Tuesday, January 12, 2016

Aktiviti hari Sabtu

Sebelum Akak cerita hari Sabtu lepas....Akak nak cerita ni Akak dah tengok cerita Diwale tapi bukan kat wayang tapi kat facebook. Ada kawan Akak post kat facebook. Tapi yang harunya 2 jam setengah Akak tengok Diwale tak tak ada subtitle BM....so Akak paham-paham sendiri jerlah apa dia cakap. Akak cakap kat husband....nasib baiklah Akak dah berkecimpung tengok cerita hindustan dari kecik so pahamlah sikit-sikit apa dia cakap hahahaha....

Pastu nak sentuh sikit pasal budak-budak kat uni tak cukup makan. Husband Akak berangin jer baca pasal isu ni. Dia bukan berangin pasal budak-budak tu kebulur tapi dia angin sebab dia rasa budak-budak sekarang ni manja sangat. Husband Akak datang dari single mother family. So masa dia belajar kat ITM buat diploma, mak dia tak mampu nak bagi duit belanja. Takat bagi duit untuk daftar every semester sajalah. So untuk menampung duit belanja dia masa kat ITM tu every Jumaat, Sabtu dan Ahad dia akan kerja di hotel Regent KL. Nasib baiklah arwah mak dia belikan dia sebiji kapcai. So tiap jumaat lepas kelas jer dia akan prenggg pi KL dari Shah Alam. Kadang-kadang tak balik pun weekend sebab kerja...kadang-kadang tidur jer kat hotel. Semester 4 macam tu baru dia dapat pinjaman belajar. Sampai dia buat Masters kat US pun dia masih buat kerja part-time hantar pizza walaupun MARA ada bagi student tajaan duit scholarship. Masa tu MARA bagi student yang belajar kat US, USD550 every month. So dengan duit tu lah nak buat bayar rumah sewa, utilities, makan etc......pepandai koranglah. Tapi tak pernahlah pulak ada antara kami student overseas ni yang rasa macam tak cukup makan.

Infact Akak pun masa buat degree kat US pun, during summer Akak kerja kat kedai buku campus. Nak ikutkan Akak tak payah kerja pun boleh cause my father dah allocatekan certain amount of money for me tapi disebabkan anakandanya gatal nak shopping taksedardiri dan travel keliling Us so kita kerjalah untuk tampung hobi tu.
Tak ada pulak terjejas pelajaran....infact a few semester Akak dapat Dean's List.
Ramai jugak my friends yang kerja masa belajar kat US dulu. Ada yang yang kerja malam-malam jadi genetor (tukang buang sampah, sapu sampah kat kelas-kelas dalam uni), hantar surat kabar, penghantar pizza, kerja kat Dunkin Donut (ada sorang ni siap kena acu pistollah masa kerja kat DD). Ni semua sebab tak nak menyusahkan mak bapak hantar duit. Infact most of my Malaysian US unimates excel in ther studies, ada yang dapat President's list lagi every sem (lagi tinggi dari Dean's List).
So adik-adik/ anak-anak sekarang, kami dah rasa dulu kesusahan tapi tak ada pulak merungut. You have to toughen up. Same goes to my own children.

*disclaimer: this is my personal opinion....you don't have to agree with me =)

Sorry ter'long-winded' sikit. Back to our Saturday's activity.
Sabtu lepas all of us pergi Centrepoint Bandar Utama. I cakap kat my husband I nak pi Centrepoint, tetiba pakcik tu bawak ikut jalan pi Atria. Konpiden jer dia.....agaknya dalam pala hotak dia dah set Centrepoint tu kat area Atria. Bila explain Centrepoint tu kat sebelah McDonald's Bandar Utama baru dia tangkap...haishh.... 


tujuan pergi Centrepoint sebab nak pergi kedai ini
http://www.iwantbags.net/
Tapi kami tak berjodohan sebab bag yang I nak tak ada stok, kena preorder dulu on ther next trip to London & Paris. Tapi Akak ko yang tak penyabar ni dah source from another place walaupun slightly mahal puluh-puluh ringgit beza. 

Happening jugak rupanya Centrepoint ni during weekends....buzzling with activities.
Macam-macam ada....kalau tengok dari luar nampak macam boring jer.


The Good Guys to repair barang-barang Machine rasanya macam Macbook etc.
iPhoneFix pulak boleh repair kalau ada broken iPhone/ iPad screen yang retak.


baby spa



view from 1st floor

Lepas tu kami ke One Utama pulak. Nak beli uniform Bulan Sabit Merah untuk Adik.
Tiap-tiap tahun tukar koko...ishhh budak bertuah ni. Kalau beli kat Outpost jangan lupa apply member card sebab boleh dapat 5% discounts on every purchase. Hari tu beli uniform sekolah tak terlintas nak apply member card......buat rudi mak korang jer.


tak yah nak peace-peace sangatlah =P



selfie



wefie....sempat lagi tu. Bosan tunggu budak tu try t-shirt ngan seluar Bulan Sabit.

Pastu ayah budak-budak ni nak pergi Daiso kat tingkat bawah.....terjebak Akak pergi etude House. 


terjebak beli BB Cream ngan eyebrow pencil.
Buy one free one pastu dapat free gifts.
Nivea tu idok lerr...tu beli kat Guardian =P


 

Dah alang-alang keluar rumahkan...Akak berjaya memujuk ayah budak-budak ni pergi The Curve pulak. 


dapatlah beli jeans sehelai.....jeans Akak yang lain semua dah lusuh dan koyak kat lutut.
Tak sesuailahkan pangkat aunty-aunty ni nak pakai seluar koyak kat lutut.....nanti husband Akak kata dah kenapa...dah buang tebiat ke hahaha....
Mula-mula tu Akak masuk Zara kat One Utama tapi semua jeansnya ada rip-rip kat pehalah. Tak sesuai kot nak bawak pergi ofis......Akak bukannya BBNU (tau tak BBNU tu apa.....kalau tak tahu pergi cari maknanya)


We miss you already katanya.....pandai marketing strategy depa ni ya.
Jahat tau....weekend tu jer Akak dah beli 4 helai blouse kat Neng Geulis. 
#nakkenacepat-cepatmasukduitbalikdlmASB

Dahlah penat Akak taip banyak-banyak....Tata

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin