Friday, May 13, 2016

Salam Jumaat

Malam tadi Akak makan maggi jer. Tapi Akak up sikitlah maggi tu.
Akak tumis bawang pastu masukkan daging so tak adalah kosong gitu jer maggi tu.
Badan Akak ni sejak masuk kerja balik ni bila malam jer sakit-sakit gitu. Akak suspect sebab kena aircond opis yang sejuk macam kat Kutub Utara. Sebelum tidur malam tadi telan panadol dua biji, Alhamdulillah pagi ni kurang sikit sengalnya.

Akak sebenarnya kecik hati sebab ada orang tuduh....dia tak tuduhlah....dia cuma cakap yang dia dengar Akak suka minum ais pasal tu Akak jatuh sakit teruk. Bila pulak yang Akak minum air batu ntah.....kat opis ni pun Akak minum air masak jer tau. Suka hati jer nak buat assumption sendiri. Doktor pun kata sebenarnya keadaan cuaca yang menyebabkan Akak kena sakit teruk. So orang lain tu tak payahlah nak buat assumption sendiri. Lagipun sakit sihat ni semua kuasa Allah....siapalah kita nak menidakkan. #curahanperasaanlahpulak 
Anyway, Akak doakan korang sihat sentiasa.




husband Akak suka sangat snack on timun jepun dan tomato sampai Akak pun sekarang dah terikut-ikut.

Happy weekend korang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin