang keluar rumahkan...Akak berjaya memujuk ayah budak-budak ni pergi The Curve pulak. 


dapatlah beli jeans sehelai.....jeans Akak yang lain semua dah lusuh dan koyak kat lutut.
Tak sesuailahkan pangkat aunty-aunty ni nak pakai seluar koyak kat lutut.....nanti husband Akak kata dah kenapa...dah buang tebiat ke hahaha....
Mula-mula tu Akak masuk Zara kat One Utama tapi semua jeansnya ada rip-rip kat pehalah. Tak sesuai kot nak bawak pergi ofis......Akak bukannya BBNU (tau tak BBNU tu apa.....kalau tak tahu pergi cari maknanya)


We miss you already katanya.....pandai marketing strategy depa ni ya.
Jahat tau....weekend tu jer Akak dah beli 4 helai blouse kat Neng Geulis. 
#nakkenacepat-cepatmasukduitbalikdlmASB

Dahlah penat Akak taip banyak-banyak....Tata

Monday, January 11, 2016

Celebrate birthday Papa di Sukumvit

Kami adik beradik sebenarnya nak belanja Atok makan hari Jumaat tu, hari yang sama dengan besday dia tapi orang tua tu tak nak. Ada ceramah di masjid katanya. Oklah.

Pastu weekend pulak my sister kata nak balik kampung husband dia tapi nasib baiklah tak jadi sebab mak mertua dia turun KL.

I nak belanja makan tengahari my mum pulak tak nak sebab dia kata banyak lagi lauk lebihan masjid malam tadi. Memang pun sebab Atok bawak balik 10 karton nasi beryani dengan lauk. Itu pun ayah budak-budak ni dah pergi ambik 4 bekas malam sebelum tu lepas Atok call suruh datang ambik. Pukul 10 malam pakcik tu drive sorang-sorang pi ambik.....orang lain kat rumah tak nak ikut sebab dah mengantuk.

Plan punya plan...last-last semua setuju pergi makan malam Sabtu.
My sister yg no 2  suggest Sukhumvit Garden Gombak. Seksa hoi nak cari tempat ni.
Google map bawak pi mana-mana ntah....fail!. Sesat baratlah kami mencari tempat ni.
My youngest sister pun sama tak jumpa restoran ni.
Nasib baiklah masa patah balik tu I ternampak restoran ni kalau tak sampai ke Greenwood kami. Restoran ni rupanya tepi jalan MRR2 tu. 





tempat makannya luas. 


meraikan birthday boy yang ke 74 tahun
I rasa my father is fitter than me...dia boleh jalan berkilo meter pun tak pancit.
Kalau I ler dah lama dah surrender. Ialah dia jogging every morning....I pulak everyday lepak kedai makan hehehe....


sampai-sampai makanan dah siap hidang.
My sister pilih set B dua dengan telur dadar 2 set. Dalam set B ni ada Siakap Stim Limau, Tomyam campur, udang goreng tepung (tak jumpa pun udangnya?),sayur campur, ayam goreng, telur dadar dan nasi 2-3 pinggan. Rasanya makanan ni semua dah di pre cook kalau tak mesti lama nak tunggu semua hidangan disiapkan. Kalau order air tu kena tunggu lama sikit. 


ayah budak-budak ni kata ikan ni dah tak berapa fresh


tomyam ni pedas so kalau air tak sampai lagi tu janganlah makan.
Dalam ni ada ketam, sotong, ayam, udang...ntah apa lagi


apahal muka Akak dah putih sangat macam tepung gomak ni...
sumpah Akak tak makan Qu Puteh hahaha....

 


licinnnnnn


mi amore....Kakak duduk sebelah Mama...si Adik tu dah muncunglah.




cucu paling kecik.....nampak kecik tapi budak ni feisty ok.
Tak padan ngan kecik dia ingat dia gangster hahaha...
Adik pun ditendangnya.....tendang orang pastu dia yang jatuh hahaha..




stall ni ada somtan, pulut mangga dan apantah lagi tak ingat dah.

Our total bill malam tu RM295++

Tapi somehow kami balik tak rasa kenyang.....pelikkan.

Happy birthday Papa semoga kita dapat lagi sambut birthday Papa so many years ahead.


Sunday, January 10, 2016

Sebaldi peluh tumpah

Masak 4 jenis lauk petang ni tapi gambar kari ikan bawal malas nak tangkap gambar.
Sejam bersilat sorang-sorang kat dapur......berbaldi-baldi peluh tumpah.

Tak payah pergi sauna!

Oh ya...hari ni kami discover pasaraya baru buka kat area Subang nun. Best jugak sebab banyak jenis ikan ada kat situ.

Weekend dah hampir nak habis. 

Akak nak pi rehat....nanti Akak sambung lagi apa yg kami buat weekend ni.


kan ku kunjung lagi 



Friday, January 8, 2016

Happy birthday Papa

Hari ini harijadi my father yang ke 74 tahun.
Terima kasih Papa for all you've done for your children and granchildren.
Semoga Allah membalas for all the good things you've done to us all.
Semoga Allah kurniakan Papa kesihatan yang baik.

We love you

Happy Birthday Atok! 


pagi ni keluar kat timeline memory facebook.
Masa ni kurang lagi 2 cucu...sekarang cucu Atok semua 9 orang




nampak tak anak bujang saya yang tengah tersengih lebar pakai baju biru tu.
Amboi suka ya dapat meja ping pong =P

Tuesday, January 5, 2016

Random pictures

Dah masuk lima hari kita ditahun baru Akak baru terhegeh-hegeh nak update.
Almaklumlah dah bercuti 24 december 2015 sampai 4 January 2016....maka lemak-lemak pun banyaklah terkumpul. Nak update blog macam liat sangat.
Semalam walaupun tak menghantar anak ke hari pertama sekolah (takkan nak hantar budak 14 tahun dan 16 tahun ke sekolah...depa pun tak nak hehehe) tapi banyak kerja sampingan yang kena buat. 
Akak join the ASB update bandwagon....tak menyabar nak tengok dividen ASB hehehe....
Semalam kebetulan kami ke Shah Alam untuk urusan, alang-alang ingatkan nak update buku ASb kat RHB Shah Alam. Masyaallah....line beratur nak update tu panjang macam ular kena palu. Aka terus cakap kat husband...tak payah malas Akak nak beratur! End up Akak pi update ASB kat Bank RHB area Taman Megah. Aman dunia tak ada orang pun kat kaunter tu ....Akak bersenang lenang ke kaunter terus (almaklumlah area banyak Chinese kan)



breakfst pagi tadi....rasa old skool sangat makan ubi rebus cicah kepala (kelapalah haha...baru sedar lepas baca semula) gula
Sekali sekala makan gini oklahkan


make up essential. 


ini pulak brunch semalam....laksa Johor.
Kuah dia tu dah cun dah tapi spaghetti tu keras sikit 


murtabak cheese JB mari...thanks to my sister yang tapaukan dari sana.
Sedap makan dengan sambal ikan bilis.



ni pulak al-kisahnya minggu lepas Ayah budak-budak ni ada hal kat Bangi....
so mak budak ni laju jerlah nak mengekor dah alang-alang cuti kan.
Hoi syorga hijabista sungguhkan Bangi Sentral tu. Akhir-akhir tahun ni semua butik sale.....
termasuklah butik Minaz. Nasib baiklah ayah budak-budak ni rajin melayan permintaan bininya....
anak-anak yang penat sebab ikut mama keluar masuk butik hahaha....


Abang pulak dah kembali semula ke pangkaljalan hostel. 
Bermulalah semester 6 untuk Abang.....tinggal lagi 2 sem jer nak habis. 
Rasa macam baru lagi anak ni duduk hostel.


semalam kami menjamu selera dengan makan cili crab kat chili crab restoran Kota Damansara.
Sungguh puas hati.....isi ketam punyalah banyak. Kuah dia tu makan dengan roti steam pun sedap.
We will come again...Insyaallah!

That's all for now......good nite (gigih update memalam sambil tengok Meletop!)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin