Wednesday, November 14, 2012

Free BR ice-cream thanks to blogger famous


Semalam kami dapat makan aiskrim Baskin Robbins free at their The Curve store, thanks to a famous pretty blogger. 

Blogger famous belanja makan free aiskrim. Sapa tak nakkan. 



World Class Chocolate my favorite same as the blogger. We love the same flavor =)



tapi mula-mula kena vote dulu dalam facebook BR







dan siapakah blogger famous amos cantik manis tersebut






jeng....jeng...jeng.....










memang cantik dan tinggi














tadaaaaaa......






Hanis Zalikha you all....

Budak kecik tu yang sibuk sangat nak ambik gambar dengan Hanis. Bukan senang nak suruh dia tangkap gambar dengan orang. Selalunya kena paksa tapi semalam dia dengan rela hati nak ambik gambar plus nak guna handphone dia lagi. Terkesima mak kejap. 


Anyway, cuti semalam was a successful day sebab dapat beli kipas untuk bilik Kakak, dapat makan lunch luar (dasar malas masak), dapat makan ais krim free dan jumpa blogger cantik yang famous. Hari ni Akak kerja half day ya dik...ni tengah membuang masa di office. Besok cuti lagi yahoo......rasanya macam nak ajak cik abang pergi Setia Alam Mall tengahari karang. Harap-harap dia setujulah hehehehe. 

Salam Maal Hijrah. Jangan lupa baca doa awal tahun nanti ya. Selamat Tahun Baru semua.




Tuesday, November 13, 2012

Selling my inner neck

Ladies ( & gentleman kalau ada),

I'm selling off my inner neck kedut from butik tudung Al-Humaira Contemporary (AHC).

Reason sebab I jarang pakai, ada 2-3 kali jer rasanya I pakai both inner.

I'm selling both at RM50. Kalau nak beli satu pun boleh jugak.

So kalau interested silalah email saya di rosmahayu@gmail.com

Kalau nak ambik sendiri area TTDI, Dsara or Kota Damansara pun boleh. 

Kalau nak suruh pos silalah tambah RM5. Tapi kalau ambik sendiri, I bagi sekali paperbag comel AHC.


kaler purple dan brown


ini jer gambar yang I ada of the inner sebab pakai 2-3 kali jer rasanya. 

Kalau interested email tau.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 12, 2012

Appointment, MATRADE car show, Satay Kuang and a wedding

Mesti ramai yang cuti seminggukan. Ialah kalau ikutkan pun minggu ni tiga hari jer working days. I tak apply pun leave sebab plan nak pergi jalan-jalan end of the month, masa tu fulus adalah lebih sikit InsyaAllah. 

Ni nak update secara pukal what we did last weekend. 



On the way for my doctor's appoinment at KPJ Dsara.
Unfortunately sakit tak baik lagi, there is still wounds dalam perut (that's what the specialist said) sebab bila dia tekan my stomach still sakit. So back to eating the antibiotics and my next appoinment is in 2 months time.

Balik daripada doctor's appoinment kami ke MATRADE pulak for the motor show.
Tapi macam tak best jer motor show kali ni compared to the one we went last year dekat PWTC. Tapi kali ni boleh test drive the cars sebab booth ada dekat luar bangunan MATRADE.

mat rempit overdose

Ada pameran motor jugak kat ruang luar bangunan MATRADE.



retro sangat


biker chic I'm not...gayat naik motor



colorful tu

Susah nak dapat parking kat MATRADE ni, kalau nak silalah parking kat luar dan jalan kaki masuk. 

Lama dah tak makan satay....ngidamlah pulak. Nasib baiklah ayah budak-budak ni layankan.
Bila dia suggest pergi kedai satay yang kat Kuang tu....I okay jer.....

Nama kedai Satay tu Satay Sri Subang, Jalan Kuang.

Recommended by me.


my carrot juice. Ist time try ni....okaylah boleh tahan.


satay dia gemuk-gemuk and juicy. Kalau makan satay daging tu memang pure daging. Tak ada langsung inbetween tu lemak-lemak. Pergghhh...memang terasalah rempah-rempahnya.  
Tak pandang dah satay ayam dan perut sebab terlalu menikmati satay daging yang juicy itu.
*sampai pejam-pejam mata ni*


walaupun lama sikit nak kena tunggu order sampai sebab tempahan banyak sangat tapi berbaloi.
Lain kali kena call dulu order sebelum sampai. Barulah boleh makan cepat sikit.
No talipon kedai dia biar rahsia.....hahahaha so korang tak boleh potong my queue *evil laugh*

Sunday pulak ada wedding relative.
Keluar rumah pukul 12.30pm, almost pukul 1pm dah sampai Sri Gombak. Tak sangkalah pulak pengantin dah berarak. Cepatnya....selalunya pukul 1.30pm baru pengantin datang.

The husband witness something bad. Sebelum tu I ada pergi toilet dekat dewan. Ada 2 boys, a Malay and Indian boy duduk kat luar toilet tu. Dua-dua pakai t-shirt yang kotor comot. Dalam otak I dah terlintas ni mesti budak-budak yang duduk area perumahan and saja-saja buang masa tengok orang kawin. 

Then my husband cerita, masa dia pergi buffet table tu dia nampak dua orang budak tengah merangkak-rangkak bawah buffet table. Dia ingat budak-budak saja main-main bawah meja. Sekali dia nampak budak-budak tu curi purse dalam one of the handbag that belongs to the catering staff. Bila minah tu menjerit kata ada pencuri, budak-budak berdua tu dah cabut lari. It's the same boys yang I nampak kat tepi toilet. Nasib baiklah jugak I suruh Kakak pegangkan my handbag masa tu. Dah lah they have the nerve to enter ladies toilet. I teraikkan, ni toilet perempuanlah. Kecik-kecik lagi dah pandai mencuri barang orang, apalah nak jadi bila besar tu. 


Color blocking sungguh semalam


nasib baik tak kena marah dengan Nenek sebab tak pakai proper attire.

I would like to wish all Malaysian Indian, "Happy Deepavali".
Dengan ucapan....."Jangan lupa pass muruku tu sikit ya"

To the rest...."Selamat membuang masa di shopping complex"

Sunday, November 11, 2012

Sup tulang



last badge tulang lembu korban dalam fridge.

Sek fan ....sek fan 





- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 7, 2012

Karnival sekolah dan hari penyampaian hadiah

I was really late this morning. Dekat pukul 9 pagi baru sampai ofis. Teruklah jam kat KL ni kan....kekadang rasa nak pindah duduk pendalaman, senang sikit tak ada jam. Pasal lampu isyarat satu rosak terus satu dunia jam....iskk. Nanti tak lama lagi derang nak buat MRT kat laluan harian I tu mesti lagi jam jalan tu kan. Hmm.....sabar jerlah. 

Sabtu lepas busy jugaklah dengan aktiviti budak-budak ni. Terpaksalah maknya bangun awal macam hari biasa pergi sekolah.

Adik dari Jumaat dah sibuk nak pergi her school carnival. Kakak pulak kena attend hari penyampaian hadiah kat sekolah dia. Wajib pulak tu pergi sebab dia terima hadiah.

Hantar Kakakpergi sekolah dulu sebab dia nak kena prepare untuk persembahan. Then bawak si kecik ni and her bestfriend to breakfast dulu. Pastu baru hantar budak berdua ni ke karnival sekolah.


patutlah happy sangat nak pergi. Ada rumah loncat-loncat ni rupanya.

Ada rupa hantu, ada paintball.....pastu ntah apa lagi sebab I tak masuk pun sebab nak kena pergi sekolah Kakak balik. Merajuk pulak anak tu nanti kalau tak pergi.


dua kanak-kanak ribena yang mulut macam bertih jagung cakap non stop


Ramai proud parents that day


Cikgu makeupkan tebalnya. 
Kakak kena buat persembahan untuk hari penyampaian hadiah.


Satu lagi throphy. Good job Kakak

Putih macam tepung gomak dah anak den.


ehh tau tak kat google chrome kita boleh download apps macam Pixlr-editor and Pixlr-o-matic. Ke I sorang jer yang baru tahu hehehe....senang nak edit gambar.



Tuesday, November 6, 2012

Yearly meet up


So do you guys miss me? Mesti tak ada orang perasan punkan.

Sorry MIA kejap. Last Friday I half day, go meet up the girls.

Semalam I was on MC sebab neck and shoulder sprain. Sakit lagi sampai hari ni but what to do...life has to go on although in pain =(

So last Friday I meet up with the girls. The girls here are my friends from college days. Kawan melepak bersama, menangis bersama, ketawa terbahak-bahak bersama. Susah nak plan nak jumpa empat-empat sekali sebab one of them is now living in Dubai. She only comes back once a year during bulan puasa and hari raya saja. Hi Esza....if you are reading this.



Last year kitaorang tak dapat jumpa sebab kalau tak silap Esza pergi buat haji so this year we make time to meet up.

2 mak hajah and 2 bakal hajah Insyaallah.

The Curve was the most strategic place to meet up. Mula-mula these makciks suggested to meet up at Pavilion. Ohh idak ler teman nak masuk town hari Jumaat plus musim hujan ni. Jammmmm....mak tak sanggup.


My first time makan kat Warung Leko. Makcik yang kat atas tu yang suggest tempat ni sebab dia selalu makan kat sini. I think The Curve has been her second home. Anyway, it's an Indonesian restoran located at 

LB-3, 1st Floor The Curve. 


Dari atas restoran boleh nampak McDonald's and the water fountain.


So we ordered sup bontot, sup daging, ayam penyek, Iga hot plate which is actually daging, sayur kangkung and of course rice. Sup daging dia sedapnya.....daging setebal-tebalnya (saliva dropping right now)

Kalau tak tahan pedas ayam penyek tu mintak less spicy okay because it's really hot (pedas).



If you like ayam penyet then you must try this restoran. 


If you are wondering who took our pictures...inilah budaknya. Sibuk jer nak ikut mama lepak dengan kawan-kawan mama tau. Tak bagi ikut, dah minitis air mata ....hmm..

Habis makan jer si Reen dah sibuk nak makan kek. Omai...makcik tu craving kek teruk betul lately ni. Kalau tengok gambar instagram dia penuh dengan gambar kek and food saja O.O

So kitaorang layankan jerlah craving dia tu that we end up at The Apartment pulak. 
Bad influence.....lepas makan nasi makan kek pulak.....macamana nak kurus weh.


satu pahit, satu manis. I should've ordered plain water instead.

makan lagi yo......

but this time desserts

 anak bertuah saya tukang menghabiskan aiskrim and red velvet aunty-aunty.
Sedap makan berebut dalam hujankan.


kawan baru, actually kawan si Reen. As I said earlier, The Curve ni kan dah jadi macam 2nd home si Reen. Makanya kejap-kejap ada jer kawan dia yang menyinggah jumpa dia. Dah macam open house pulak.


Hope to see you girls next year time Esza balik cuti raya.

Crazy friends forever. It just occured to me that we've been friends for 17 years. Lama tu.

Thursday, November 1, 2012

Random things on my mind


Sorry guys/gals I just need to write this down. Kalau nak baca silakan, kalau tak nak tak apa cause it's just me releasing my stress.

1. Sometimes I wish I'm dealing with kindergarden kids instead of adults. Most of the people I deal with here are over 50 year old. Sakit hati bila si tua pagi-pagi lagi dah menjerit hilang akal kat ofis just because of parking card. Sakai okay. Bikin gua stress. I think I might have to take a stress pill soon. =/

2. Semalam tak dapat tengok cerita Julia sebab ada pakcik tu bila masuk supermarket dia jadi hilang ingatan sekejap. Lama menunggu dia kat luar tau. Nasib baik ada bangku kat luar supermarket Aeon tu. He end up buying stuffs for his little kitten at home. Sampai rumah I dah nak mengamuk cause my kitchen sink penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, kain tak sidai, rumah macam tongkang pecah. Budak-budak ni kalau dibiarkan duduk rumah, gitulah jadinya. End up kami makan nasi berlaukkan telur dadar and my mom's rendang daging. Letak kicap masin Tamin.....bertambah-tambah nasi.

3. I want to quit my job.....sigh. Why can't a big sum of money fall into my lap :'(

4. Kenapa cerita melayu ni semua menyakitkan hati. Plot semua macam tak masuk akal. Cerita Julia tu, si Amir tu dah tahu perangai Sofia yang saiko tu....apasallah dilayankan lagi.
Cerita Mimpi Cinderella tu.....apa kebodohnya membiarkan diri dibuli teruk-teruk oleh orang lain eventhough it's your majikan sekalipun. Rendahnyalah hai self-esteem. Lawan balik jer....pedulik apa. Bodoh-bodoh...sakit-sakit hati tengok cerita melayu.....still tengok jugakkan hahahahaha.

5. Adam dan Hawa. Ohh Ain...why you jual mahal sangat kat Am tu. Hang tak nak Am...bak mai sini. Ehh....hahahaha. 

6. I need a vacation. Hilang mood nak kerja bila dah sampai hujung-hujung tahun ni. Tapi my boss tu ngok ngek sikit. Time orang tak nak apply leave memekak suruh cuti. Bila kita nak cuti banyak songeh pulak nak apply leave. Pastu dia cerdik semua cuti yang hujung tahun dia dah block awal-awal so orang lain semua tak boleh ambik. Tiap-tiap tahun macam tu. So unfair. Menjawaplah kau nanti kat akhirat sebab tak fair....ehh...

7. Malam tadi masa nak tidur macam banyak benda nak tulis. Tiba-tiba semua hilang pagi ni.   Blame it on the old man yang pagi-pagi lagi dah menjerit macam kena histeria. 

So that's it for now, till I can remember apa lagi yang I nak membebel sebenarnya. Lepas perasaan walaupun tak ada orang kisah sebenarnya.

Thank you for reading.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin