Wednesday, January 7, 2015

Mainan baru - Galaxy Note 4


Alhamdulillah tahun ni rezeki lebih sikit. Dapatlah Akak beli gadjet baru. 
Ini pun beli sebab cik abang kita punya Galaxy Note 1 dia jatuh berderai so tak boleh on dah handphonenya, LCD dah rosak agaknya. Macam tau-tau jer handphone pun nak jatuh dalam bulan duabelas. Pandai sungguh timingnya =P

So Jumaat lepas Akak pergilah Maxis beli Samsung Note 4 untuk Akak. Masa tu berbelah bagi nak beli Note 4 ke iPhone6. Tapi bila baca review macm tak berbaloi nak beli iPhone6 16g sebab ugrade iOS8 pun dah makan 8gb. Habis kita bangsa suka download apps dan segala mak nenek dalam handphone, takut tak cukup storage. Nak beli iPhone6 yang 64g rasa macam kedekutlah pulak. 

So Akak end up beli Note 4 saja. Puas hati sebab screen besar plus Akak suka Android sebab Akak suka apps 'TV Radio  Malaysia'. Almaklumlah mak-mak ni sambil masak kat dapur pun nak tengok slot Akasia TV3. Kat dapur rumah Akak tak ada TV, so dapat tengok melalui handphone pun jadiklah. Kadang-kadang bukannya dapat tengok sangat pun, tapi dapat dengar suara pun jadilah. Lagi satu Akak malas nak pergi sync balik semua data dalam phone kalau tukar ke iPhone.

Makanya Samsung S4 Akak dah selamat bertukar tangan ke ayah budak-budak ni. Suka dia sebab tak payah pakai lagi iPhone4s (spare phone kami) yang tak boleh nak connect to WIFI tu. Lagipun pakcik tu tak suka sangat pakai iOs sebab dia dah terbiasa pakai Android.
iPhone4s tu nak baiki WIFi tu ntah berapa pulaklah harganya so biarlah dia terperap jer kat rumah tu jadi phone spare.

Paling seronok bila Akak beli Galaxy Note 4 kat Maxis, Akak dapat Samsung Gear free sebab Akak Maxis One Club member. Samsung Gear tu harganya RM599.....sapa yang tak sukakan. Abang jeles jer sebab Mama dapat phone dan jam canggih baru. 




Akak sekarang dah canggih you all.....nanti Akak rajin-rajin Akak buat review function-function yang ada dalam Samsung Gear ni ya.

So that's all for now people.....minggu ni Akak busy banyak kerja kena buat. 
Syukur Alhamdulillah ada kerja. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin