Monday, February 9, 2015

Weekend masak-masak


Wah sejak I up cerita pasal Naelofar hijab punyalah banyak hit my blog yang sendu ni. Tak update pun tetap ramai yang masuk. Suka benar korang dengan tudung Naelofar ya. Macam ni Akak nak kena mintak komisyenlah dengan Naelofar sebab bagi free promotion.....tudung satu pleaseeeeeee!! hehehe....


Anyway weekend lepas I tak pergi mana-mana pun sebab tak sihat sangat. Batuk teruk sampai macam nak tercabut anak tekak. Pastu sakit dada sampai pergi klinik sebab tak tahan sangat. Doktor siap suruh buat ECG sebab I mengadu dada sakit mencucuk-cucuk. Alhamdulillah my ECG clear....nothing related to jantung, just a very bad cough. Tapi itu pun degil gak teguk jugak air batu hahaha...saja cari penyakit. Ubat batuk dah berbotol habis pun still tak baik-baik lagi ni.


Oleh sebab tak keluar mana-mana kenalah masak kat rumah walaupun badan rasa melayang-layang lembik dek effect ubat batuk. Lepas makan ubat batuk, kerjanya asyik nak tido jer. 


Menghabiskan lauk-lauk dalam petiais. Besok kena pergi pasar malam restock balik barang-barang basah.



I masak kari kepala ikan. Satu periuk penuh tapi licin dimakan....Alhamdulillah.

Ada a few other dishes tapi I tak adalah tangkap gambar



lauk sambal ikan bilis dan kentang ni I sorang jer yang makan. Sedap!
Wah masuk bakul angkat sendiri.


Harini busy sangat.....Isnin pun dah sibuk. Haish!



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin