Monday, August 1, 2016

Majlis Hari Raya Masjid


Majlis open house raya yang takkan miss tiap-tiap tahun ialah majlis hari raya masjid At-Taqwa TTDI. Masjid kampung kita takkan nak miss kot.

Tahun lepas majlis pagi tapi tahun ni berubah ke malam.
Baguslah sekurang-kurangnya muslimin muslimat bersolat isya' dulu sebelum jamuan.



sesampai nampak khemah kampung dulu.
Katanya 13 ekor kambing untuk majlis tahun ni.
Sabor ya....pi solat Isya dulu baru boleh makan kambin'


sebenarnya diseparatekan khemah muslimin dah muslimah tapi kita anak beranak duduk satu meja semua. Dah nama pun anak beranak....idaklah bercampur dengan yang tak muhrim.
Rezeki Abanglah sebab balik minggu ni dapatlah merasa makan majlis open house majlis.
Tahun lepas dia tak pergi sebab tak boleh keluar hostel



macam-macam juadah disediakan.
Ada kambing, satay, kueyteow, mee sup, lemang/ketupat, rendang
Teh tarik ada.....air sirap ada.....
Apa ntah lagi ada Akak tak pergi survey semua khemah sebab queue panjang sangat.
Khemah yang Akak beratur 2/3 kali adalah khemah kambing saja.....yang tu Akak sanggup hahaha....
Besoknya kepala Akak berdenyut-denyut. Mungkin sebab banyak sangat makan kambing.

Budak-budak bawah 12 tahun dapat duit raya.
Anak buah Akak dapat RM5.....syukur Alhamdulillah.


muslimah saja tapi lelaki pun duduk jerlah.....tempat duduk terhad



kalau suruh Kakak tangkapkan gambar, muka Akak mesti besar macam pinggan..
Satu famili kami pergi termasuk adik Akak sefamili dan mak ayah Akak.
Adik Akak yang nombor 2 jer tak dapat pergi sebab husbandnya baru lepas accident.
Patah tulang selangka, rusuk 3 dan ibu jari tangan pun patah.
Dah dekat sangat nak sampai rumah kena langgar tu.
Itulah orang kata malang tak berbau.



Balik kami lalu nak check out tempat ni.
Katanya Restoran Hameediyah yang femes kat Penang tu nak buka kat KD.
Bolehlah Akak berdating berdua dengan husbandnya nanti.
Anak-anak tak berapa minat kari kepala ikan =)


1 comment:

Aini Shah said...

Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin