Tuesday, October 9, 2012

Open house lepas raya


Sabtu lepas kami ada invitation untuk open house raya. Say what?? You heard read me right. Open house raya tapi wayyy lepas raya, dah nak masuk raya Haji dah ni.Tuan rumah is my ex uni mate and officemate. Lama jugaklah dah tak berjumpa.

Tuan rumah kata reason dia buat open house raya lambat sebab nak bagi anak dia habis UPSR dulu. Oklah tu plus maybe dia nak buat housewarming sekali sempena dia pindah rumah baru.


peekaboo

Cantik housing area our friend tu. Gated area at Manjalara.



There's a nice big park yang bersambung dengan kedai-kedai



even the sky are bluer at the rich people housing area =P



Sila register dulu ya




tak ada gate between houses


that's our friend's home. Terkujat jugaklah tengok interior rumah yang cantik. Nak ambik gambar seganlah pulakkan. But reallyyyy nice.

cupcake, nasi beryani JM, kuih muih, fruits, teh tarik yang kaw....macam-macamlah juadah tuan rumah yang sedap-sedap.




penutup suruh anak dara bergambar depan rumah orang hehehehe.

Baju yang Kakak pakai tu is actually mine. Lawalah pulak budak tu pakai >.<

Monday, October 8, 2012

Minat baru Adik


Lately ni my anak bongsu has taken interest in drawing kartun Anime. Sanggup dia berjam-jam mengadap youtube belajar cara nak lukis kartun Anime.







Kartun Anime lukisan Adik. Amacam lawa tak?

Saturday, October 6, 2012

Apps baru


Orang lain semua dah berzaman tahu pasal Pinterest, I baru download tadi.

Interesting apps sebab banyak benda yang boleh belajar.From fashion, food/recipes/, technology, beauty, DIY & Crafts macam-macam lagilah.

Download it now people....download and have fun (and few useful tips...I hope)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 5, 2012

It's a wrap

Hari-hari makan nasi bosan jugakkan. So semalam kita tukar menu makan malam.

Kita buat pizza wrap. Nak tahu kenapa pizza wrap sebab I use Mission Wrap as the base gantikan dough pizza tu.


antara bahan-bahannya.

Daging tu I saute dulu dengan bawang bagi masak. Nak masuk terus dalam oven sekali dengan wrap tu takut kulit wrap tu hangus pulak nanti kalau letak dalam oven lama sangat

anak dara kecik yang tolong sapu sos prego, letak daging dan cheese
Lepas tu bakarlah dalam 10-15 minit dalam oven

dan

walllahhhhhhhh.....


siap sudah pizza wrap kami. Sorang satu kami makan malam tadi.
Sedap (masuk bakul angkat sendiri)
Malam ni nak masak apa pulak ehh...hmmm....susah gakkan jadi mak-mak ni kena kreatif sentiasa.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 4, 2012

Ilham Nasi kukus ayam goreng

Tengahari tadi pergi bayar bill TNB. Nak luahkan kat sini betapa bengkek sikit hati dengan counter pembayaran TNB. Nak bayar dengan debit card tapi debit card Maybank jer yang terima. Nak bayar separuh dengan credit card, separuh cash....boleh pulak minah kaunter tu kata, kalau cash dengan cheque baru boleh. Rasa macam nak hentak kepala kat dinding masa tu. Apa masalahnya minah oiii. Kau charge dulu credit card aku then kemudian ambiklah cash. *hantuk kepala*. Nasib baik ada supervisor dia kat sebelah kata boleh kalau tak *usapdadatahansabar*

Settle bil TNB, perut dah berkeroncong. Teringat nak makan asam pedas kat Mimpi Muor. Sekali sepanjang jalan penuh parking. Pusing kot jalan belakang, ternampak ada satu restoran kat selekoh.

Nampak banner dari jauh "Nasi Kukus, ayam goreng rempah herba".
You got me at ayam goreng bebeh.

Kensel makan asam pedas. Nasib ada parking terus menonong jer beratur macam dah biasa makan kat restoran ni.




Pembantu kedai terus bungkuskan semua.
Lain sikit konsep makan kat kedai ni sebab nasi akan dibungkus bersama ayam goreng, ikan bilis sambal, pajeri nenas, sambal belacan dan kuah kari.

First timekan makan sini manalah I tau yang kata dia terus bungkus dalam kertas and daun pisang. Ambik bungkusan tu, pilih air dan carilah meja makan.

Balik nanti janganlah lupa pulak bayar nasi bungkus tu. Satu bungkus RM5.50.  



dia bungkuskan nasi macam ni. Tak payah pinggan-pinggan bagai. Makanlah korang atas kertas tu.


boleh tahanlah nasi kukus ni. Kalau on budget bagus beli nasi ni sebab semua dah ada dalam tu.



Restorannya di Mutiara Damansara. Sebelah surau Mutiara Damansara.Idaklah I tau femes ke tak si Ilham tu sebab ni 1st time I pergi makan sini.



dah habis makan silalah bungkus kembali supaya senang staff restoran nak kutip buang.




Pesanan Akakmu hari ini. Banyak-banyakkanlah minum air kosong. Baik untuk kesihatan. NasihatorangtapiatasmejasendiriadaairA&W


Tuesday, October 2, 2012

Jalan-jalan weekend

Last Sunday kami sekeluarga pergi Paradigm Mall semata-mata nak pergi Tesco. Macamlah kat Mutiara Damansara tu tak ada Tescokan.
Sajalahkan pergi cuci mata sesambil beli barang keperluan.

Sesambil bila barang dapur, pergi cari barang keperluan untuk exam PMR anak lelaki bertuah tu sekali. Nak exam baru nak cari Scientific calculator (mahal gak ehh calculator ni....I think I have this calculator sebab dulu ambik kelas Finance/Accounting tapi tak ingat campak mana), geometry set, pen, pencils dam nak nenek kecik-kecik yang lain. Isykkkk budak jantan ni ler...dia boleh rilek jer nak exam. Kita yang hari-hari terjerit-jerit remind dia suruh baca buku. Rasa macam Mama yang nak exam ni dan bukannya Abang.



small eyes (sepet) cannot do anything although tried different eye shadow color. Mata tetap jugak sepet >.<


kedai feberet sorang makcik yang jauh di Kuching, Sarawak sana.
Sian kat Kuching tak ada Zara. Nanti datang sini aku bawak kau datang sini eh.
imitation Fitflop kat Tesco only RM39.00
Kalau nampak I pakat Fitflop janganlah kata I beli yang kat Tesco punya, mak punya ori you bukan tiruan (ehh dah macam ayat dalam cerita Mr. OS ritu pulak)

chenta hati yang sekarang hari-hari buli mak dia kena suapkan dia makan. Adik dah almost 10 tahunlah Dik. Manja betul budak ni.


Budak ni pulak suka songlap baju seluar,kasut mama dia. Dah sesaiz kami. Hari tu tetiba perasan yang actually sikit lagi kami nak sama tinggi. Nasib baik ada budak kemetot 10 tahun tu so tak adalah Mama rasa macam Mama yang paling rendang. =/
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 1, 2012

Kenduri orang

Sebulan dah my mother pesan tentang kenduri kahwin anak kawan dia. Boleh kata tiap-tiap minggulah remind. Nak buat-buat lupa pun tak ada alasan.

Kenduri kahwin kat Dewan Felda Merak Kayangan. I allergic betullah kalau orang buat kenduri kahwin kat dewan ni sebabnya.......

line 3G tak dapat >.<

tak dapatlah fefeeling nak tweet atau post gambo kat Instagram. Line tapipon pun haram nak dapat. Wahai management dewan Felda tolonglah pasang router wifi internet kat dalam tu. Seksa Akaklah tiap-tiap kali pergi sana. 





lama dah tak bawak baby ni keluar. So hari tu kita bagi dia tengok dunia, bagi bernafas sikit.


pengantin 'sekampung'. Jumpa pun kat kedai mamak area perumahan.





Bagus sungguh bila makanan dihidang secara buffet. Tidaklah segan nak tambah. Teh tarik pun free flow. 

Tu pinggan I tapi tak makan banyak so pass kat cik abang. Gatal pagi tu pi goreng nasi for breakfast. Tengahari sah-sahlah tak boleh masuk dah nasi dalam perut.

Alahhhh...teringat-ingat rendang Tok tu.


Kitaorang sampai 12 noon. Pengantin berarak naik pelamin pkl 1.30pm. Mana tak bergelas-gelas teh tarik kami hentam. Mak ai yang nak tengok sangat pengantin. Layankan jerlah. Janji tempat tak panas.

Cool gila pengantin lelaki pakai baju melayu dengan kasut sneakers jer. Bapak budak-budak ni kata, agaknya kasut dia kena curik masa pergi solat kot. Pandaiiii jer speku.

anak sapalah ni?

- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin