Tuesday, October 20, 2015

Marah sekali pun tak payahlah throw an insult

Makin teruk jerebu harini. I wonder whether school will open tomorrow.
Anyway, dikejutkan pulak harini dengan berita wabak thyphoid (demam kepialu).
Better stay indoor people.....orang yang bekerja tak ada choicelah kena jugak keluar bekerja. Tapi dalam office pun masih bau asap walaupun office air-conditioned.

Anyway, since the kids tak sekolah kenalah bawak derang keluar lunch. So the best place untuk makan indoor that I can think of is Tesco's food court. Lagipun kat situ ada makanan that I know the kids will eat. 


macam biasa mesti makan western. Tengahari ada promotion untuk some western food so I ordered chicken chop and soup for me. 

Tapi sebelum tu I nak cerita pasal kejadian kat kaunter makanan. There were chaos at the counter cause the customer and the cook had some miscommunication. Amoi (young chinese lady) tu order spaghetti with salad or something tapi cook tu buat spaghetti biasa. They were arguing at the counter sebab salah order.....mostly the amoi yang mengamuk kat situ. Cook tu kata dia tak boleh nak refund her money cause he keyed in already in the cashing machine. He instead offered to replaced her food. But the amoi dah mengamuk and said she wants to talk to the managerlah bagai tapi manager tak ada. Then she decline when the cook nak bagi replacement food. Siap cursing cook bangla tu siallah. Then siap cakap lagi....tak nak makanan baru sebab mana tahu nanti cook bangla tu ludah dalam makanan dia.

I was like.......amboii busuknya pikiran kau. Told my husband about the incident and my husband said ntah2 that girl dah selalu buat kat orang. Tu yang dia duk fikir orang nak ludah kat makanan dia. Selalunya kalau kita hati baik, kita takkan terfikir orang nak buat benda jahat kat kita melainkan we had the same intention to do to other people. 

Youngsters sekaranglah memang tak ada manners and tak respect orang lain. Salah dia jugak....yang dia pi order lain dari apa yang tertera kat menu tu sapa suruh. Pi complicatekan order....nasiblahkan. Told my children if the were ever rude or being disrespectful to other people tak kiralah siapa.....memang I lempang jer derang. 
Tengok mamat yang tampar bangla kat car wash tu ...kan dah kena reman dengan polis. Benda kecik bukannya tak boleh settlekan. You just need to be rational and be cool. Orang baran ni selalu rugi.



budak ni tak habis-habis dengan lasagna. Dia suruh I buat but mak kau tahu masak asam pedas jer =P
So she said she's gonna google how to cook lasagna


minah spaghetti sentiasa


Thai iced tea - RM7.30 (including GST) beli kat kiosk Chill Chill dalam Tesco Mutiara Damansara. Reminded me of Chiang Mai Thai tea ice-cream....sedapppp.


gambar pagi tadi. Tak ada intention pun nak selfie...sebenarnya nak tengok tudung okay ke tak guna camera phone. Sekali tengok timer on. Tudung tie-rack satin ni hanya boleh pakai time period saja sebab payah nak adjust. Pagi tadi pun terkial-kial nak pakai.

3 comments:

Mrs Little Voice said...

buat malu je kan mengamuk tak tentu pasal...

Pink Mama said...

kita yang dengar ni pun malu

Ruzana Ibs said...

Some people...haihhh..suka sangat buat things complicated...haihhh..!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin