Wednesday, January 15, 2014

Something new

Salam Maulidur Rasul.

Insyaallah hari ni I akan dapat nephew baru. My sister akan melahirkan melalui C-section tengahari ni. Hopefully all goes well and I will get to see the little bundle of joy petang nanti. Can't wait. 



Adik's drawing. 

Dulu Adik masuk kelas Art kat Peekaboo tapi last month ayah dia enroll kat Da Vincci supaya dia dapat belajar fine art. Dekat Peekaboo more suitable for small kids kot. Tapi budak tu tak happy pulak dekat Da Vincci sebab teacher tak berapa pay attention kat dia. It's more like you kena buat semua sendiri and the teacher akan betulkan your lukisan sikit-sikit. Plus dia ada komplen yang teacher kat Da Vincci suka bercakap in their 'language' which dia tak faham. Unlike macam kat Peekaboo, the teachers bagi perhatian kat budak-budak. So sekarang Adik macam liat sikit nak pergi kelas lukisan dia on Sunday, ada jer alasan tak nak pergi. Tapi lepas kami pujuk dia cakap yang her drawing now is much better and refine, dia bersemangat baliklah.

Then I posted her drawing on my IG and facebook. Ramailah yang like my post and puji cakap lukisan dia cantik. Ada yang suggest that maybe she should consider architecture after she finish her high school. Tapi anak manja ni nak jadi Manga artis =)

Suka hati dia bila ramai orang like her drawing. Semoga lepas ni, dia tak bagi lagi alasan tak nak pergi art class kat Da Vincci sebab she's improving and she's got talent. Lagipun aim dia tahun depan nak masuk Sekolah Seni. Alhamdulillah budak ni ada initiatif tiap-tiap malam belajar sendiri untuk UPSR. Tak payah susah-susah nak terjerit-jerit suruh dia belajar....semoga usaha dia berterusan sehingga akhir tahun. Now I just need to find a tuition place for her. Malas sebenarnya nak panjat 3 tingkat ke pusat tuisyen, itu yang asyik tertangguh niat tu. 

I guess that is all for now. I'm so happy that minggu ni kerja 3 hari saja. Jumaat nak pergi ambik Abang kat hostel dia.....miss my son =)


Monday, January 13, 2014

January birthday celebrations

Sempena menyambut birthday our father last week, kami adik beradik buat upacara makan-makan. Plannya mula-mula nak buat malam lepas tukar pulak nak buat hi-tea. 
Kami ingat nak beli lasagna, kuih and etc yang sesuai untuk minum petang. My mom pulak nak makan nasi Arab. Ting tong konpius I jadinya sebab asyik tukar timing. End up last-last kami semua makan 6.30 petang. Ala-ala petang dah dekat nak malam.

My sister bought Saba Nasi Arab ayam, kuih muih and I bought satay Samuri.
Mulanya plan nak beli satay saja so I pun orderlah 100 cucuk for all of us. Sekali bila semua orang dah makan nasi Arab, tak habis satay. >.<

Sambut sekali my BIL's birthday and tak lama lagi ada ahli keluarga baru yang insyaallah tahun depan akan join the January birthday boys celebration. My sister is going to give birth on the 15th January thru C-section. Oh my.....maknanya tahun ni kena tambah lagi kuota duit raya, nak kena start menabung =P


hanya nasi impit dan air saja saja home-made yang lain semua kedai mari. 

Nasi Arab Saba tu memang marbelles. Hari itu I pergi tapau Saba yang kat Cyberjaya....masyaAllah ramainya orang membeli. Itupun sempat drama dengan ayah bebudak2 ni. I malas dah nak tggu sebab ramai sangat orang, last-last dia yang pergi beratur (actually ambik nombor) dengan kesentapan sebab dia kata alang-alang dah sampai beli ajalah. Pastu yang takeout, ada yang beli sampai 40 pack. Merasalah kitaorang tunggu dekat 20 minit. Tapi nasi dia memang sedaplah, tak sama dengan yang kedai lain jual. Kalau makan nasi dia jer pun dah sedap dan kenyang. But in my opinionlah, Lamb Mandy lagi sedap daripada chicken. Lamb tu lembut sangat and tak ada bau langsung.





ni semua tukang buat bising. Macam nak pecah rumah dengar suara derang ni. 


Friday, January 10, 2014

My Daydre

Orang buka acct Daydre,I pun nak nak ada jugak tapi lepas tu tak reti nak update sebab macam redundant dengan blog.

I'm trying to update my Daydre on a daily basis tapi only as my food diary. Meaning that I'll put on daily basis what i had for breakfast, lunch or dinner. Hopefully rajinlah.

So kalau ada sesiapa yang nak follow my Daydre pun boleh jugak. Just look me up ok :)

Thursday, January 9, 2014

Al kisah buku animation

Al kisahnya Jumaat lepas kitaorang subuh-subuh sapi lagi dah masuk kereta sebab nak menghantar budak-budak pergi sekolah. 

Elok semua duduk dalam kereta...krekk...krek....tau tak bunyi apa? Bunyi engine kereta tak boleh start. Alternator kereta buat hal pulak so tak boleh nak start engine kereta. Masuk rumah baliklah kami semua. Nasib baik jugaklah sebab I memang kebetulan cuti hari tu. Tarik selimut baliklah jawapnya sebab mana ada bengkel kereta yang buka lagi. Dekat pukul 10-11 pagi baru mechanic datang betulkan kereta.

Cadangnya hari tu lepas hantar budak berdua tu pergi sekolah, kami nak pergi BB Plaza sebab nak cari buku Abang yang kena beli. Kedai kat BB Plaza tu jer yang ada jual buku tu. 

Lamanya tak masuk Jalan Bukit Bintang tu. Aduh sepanjang jalan korek sana sini untuk construction buat MRT. Pening kepala guwe masuk KL ni, boleh jadi stress jadinya.



terrer gaklah ayah budak-budak ni cari parking sebab turun escalator jer terus nampak kedai buku tu. Malapnyalah BB Plaza macam tak bermaya jer, harap kat Metrojaya jerlah kot. Itu pun tak ada orang kat Metrojaya. 


budak kecik ni sukalah kedai buku ni sebab segala macam buku animation ada dalam kedai ni


Nama kedai ni Basheer Graphic Books. Location kat tingkat 3 dekat dengan orang jual buah-buah dan minuman.



Inilah buku yang dicari-cari, Animator's Survival Kit. Siap cari kat MPH dan Popular pun tak ada. Dah nak hujung nak masuk sekolah balik, baru dia teringat yang kedai buku ni pernah datang kolej dia promote buku. Aduhlah hai anak.

Sempat jugaklah kami singgah makan tengahari kat Tugu Negara lepas Ayah dan Abang selesai solat Jumaat. Lupa nak tangkap gambar tempat makan tu. It's a nice place kat Tugu Negara tu where you can find kari kepala ikan yang sedap. Masa kami sampai pukul 2 lebih tu banyak lauk dah licin =(

Tapak kaki I ni dah lama sakit sebab ada serpihan tiles termasuk. Tried pulling it out myself guna tweezer dan pencungkil jerawat yang tajam tu but still tak boleh jugak nak korek. So sekarang ni kalau pijak lantai mesti sakit. Lepas balik dr makan tu singgah sekejap klinik sebab Abang komplen dia sakit perut so I teruslah suruh doktor tengokkan sekali kaki I. Doktor belek-belek dia suruh pergi hospital pulak sebab kena x ray.

Pung pang pung pang (malas nak story dah ni) kat Tropicana Medical Centre, there is a splinter dalam tapak kaki tu. 





Nampak tak yang kat penanda ada benda kecik warna putih. Itulah dia serpihan tiles pecah tu.

Specialist kata biarkan dulu dalam tu, tengok dia keluar sendiri ke tak sebab dia kata kalau dia buat nanti kena korek daging keluar and it will be more painful >.<
I have to come and see him again in 3 weeks time. Sekarang ni kalau pakai kasut tak sakit tapi kalau kat rumah pijak lantai memang sakit. 

Gitulah kisahnya.

Wednesday, January 8, 2014

Birthday dan back to hostel

Today is my father's is my father's 72nd birthday.
Semoga diberikan kesihatan yang baik pada tahun ini. You gave us a few scare so kalau Allah izinkan janganlah lagi. We almost lost him twice. My father pernah koma sebulan disebabkan kuman meningitis masa I tengah berpantang lepas lahirkan Kakak dan kena serangan jantung on 2012. Words cannot describe what's inside my heart (as I am writing this a bit emotional tapi tak reti nak luahkan) but thank you for raising me and always be there for us. Though sometimes you still treat us like small kids…..believe it or not my father still open my letters >.< . 
Happy birthday Papa. May Allah bless you always. 

Tukar topik sebelum I jadi lebih emotional. Sekarang ni rumah I dah jadi berempat balik lepas Abang dah balik hostel Sabtu lepas. 

That boy has tons of things to angkut balik to hostel. Seminggu sebelum tu I dah puas dah pesan dekat dia suruh kemas barang-barang dia. Did he listen to me?

NO!

Dia sibuk main computer game siang malam pagi petang. Lepas gian  agaknya sebab kat kolej tak boleh nak main game. 2 hari berturut-turut I pergi register dan menghantar barang-barang dia. Nasib baiklah dalam KL lagi kalau luar KL memang I postkan aja barang budak tu. Boleh tak dia lupa nak bawak baju rasmi sekolah >.<

 Sabtu lepas hari pendaftaran masuk balik dan pindah ke hostel baru. 
Pendaftaran daripada pukul 10 pagi sampai 4 petang tapi dalam pukul 11.00 pagi macam tu kami dah sampai. Lama jugaklah menunggu habis proses pendaftaran sampai kami sempat pergi lunch dulu dan datang balik. Nasib baik ada tempat menunggu untuk family. 




Sessi daftar dan bayar yuran serta collect kad outing. Results exam pun ada ditampal kat board. For a dyslexic boy I would say it is not bad kalau nak compare to normal kids. 

Almost pukul 4 jugaklah baru kami semua beransur ke hostel baru. Brand new apartments. Disebabkan we were the first one to arrived at the apartment, dapatlah pilih bilik paling besar untuk abang dan katil yang paling strategik. 
Room mate Abang tahun ni dah bertukar . Roommate tahun lepas tak boleh tidur bergelap so lampu kena sentiasa pasang. Roommate tahun ni pulak tak tahu apa pulak kerenah. Each apartment ada 4 bilik and each room ada 2 katil. Bilik Abang kali ni besar sikit so tak adalah bersempit nak letak barang macam last sem. Roommate Abang last sem banyak barang so bilik sempit sikitlah. 

Kali ni housemate dia ada dua orang budak yang duduk area rumah sama dengan kami. So kalau the boys nak balik rumah bolehlah balik sama-sama naik bas kot. Ialah tu…..tengoklah nanti mesti Mama & Ayah jugak yang datang ambik.



new place. new rooms. Paling best tempat baru derang ada pool and gym. 
Unfornutely you can't get it all sebab Abang call malam Ahad tu cakap tempat makan derang sempit sikit.

Malam lepas hantar Abang balik hostel, Ayah dia pulak yang emo sebab anak tak ada kat rumah. Itulah orang kata bila dah tak ada depan mata baru rindu =P

Harap-harap tahun ni Abang belajarlah bersungguh-sungguh. Mama miss you so much. Kalau nak contact dengan dia kena tunggu hujung minggu sebab hari-hari sekolah ni warden simpan handphone budak-budak.

Tuesday, January 7, 2014

ke Aroma lagi

Hari ni actually hari pertama I bekerja untuk tahun 2014. Welcome back to the hectic daily life of sending kids to school dan mengadap jam. Semua jalanraya kat KL/ Selangor ni rasanya ada jer projek korek sana-sini, mana tak jam jalan jadinya. Jalan yang dua lorong dah jadi selorong, memang mengundang kesesakanlah jawapnya. Time-time macam nilah rasa macam nak pindah jauh ke pinggir bandar yang tak sibuk. Kalau nak cerita pasal jalan jam ni sampai Subuh besok pun tak habis cerita.

Cuti tahun baru 1haribulan haritu, kami ke Kuala Selangor makan seafood. Sejak awal Disember lagi dah merancang nak ke Jeram. Alkisahnya boleh pulak tersesat barat nak mencari Aroma Ikan Bakar sedangkan dah 2 kali makan dekat sini. Waze pun tak boleh harap haritu, weng semacam. Nasib baik bukan I yang drive, kalau tak mau balik rumah terus.

KamisSampai dalam pukul 4 petang, dah penuh restoran dengan pengunjung. Tempat parking pun semua penuh. Meja penuh dengan tanda reserve. Nasib baik jugaklah ada pengunjung yang dah habis makan, dengan segera kami ambik alih table. Lainkali kalau nak datang memang kena reserve awal-awal pastu pesan makanan sekali. Tak payah nak tunggu lama sangat.

Masalahnya bila datang time peak macam ni, jenuh menunggu untuk makanan dan minuman. Tapi bila minuman sampai lagi lambat daripada makanan memang mengundang resah. Nak makan pun serba salah. Dibuatnya makanan pedas atau tercekik ke……mana nak cekau air. Ada yang meja sebelah punya air yang kita terjah kalau terpaksa.

Meja belakang kami tu, dekat setengah jam ke 45 minitlah menunggu orang nak datang kemas meja. Muka masing-masing dah kelat macam nak telan orang. Begitu ramai orang sampai tak sempat busboy nak kemas meja. 


Pilihan seafood adalah segar-segar. 

Ikan kerapu masak tiga rasa. Recommended kuah masak tiga rasa dia adalah sangat sedap. Kalau makan cicah roti pun feel. Ikan tu digoreng garing so sangat ngam dengan kuahnya.

Udang macam biasa mesti masak my favorite masak butter. Tapi tenggelam sikit kesedapan udang sebab ikan masak tiga rasa tu memang meletup.

Ikan dan ketam goreng tepung. Anak-anak dara I ni sukalah makan ikan goreng tepung. I tak layan dah ikan kembung goreng tepung tu sebab dekat rumah pun boleh masak sendiri. Pastu lala masak pedas. Tak ketinggalan semangkuk kerang, hak tu si kecik tu belasah sorang-sorang sebab dia lapar sangat tunggu makanan lambat sangat nak sampai. Nasib baik kerang sampai awal. 

Bila seafood dah sampai, kailan goreng ikan masin dengan telur dadar terus lupa. Masa time order tu macam-macam nak sebab ikut tekak dan perut lapar. Insaf kejap hari ni bila baca kisah sedih ni. Orang lain dhaif sampai nak bayar yuran sekolah cucu pun tak mampu, kita yang Allah kurniakan rezeki lebih sikit ni selalu alpa dan membazir. 





Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.

Friday, January 3, 2014

Bunga api sambutan tahun baru di The Curve


Tahun sebelumnya, kami malas nak menempuh lautan manusia kat The Curve so kami tengok bunga api dari parking Giant sahaja. Tapi itulah kemeriahannya tak sama denagn menyambut tahun baru dengan ribuan manusia lain.

Jadi tahun ni, instead of pergi dalam pukul 11 malam dan seksa mencari parking kat The Curve, kitaorang beli tiket awal-awal dan tengok wayang The Hobbits dekat eCurve. Ambik  tiket pukl 8.15pm, habis dah pukul 11 lebih malam. Makanya tak adalah melangut lama sangat nak tunggu bunga api. 

Tak payah reviewlah kot cerita Hobbits tu. Cuma yang tak bestnya ada sambungan lagi. Sabar jerlahkan.

Ramai sangat manusia malam tu. Macam-macam bentuk manusia ada, yang kecik, yang gemuk, yang tinggi, yang kemetot, yang lonjong, yang kerek, yang kuat memekak….nampak sangat dah tua tu yang macam tak berapa berkenan nak pergi tempat orang ramai-ramai sangat ni…..rimas. Dengan the youngsters tak habis-habis tiup bendalah yang bunyi macam bubuzela tu…..memang bisinglah. Rasa macam nak bagi penampar sekor-sekor. Nampak tak kesan penuaan disitu hahaha...

Ada lebih kurang 45 minit sebelum bunga api muncul, so kitaorang pergi cari port nak duduk dan makan. Paling senang The Teh Tarik Place jer yang dekat dengan tepi jalan. Tapi tempat tu semua kerusi meja penuh. Nak dapatkan meja macam nak kena berebut dengan pirahna…..seksa. Alhamdulillah dapat jugak tempat duduk, kena agressive sikitlah. Kalau lembab-lembab memang melangutlah ko kat situ.

Depan Ikea tu sebenarnya ada show. Kalau tak silap ada Ning Baizura dan Aizat Amdan. Youngsters sukalah kot nak berparty ramai-ramai. Kitaorang ni datang semata-mata nak tengok bunga api. Lain feelingnya bila tengok bunga api live. 

Here's a few photos and videos yang I ambik malam tu. Kalau rajin clicklah tengok youtube  tu. Memang meriahlah.


















Adios

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin