Thursday, July 24, 2014

Ramadhan 2014 - Day 25 Selamat pulang

Semalam kami dah selamat menjemput Abang dari hostel. Last minute plan sebenarnya. 
Sepatutnya students ada kelas lagi sampai Jumaat tapi ramai yang dah balik sebab transportation. Faham-faham jerlah musim perayaan ni tiket semua habis orang beli. So ada yang dapat tiket awal. Isnin lepas lagi dah ada yang balik kampung.
Kesian pulak dia sebab hari Selasa tu dia email kat I kata rumah dia tinggal derang bertiga saja, yang lain semua dah balik kampung masing-masing. Hari ini pulak budak berdua housemate dia pulak nak balik dah. So kalau tak ambik dia maknanya dia duduk sorang-sorang hari ni nanti.

Pengetua mintak I emailkan official request kat dia untuk ambil anak awal. Alhamdulillah pengetua terus approvekan semalam.

Lepas solat maghrib dalam pukul 8 lebih macam tu teruslah zass ke Cyberjaya ambik anak kesayangan Mama, kata ayahnya. Jeleslah tu. Mama sayang anak Mama semua sama rata jer, tak ada lebih tak ada kurang sebab tiga-tiga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing =)

So pagi ni dah berjela list housechores yang dia kena buat. Adik-adik semua ke sekolah pagi ni. So nasiblahkan Bang.......sapa suruh Mama ambik Abang awal hahaha....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin