Wednesday, November 9, 2011

Tuesday, November 8, 2011

I know what we did last Raya

Assalamualaikum,

Masih dalam mood raya lagikah? Bagi yang masih lagi bercuti tu.....jelesnyaaaaa. I dah start kerja dah hari ni dengan berat hatinya hehehe.

Tahun ni kami beraya di rumah my parents jer dengan ketiadaan adik beradik lain sebab masing-masing berangkut balik rumah mertua. Kami jer yang tak ada kemana-mana, almaklumlah my MIL passed away 2 yrs ago.

Raya haji buat kami tak semeriah macam raya Aildilfitri. Mengadap TV jerlah kerjanya. Ada satu rancangan TV petang tu pukul 5, Sejernih Sinar Matamu....very inspiring. Kalau ada peluang pergilah cari balik, rasanya kat tonton.com.my ada link pautannya. Dr. Muhaya ialah seorang yang patut dicontohi, seriously rasa kagum sangat dan rasa diri I ni kerdil sangat compared to her. What I learned from that siri is that kita kenalah ikhlas dengan kerja kita dan sentiasa positif. Allah bagi kita dugaan kita kena tabah dan redha. Banyak lagi pengajaran lain yang berguna. Insyaallah.

Sinopsisnya:

Dokumentari mini ini mengisahkan perjalanan hidup seorang tokoh ilmuwan iaitu Dr Muhaya Muhamad yang turut memaparkan pandangan dan pengalaman hidupnya sebagai seorang perjuang medan ilmu. Blok pertama menceritakan Prof Dr Muhaya sewaktu kecil yang membesar dalam keluarga Islamik, serta bagaimana beliau memilih kerjaya sebagai seorang pakar mata. Blok kedua menyelitkan keperibadian Prof Dr Muhaya sebagai seorang ibu. Beliau menceritakan detik pemergian anak bongsunya pada 2000. Blok ketiga pula menyentuh rutin hidup beliau serta impiannya sebagai seorang muslimah sejati


Selain dari tu apalagi if not makan and more makan-makan.



nasi impit, kuah kacang and kari ayam



roti jala...so delish. Ini order jer, 1kg RM25. Tak ada orang yang nak menjala roti canai dah. Dulu kalau my parents buat open house, I lah selalu jadi mangsa menjala roti jala ni.


Tiap-tiap tahun perkara wajib yang mesti kena buat adalah tengok lembu korban yang terkorban.










Allahu Akbar



Bomba pun turut turun padang melapah lembu korban.

Penuh peti ais I dengan tulang lembu korban.






Balik dari tengok lembu korban kerahan tenaga bermulalah.



stylo tak anak bujang saya tumbuk cili padi


si kecik ni sukalah kalau suruh potong-potong bawang



sup tulang siap. Makan panas-panas memang enak.
Tapi siaplah lepas tu nak membasuh pinggan mangkuk.

Apa juadah raya korang? Kongsilah =)

Monday, November 7, 2011

Jangan Lupa Namaku




POMPA BENSIN







Walau aku tidak bersamamu


Jangan engkau lupakan diriku


Walau aku tiada di sisimu


Jangan engkau lupakan namaku






Kerana...


Aku mengingati mu


Kerana...


Aku men’cintaimu...






Andai aku


Bisa bertemumu


Dengan senyum ku tadah syukurku


Andai aku bisa menyentuhmu


Air mata pasti deras gugur






Kerana...


Aku merindui mu


Kerana aku sentiasa


Menyintaimu oh sepenuh hati






Walau kamu


Jauh di mataku


Jangan aku hilang dalam kalbu


Saat kamu samar mengingati


Jangan aku terus kau lupakan






Kerana aku


Sentiasa mengingatimu


Kerana aku


Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...






Andai aku bisa memelukmu


Pasrah aku tabah diujimu


Andai aku bisa dicintai


Dengan rela menyerahkan hati






Kerana...


Aku merindui mu


Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......







Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Qurban

Selamat tengahari dan Selamat Hari Jumaat semua. So I guess semua orang dan full gear on mood nak beraya dan cutikan. Would like to wish to all Muslim readers Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kalau drive balik kampung tu, bawak kereta elok-elok...jangan merempit di jalanraya ya padah akibatnya nanti. Jangan lupa baca bismillah dan doa naik kenderaan. Nasihat sikit sempena hari Jumaat...ambik berkat =D

Tengahri ni tadikan ingat nak lunch dengan anak-anak kat One Utama. Sekali nak cari parking dalam One Utama tu macam haram jadah. Semua parking penuh....jenuh pusing empatplohkali pun tak dapat jugak parking. Last-last keluar jer dari One Utama sebab dah tak sempat pun kalau nak makan lunch. Derma RM1 jerlah kat One Utama >.<  I hetchu One Utama! Ni mesti kes segala umat penduduk Bandar Utama ni pergi One Utama sempena pembukaan Uniqlo hari ni. Last-last I dengan anak-anak makan McDonald drive thru jer =(

Enough of the membebel.


 
Ayam goreng panas kat kedai mamak (alamak lupa pulak nama kedai) Padang Kota infront of Segi College/ Sri KDU tu memang enaklah. Ni dinner malam tadi.
 
 
Selamat Hari Raya Qurban dan happy holidays all =D



Thursday, November 3, 2011

Bouncing baby boy

Another addition to the clan. Not mine but my sister's new bouncing baby boy born on Nov 1, 2011

Katanya ada 18 babies born on the same day kat Pantai Medical Centre sampaikan nurse busy tak cukup tangan. Baby boy ni pun nurse mandikan pukul 5.30ptg although he was born 10.15am. Bagus baby ni lahir pagi-pagi. Both my girls lahir tu tang matahari tengahari tengah tegak. Kakak lahir pukul 11.59am dan Adik lahir 12.04pm...tu pasal kadang-kadang ketegag sikit kot



sedap pegang baby besar 4.01kg. Lepas setengah jam dukung terus Mama Long sakit bahu.





nangis nak orang dukung and cuddle dia...diva sungguh



mana tak diva, umur sehari dah made the news...masuk surat kabar NST lagi





alahai bambamnyalah baby ni...geram rasa nak gigit



Adik excited ada cousin baru, pastu dia pun mintak adik baru >.<
Perut mama Adik buncit sebab banyak lemak dengan angin jer =P


my only baby boy born also in November 14 years ago




hmm....dreaming of milkkk...where's my milkkkkk....




iPad jugak yang dikejar budak-budak ni bukannya sibuk tengok baby baru

Wednesday, November 2, 2011

Tosai with curry chicken

makan yang paling best adalah bila opismate yang masak dan pelawa makan



lain rupanya orang India masak kari dengan cara I masak kari.
Balik nanti kena kasi bikin cara baru ni



Maruku pun ada. Terbaiklah...nampak siap ada bling-bling.

Bling-bling tu baru belajar sejak download apps Lemeleme dan Pixtromatic.

Burppp!! Alhamdulillah

Tuesday, November 1, 2011

Baby 01.11.11 dan @bawalpower

my sister gave birth to a bouncing 4kg baby boy this morning at 10.15am.

Pandai baby boy pilih birthdate. Cun jer 1.11.11

Tengahari tadi lari sekejap pergi Pantai Medical Centre tapi tak dapatlah pulak jumpa my sister sebab dia tak keluar lagi dari labor room sebab ada pendarahan tumpah darah sikit.

Tapi jangan risau, everything is fine. Only my mom yang dapat masuk tengok mom and baby. Mom I kata babynya putih dan gebu. Mestilah gebu 4kg...what do you expect hehehe.

 
Petang nanti tak dapatlah pulak nak melawat my sister sebab ayah budak-budak ni ada training sampai ke malam. Nak drive sendiri boleh saja tapi hmm....berchenta tu nanti jam kat Bangsar tu especially kalau hujan. So I guess we'll only visit the baby tomorrow evening lepas balik kerja.



budak dua orang ni pun ikut jugak.
Dua-dua ni pun baby Pantai Medical Centre. Nak ikutkan 6 out 8 of my parents cucu lahir di PMC and under the same doktor.....boleh?


On another note, nak kena jugak ni cerita makan.
Selalulah nampak kat twitter pasal @bawalpower. Sekali hari tu my sister yang baru beranak tu cakap dia teringat-ingat nak makan Bawal Power. Rupa-rupanya kat Sunway Damansara ada branch Bawal Power. It's located dalam food court yang attached dengan balai polis Sunway Damansara. Alah kalau susah sangat nak cari it's next to Starbuck.

Ada variety of set yang boleh dipilih tapi I pilih set ikan bawal. They serve nasi putih, ikan bawal goreng yang disira dengan kicap, ulam-ulaman, sambal belacan, kicap potong cili and kuah kari. Kenyanglah makan sorang, nak makan berdua pun boleh ni satu set. Ikan bawal rangup, sambal belacan cukup power, kari dia biasa-biasa....tu jerlah kot. Gi rasa sendirilah =P


satu set ni RM10.

Excuse the hand yang menyibuk tu. Time orang nak ambik gambar time tulah si Adik nak buat lambang peace. Okaylah roger and out (ok tak ada kena mengena...cuma tak reti nak buat penutup cerita.....wassalam)



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin