Tuesday, July 8, 2014

Ramadhan 2014 - Day 7 & 8 Ke Gulati's kita


Alhamdulillah minggu ni kami berbuka berlima. Bulan puasa Abang boleh balik weekend. 
Abang kata ramai jugak budak-budak yang tak balik kampung. Almaklumlah kampung jauh di Penang, Kedah tak berbaloi kot balik 2 hari jer. Those yang duduk area KL dan Selangor seronoklah sebab boleh balik berpuasa dan sahur dengan parents.

Gembira hati sebab dapat berbuka berlima. Rindu sangat dengan anak lelaki sorang tu.


Jumaat lepas kami berbuka di rumah my parents . Meriah sungguh sebab budak-budak semua duduk atas lantai berbuka beramai-ramai.....bising!. 

Kuih untuk berbuka my BIL beli di setiawangsa semua sedap-sedap.


agar-agar santan yang my mom buat. Favorite kami sekeluarga. Kalau tanya I resepi haran I tak tahu. Yang pandai buat agar-agar ni only my youngest sister.


Alang-alang Abang balik minggu lepas. Kita kasi settle dulu baju raya dia.

Ayah budak-budak ni kalau bulan puasa malas nak drive jauh-jauh. So jangan haraplah dapat pergi SACC Mall Shah Alam atau Jalan TAR. Kita pusing-pusing area rumah udah.

Mula-mula masuk kedai BAK di The Strands tapi rege tak menepati bajet. Almaklumlah bajet Depan BAK tu Gulati's so marilah kita menjengah Gulati's.

Gulati's ada sale tapi macam tak ramai orang. Baju melayu ada sale sepasang RM138 sekali dengan sampin. Makanya Abang dapat dua pasang baju melayu baju tahun ni. 

Tema warna baju raya tahun ni tak decide lagi......mungkin tema caca marba suka suki.
Lega sangat sebab dah dapat baju melayu Abang so sekarang boleh concentrate baju raya untuk anak dara berdua tu pulak.

Pergi Jusco nak cari baju raya untuk anak dara berdua tu tapi jangan haraplah dapat pakai baju saiz kanak-kanak lagi. Saiz yang untuk umur 13-14 tahun pun si Adik yang tak sampai umur 12 tahun tu pun tak boleh pakai ....senteng dah macam nak pergi sawah. Semua dah tinggi daripada Mama. Tak lama lagi Mamalah yang paling 'comel' kat rumah.


ehh ada budak menyorok pulak



 Abang dah sama tinggi dengan ayah dia.
Kami kat belakang tu tukang gelak sebab sorang besar sorang kecik. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin