Sunday, August 7, 2016

Pergi balai terjumpa pulak pelakon hebat

Assalamualaikum,

Kejadian ni berlaku hari Khamis lepas.
Masa mak Akak call, Akak dalam lift office dah nak balik dah masa tu. Mak Akak call bagitau yang ayah Akak kehilangan bag dia yang mengandungi semua dokumen penting macam wallet, phone, IC etc. Yang peliknya rasanya hilang dalam kawasan masjid.
Manusia sekarang ni bukan boleh percaya, dalam kawasan ibadat pun berani ambik barang orang. 

Makanya terpaksalah kami teman ayah Akak pergi buat polis report.
Dah buat polis report nanti baru senang nak buat IC, kad bank, lesen kereta baru dll.


tu bapak Akak tengah buat polis report.

Masa masuk balai polis tu macam hairan jugaklah kenapa hampir semua parking spot penuh. Selalunya banyak kosong.
Rupanya ada shooting untuk drama polis. Ayah budak-budak ni adalah kepochi tanya nama drama tapi Akak tak dengar sangat.


cubaan nak menangkap gambar pelakon drama tapi tak nak nampak obvious sangat.
Ada nampak sorang pelakon senior yang selalu berlakon watak bapak-bapak, Datuk-datuk dalam drama petang-petang tu. Nama tak tahulah.


Masa tengah tunggu bapak Akak habis buat polis report tu sekali keluar sorang pelakon lelaki popular dari bilik dalam balai polis tu. Tinggi lampai orangnya.
Starstruck kejap Akak tapi seganlah pulak nak mengambik gambar sebab masa tu dia tengah jalan keluar dengan 2 orang lagi yang berpakaian uniform polis.
Akak tak surelah pulak pelakon ke atau polis betul.
Agak-agak dari gambar atas tu dapat teka tak siapa pelakon tu?
Kluenya.....filem yang dia berlakon apa kontroversi sikit dengan FFM.

Hari Jumaat malam mak Akak call cakap ada India potong rumput datang kat gate rumah.
Dia tanya ada tak 'uncle' hilang barang. Dia kata dia dah hantar bag bapak Akak tu kat balai polis. Tapi bila mak dan bapak Akak pergi balai polis tak adalah pulak barangnya.
Apalah agaknya motif India potong rumput tu.
Pastu dia boleh tahu pulak exact amount duit dalam wallet bapak Akak tu.
Mungkinkah dia pencurinya?. Pelikkan.

Anyway, harini adik Akak dah bawak bapak Akak pergi buat IC dan lesen baru kat UTC.
Harap besok bapak Akak dapatlah buat urusan bank dan urusan-urusan lain.

So agak-agak dapat teka tak siapa pelakon yang Akak jumpa tu?
KAlau nak tahu sila scroll ke bawah =)













Jawapannya adalah










BRONT PALARE =)



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin