Wednesday, March 14, 2012

Produk Indo

Look what I found at Restoran Sambal Hijau, Sg. Penchala


Teh Botol yang blogger-blogger lain yang  pergi Indo cakap sedap bangat .
 Actually ada yang dalam botol punya tapi nanti kalau kat ofis tak ada pembuka botol.
Belum rasa lagi ni. Macam sayang pulak nak minum. Eh.



ni pulak Indomie diterbangkan dari Jakarta katanya.
Ini pun orang kasi. Dia kata flavor ni tak ada kat Malaysia.
Nantilah bila terdesak bila tak ada makanan baru kita masak mee ni



Tuesday, March 13, 2012

Beringatlah sebelum terkena


Sedih sungguh bila baca berita cerita kanak-kanak kena culik. Latest ni siap kena bakar lagi.
Tak sanggup rasanya nak buka newspaper dan tengok berita bila hari-hari ada saja cerita jenayah.

4 hari lepas baru keluar kat berita yang Malaysia negara direcognise as the safest country in South East Asia dan nombor ke 19 selamat didunia.

But why? why? why? jadi lagi kejadian culik menculik, meragut, merompak, merogol...
How do you justify that Malaysia selamat? Sigh!

Memanglah kita tak boleh harap polis saja menjaga keamanan. So parents tolonglah jadi more alert dan bertanggungjawap terhadap anak-anak anda. Kenapalah dibiarkan budak 5 tahun pergi kedai sendirian.....alangkan my 15 year old son pun I tak bagi pergi kedai sorang-sorang. Inikan pulak budak 5 tahun yang sah-sah tak dapat defend diri sendiri lagi.


Beringat sebelum terkena.







my nephew dah masuk 4 bulan.
 Dah boleh meniarap dan dah start makan makanan lembut.

Tengoklah senyuman dia boleh cair hati kita. Semoga Allah memelihara kita semua dari perkara-perkara yang buruk.

Monday, March 12, 2012

Birthday party...yay...yay....

Cuti sekolah mari lagi. Kalau jadi cikgu sekolahkan best....boleh cuti.
Khamis & Jumaat nanti I'll be on leave. Tak ada plan nak pergi mana pun. Saja menggatal nak cuti duduk relax kat rumah dengan anak-anak sambil lipat-lipat baju (iyolah tu!)

Sebenarnya nak update birthday party anak bestpren yang pertama. Ni cerita minggu lepas tapi biasalah Akak kan busy, minggu ni baru dapat cerita.

Venue: Yukids, The Curve. Excellent place to have birthday parties for kids.
Lepas habis birthday party still boleh main lagi sampai petang. Multiple entry allowed as long as ada pakai tag.

Time: Pagi.....breakfast time gitu



Birthday girl





tukang makan



 
Tetamu istemewa....Chicky!!
 
Seronok budak-budak semua sebab selain dari dapat main games yang KFC organize, dapat hadiah dan yang paling penting dapat melompat-lompat main dalam Yukids.





 
follow Chicky....nanti bila rajin nak upload video
 

aunty pun sporting menari-nari sama...hehe




ehh kek pun gambar Chicky ke?






besides KFC ni, ada macam-macam makanan....kenyanglah perut. Tapi nasib baik ingat yang tengahari tu nak kena attend wedding pulak.

 




Rakan sebaya.

Happy Birthday cutie pie Sophiea. 


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 9, 2012

Comfort food


Penat melayan kerenah manusia-manusia kat ofis ni. Rasanya jaga budak tadika lagi senang dari menjaga orang dewasa. At least kalau budak-budak boleh jugak gertak jegil-jegil mata. Tapi kalau dah orang tua buat perangai macam budak tadika memang tak tahulah nak buat apa lagi. Makan hati simpan dalam jerlah jawapnya.

Bagi menenangkan perasaan....tu pentingnya comfort food.

Banyaklah comfort food hahaha....sebenarnya nafsu yang lebih.




dapppppnyaaa.....



nafsu makan menguasai


Bila orang tegur kita gemuk.....apa kita buat? Apa kita buat adik-adik semua?

Kita jalan jer terus...buat-buat tak dengar komen orang tu.

Ada Akak kisah!



Wednesday, March 7, 2012

J-card member day kembali lagi


Tengahari tadi tajuk lain sebab tadi update guna wifi free hospital sambil tunggu turn appoinment doktor. So tak sempat nak tulis panjang-panjang.


Hari ni dan besok sebenarnya J-Card member day Jusco One Utama.

Lama dah sebenarnya plan nak beli perfume yang dah habis tapi asyik bertangguh. Nasib baiklah minggu lepas member ofis cakap yang 7&8 hb ada J-card member day.

Apa lagi dengan pantaslah Akak membeli. Lunch tadi laju jer terus tuju ke counter CK. Dah tak pandang dah benda lain. Sebenarnya ada jugak terjeling kat kaunter jual jam. Ahhh sudah....parah ni. Tapi kita kena fokus....jangan tersasar dari tujuan utama nak beli perfume.






Eternity my forever favorite perfume. Beli hadiah birthday untuk diri sendiri (birthday hujung bulan tapi tetap nak kena justify jugak tu).


Dapat free gift tote bag besar satu. Salesgirl counter CK tu baik hati sangat siap bagi I lagi tiga samples. I lap u lah salesgirl counter CK.


Untung beli masa J-card member ni sebab boleh redeem voucher. For every RM100 spend dapat RM10. So I got to spend another RM30 ;)


Hmm...apa lagi J-card member day u'olls =)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wordless Wednesday






Brooch dah jadi chandelier kereta hihi


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 6, 2012

Sibuk melampau

Minggu ni kesibukan yang melampau bermula dari hari Sabtu lepas lagi. Hari Ahad pun tak dapat nak berehat penuh dengan undangan.

Minggu ni pulak hal ehwal semasa ofis pulak yang teramat sibuk. Macam-macam nak kena kendali (ayat skema habis). Penuh dengan trainings and briefing yang nak kena attend. There goes my lunch nap.

Adik demam hari ni. Pagi-pagi tadi dah bawak pergi klinik. Doktor dah bagi sehari MC.
Actually pagi tadi I nak suruh dia pergi jugak sekolah sebab minggu ni sekolah ada ujian.

Nak tau tak apa ayah dia punya response?.

" Alah tak payahlah pergi sekolah...bukannya periksa SPM pun"

>.<


grrrr.....


Oklah ....sambung balik buat kerja. Break kejap bagi release stress.


P/S: banyak gambar nak upload sebenarnya tapi nantilah bila dah free sikit.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin