Tuesday, June 10, 2014

Kasut bola Uptown udah


Anak lelaki kesayangan (ni kalau Adik baca mesti dia berbulu jer)  tu ada mintak kasut futsal baru sebelum balik hostel. Kasut futsal Nike (nak sebut gak tu Nike...tapi Nike beli time jualan gudang jerlah hehehe) lama koyak teruk. Dah tampal dah sebelum ni tapak yang koyak tapi koyak balik.

 Ayah dia kata belikanlah kasut baru. Nak beli kasut baru boleh tapi kasut kat Uptown udah tak payah beli mahal-mahal sebab dia lenjan main hari-hari futsal kat hostel. 

Malam Jumaat lepas moh ler kita pergi Uptown Kota Damansara cari kasut futsal.



ronda-ronda cari kasut. Kedai kasut yang pertama kami pergi tu nak RM75 untuk kasut.
Sorry not within my budget. My budget RM50 untuk kasut kat Uptown. Kita lupakan kedai yang pertama tu. Jalan depan sikit ada lagi kedai kasut tapi dia nak RM70 untuk sepasang. 

Tak per Bang, banyak lagi kedai kasut kat Uptown ni. Kita jalan lagi cari kedai kasut lain.



macam-macam pilihan kasut....pilih jer. 



pening nak pilih kasut ke Bang?

Kedai kasut yang ketiga ada yang dia berkenan. Tanya budak jaga kedai tu dia kata RM65.
Bargain dapatlah kurang RM5. Ambik jerlah, malas nak pusing lagi kat Uptown tu. Nasib baik jugaklah ada size kalau tak haru nak mencari lagi.



inilah kasut futsal pilihan hati. 
Biru favorite kaler agaknya sebab semua kasut sukan dia kaler biru.

Gambar-gambar kat bawah ni semua I cilok dari instagram pengetua Akademi.
Semua gambar Abang tengah beraksi dalam perlawanan bola inter rumah kat Akademi.
Gol keeper group Cicak Man. Nama rumah sukan kat Akademi semua ikut nama filem-filem KRU =D




Amacam ....hebat tak?



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin