Friday, October 18, 2013

Double whammy


Baru nak update blog dah berdentum petir. Letak laptop tepi kejap.

Bunyi dentum dah reda, pegang balik laptop. 

Cik Abe kita pulak suruh masak sup tulang. Tinggal kejap lagi laptop. Macam ni bila nak update daaaa?

Pagi tadi ada follow up checkup dengan dua-dua doktor. Good news is my orthopedic bagi I MC seminggu lagi sebab somehow my ligamen kat leher ni masih rasa sakit lagi.

 Bad news is that minggu depan I kena admit balik ke hospital untuk remove my appenditis sebab masih rasa sakit walaupun dah berbotol-botol antibiotik dan dah habis semua antibiotik yang kena habiskan kat rumah, my right tummy masih lagi ada rasa mencucuk-cucuk. Ini yang orang putih  panggil a double whammy! 

Tak tau nak rasa apa dah ni. Tak pilih lagi which day nak admitkan diri sendiri. Bekas kena poke sana sini sebab nurse susah nak masukkan line pun ada lagi ni, still blue black. Nurse kata my veins are very fine.....susah nak cari. Tu yang depa cucuk sana sini try nak masukkan line tapi tak berjaya. 

Gimme a few days untuk gemukkan my veins okay. I'll drink tons of plain water untuk gemukkan sikit veins ni.

Balik daripada hospital tadi sempatlah bega-bega dapur sikit. The new neighbour yang mengadap dapur I ni siap pasang langsir sebab tak nak kami nampak kitchen dia. Apa lagi I pun suh Kakak panjat pasang blind tingkap. Kita pun tak nak tengok awak. Tunggu Pak budak-budak ni budak ntah zaman bila ntah dia nak buat. Nasib baik ada Kakak boleh gak tolong panjat-panjat. Mama jadi mandur jerlah.



my lunch. Nasi Arab ayam yang dibeli di perkarangan masjid. Tak tau kenapa nasi tu macam manis sikit. Sebenarnya lepas dengar berita nak kena admit balik hospital, terus hilang selera nak makan tapi perut kena gak isi kalau tak sakit lain yang datang.

Happy weekend people. =)

Thursday, October 17, 2013

Assalamualaikum


Bila malam time nak tidur tu banyak idea nak tulis kat blog. Siang, dah buka laptop semua hilang. Anyway, I am still recuperating at home this week. Masih rasa sakit sikit-sikit. Besok ada follow up sessions dengan dua-dua doktor. We'll see how lah sebab my right tummy masih ada lagi rasa sakit-sakit.

Anyway, my hubby almost burnt down our kitchen pagi ni. Dia terlupa tutup api sup tulang yang dia panaskan. Almost sejam keluar rumah baru dia teringat yang api dapur tak tutup 
-__________-

There's a reason why when I am cooking I don't leave the kitchen unattended cause as a human you tend to forget ESPECIALLY WHEN YOU ARE A CANDY CRUSH ADDICT!!!!!
Seriously Candy Crush is literally taking over people's life. *tariknapaslepassssssssss*

Tak nak tulis banyak-banyak....nanti stress and sakit balik.


short entry so that you will forget me not. Here's a picture of lembu kurban for qariah masjid TTDI.

Tak terlambat lagi kot nak ucap, "Selamat Hari Raya Qurban".

Friday, October 11, 2013

Hari ke 5


This is my fifth day here at the hospital. Bosannya Tuhan jer yang tahu.
Surgery for my neck slip disc dah selamat buat on Tuesday. Sepatutnya dah boleh keluar on Wednsday tapi masa admit hari Isnin tu my right tummy sakit sangat. So doktor suspect appendicitis. But after buat scope rupanya my intestine (usus) ada infection. So here I am still in the hospital on the fifth day. Kalau boleh nak balik hari ni. Tak larat dah duduk hospital ni. 

i'll update later when I am up to it ok. Toodles.



Sunday, October 6, 2013

What we did last Sunday

Not this Sunday but these photos were taken last Sunday when we're picking up Atuk at the train Station.

My last train ride were like 14yrs ago when Abang was two to my late father's in law's home in Kedah.

Maybe one day we should take the kids up North via the train. They might like it.

Friday, October 4, 2013

Rindu


Rindu anak ...marilah kita lepak bilik dia sambil tengok Youtube dan download cerita-cerita TV US Fall season yang baru. Lajuuuuu komputer gaming budak lelaki ni =)

Berselirat wayar sana sini kat bilik budak ni. Abaikanlah ya.

Saturday, September 28, 2013

Wednesday, September 25, 2013

Mee Kari Ketam

First of all I am struggling using my wireless keyboard here. So kalau ada spelling error tu sila abaikan. This wireless keyboard makes my life easier typing on my Mini iPad blogger. So I bought a Mini iPad lepas tertekan gila guna my 'Samseng' Androids. Banyak kali dah rasa macam nak baling my Androids ke dinding sebab lagging and selalu sangat hang.

So I gave my 'Samaeng' Tab 2 to my husband tapi S4 tu baru beli bulan April lepas so tak bolehlah ngada-ngada nak beli phone baru....tapikan iPhone 5s dah nak keluar. Tabahkanlah hatiku Ya Allah. Sabtu lepas I siap bawak my S4 ke Samsung service centre and the reset my phone back to factory setting. I pun masa tu malas nak fikir banyak masa CS tu tanya tak nak back up dulu ke my phone.....sekaliiiiii.....nasib baik all the contacts dalam sim card tapi all my messages hilang dan paling haru, wipe all my Apps termasuk my Candy Crush yang dah masuk level beratus. Dahlah tak sync Candy Crush ke Facebook Account.....hancur hatiku mengenang dikau. Sekarang terhegeh-hegeh nak main balik from level 1 *nangissss*

Alamak sorry lari topik. Nak crita yang Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, Kota Damansara ada jual Mee Kari Ketam. My BFF ada post gambar yang dia teringin nak makan mee kari ketam kat Shah Alam. Satu malam tu kami pergi dinner kat Restoran Cinta Sayang, ternampak ada gerai Mee Kari Ketam. Tak payah pergi jauh-jauh, dekat rumah pun ada.


                                              otak-otak




ni baru makan petang tadi, mee kari sambal kerang. Satu mangkuk RM5.50. Kalau mee kari Ketam, satu mangkuk RM12. Mee Kari Udang pulak RM8.

Verdict :  Sedap dan boleh bawak Nenek & Atuk makan sini nanti.


UPDATE:

Nasi Lemak Cinta Sayang

B2-1-1 Blok 2, Jalan Teknologi PJU2/IC Signature Park (Kota Damansara)
Petaling JayaSelangor 47810 



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin