Friday, May 30, 2014

Lain kali tengok harga dulu

Salam Jumaat,

Rasa macam nak berjoget hari ni sebab dah hari Jumaat. Tak sabar nak lepak kat rumah dengan anak-anak. Abang pun dah boleh balik hari ni so berlima baliklah kami kat rumah. 
Maknanya stok makanan kat rumah kena penuhkan sebab budak lelaki tu balik nanti dia akan sentiasa lapar. Adik pulak tak ada chancelah nak main computer Abang selama dua minggu.....hahaha padan muka dia. Kalau tak dia buat bilik Abang dia macam bilik sendiri. Semua harta karun dia dalam bilik Abang. Ni Abang dah balik pandai pulak dia kemas barang-barang dia.

Alkisahnya lunch semalam kami makan kat Vichudda Damansara Utama.
Kami order tomyam seafood untuk 3 orang, kailan ikan masin, ikan kembung masak pedas, nasi 3 pinggan dan 4 air. Sedap hirup tomyam seafood yang masam-masam tu.

Sementara tunggu ayah budak-budak ni bayar, kitaorang tunggu dalam kereta sebab ada kereta double park kereta kami. Sekali lamanyalah pakcik tu pergi membayar. Heran jugak apahallah yang lama sangat sebab tak nampak pun orang lain beratur kat kaunter tu. 
Rupanya dia tak puas hati sebab bil makanan sampai RM69.90. Vichudda ni pun satu bagi bill kosong jer tak tulis detail harga makanan tu, amount jer yang dia tulis kat bawah tu. 
Cubalah tulis tomyam, ikan, kailan  tu berapa ringgit so tak adalah orang nak pertikai.
Tapi dah makan bayar jerlah kan.


sedap memang sedap tapi harga lagi sedap membayar


Adik gelapnya....itulah bahana bersukan banyak sangat. Terus gelap kulit. Nak kena belikan dia fair and lovely kot baru putih. Adik pakai baju sekolah sebab budak-budak darjah enam semua ada kelas tambahan minggu ni sampai Sabtu. Itu pun dia nak ponteng hari ni tapi I tak bagi sebab hari ni kelas tambahan matematik. 

Pada anak-anak yang bercuti tu. Selamat cuti sekolah, duduk rumah jangan nakal-nakal tau. 
Pada ibu-ibu yang cuti masa cuti sekolah ni.....alahai bestnya jeles Akak. 

3 comments:

BIRU vs PINK said...

kak nak tanya. selalu muka nampak flawless, pakai foundation ape eh? ke mmg semulajadi flawless gitu? hihihi kagum saya :)

Pink Mama said...

Akak pakai BB cream Etude House jer dik. Agaknya semalam terapply banyak tu yang nampak licin jer tu hahaha...

BIRU vs PINK said...

ooo tapi mmg selalu je tgok muka akak licin. tp saya ni plak x sesuai pakai bb cream. naik jerawat kecik2 tu..hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin