Thursday, September 22, 2016

Fire drill yang menyebabkan Akak naik ambulance

Al-kisahnya kami dah dapat notice kata minggu ni ada fire drill di bangunan office kami.
Semalam bila fire drill tak berlaku, Akak dah dapat agak dah mesti harini ada fire drill.
Pagi tadi masa Akak datang office pun Akak dah nampak van ambulance dekat tepi office kami. Makin kuatlah firasat Akak kata hari ni ada fire drill. 
Terus Akak rasa anxiety.....tertekan siut sebab office baru ni kat level 20an.
Office lama dulu kat level 10 pun ketag kepala lutut....inikan pulak lagi tinggi. Nangis.

Cut story short.....pukul 9.20 pagi dah bunyi alarm untuk fire drill.
Jenuh Akak jerit ngarah semua orang turun. Kalau fire betul-betul memang Akak tinggalkan jer depa semua hahahaha......tak ada masa nak panggil-panggil orang suruh turun. Lantak kome situ.

Akak awal-awal lagi dah daftar diri kat Admin kata Akak nak naik bomba service lift. 
Sorry-lah Akak nak menapak turun tangga tu dengan keadaan Akak yang asthmatic ni.
Jangan cari pasal....kang ada yang pengsan. Sapa nak angkat Akak yang berat ni.



bersesak-sesak kami dalam basement bangunan sebelah.
Berpeluh-peluhlah sebab ramai kot.....macam-macam bau kepam ada hehehe

Al-kisahnya masa turun dengan lift bomba tu ada kawan Akak yang dah lembik dan tak boleh bernafas bila sampai bawah. Agaknya sebab panas masa menunggu lift lama dan dalam lift tu pun pack cramp sangat sampai tak ada ruang.

Disebabkan ambulan tak tahu jalan nak pergi ke hospital terdekat, Akak pun volunteerkan diri tunjuk jalan. Lagi pun jalan-jalan kat area ni memang belakang tapak tangan Akak jer sebab kawasan Akak membesarkan.



merasa Akak naik ambulan. Rasa macam VIP pulak sebab semua kereta ketepi bila ambulan lalu hehehe....





Akak duduk depan korang.....sempat pulak Akak curi-curi ambik gambar hehehe...



kawan Akak kena anxiety atttack according to doctor.
Teruk gaklah sampai tak leh bernafas. Doktor explain kata oxygen level dia tinggi sangat....gitulah lebih kurang.
Alhamdulillah dia dah ok, doktor kasi MC suruh dia balik rehat lepas tu.

Akak rasa Akak kena daftar masuk gymlah untuk persediaan fire drill tahun depan.....baru fit sikit kalau terpaksa turun tangga pun. 

Moral of the story.......kalau ada fire atau apa-apa kecemasan janganlah panik.
Pastu make sure semua jangan buat perangai peghak bising-bising kat dalam lift bomba tu sebab akan memudaratkan orang lain.


Monday, September 19, 2016

Rindu

Rindu Akak nak update blog.
Tak berkesempatan sebab macam-macam jadi 2 minggu kebelakangan ni.
Nanti ada masa Akak curi-curi masa cerita apa yang terjadi.
Buat masa ni Akak tinggalkan dengan gambar-gambar bayangan apa yang telah terjadi.

Sampai jumpa lagi....bilalah Akak akan free ni :'(

Friday, September 9, 2016

Restoran baru - Hameediyah KD

Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Lama pulak Akak tak update blog Akak ni.
Jumaat sampai Ahad minggu lepas Akak pergi company team building, so bila balik kerja on Monday berlambak-lambak kerja the whole week.
Partner Akak kan pergi maternity leave, so Akak dah jadi macam sotong kat office tu.
Nasib baik Akak ingat nak siram pokok-pokok kesayangan dia.

Ada restoran baru kat area rumah Akak baru bukak.
Restoran Hameediyah....fames katanya di Penang.
Hari ni kami anak beranak berkesempatan nak rasa makanan di Hameediyah.


lokasi di depan LRT station di bangunan  Sunway Nexis
 (restoran Kueh Rita Rudaini pun dilokasi yang sama)

model biasa Akak....budak berdua tu koser nak layan Mama




Suasana dalam kedai berhawa dingin (balik baju Akak melekat bau)
Kalau nak fresh air sila duduk luar.



Nasi kandar pilihan Akak petang ni.
Nasi kosong - RM1
Ayam goreng - RM7
Kobis - RM3 (ini Akak tak puas hati sebab sikit jer tu pun RM3?)



Tak sempat nak snap gambar laju jer Abang dah makan.
Biryani Ayam - RM14
Personal review by Abang - dia kata sedap.


Roti telur ordered by Ayah - RM3.50

Teh ais 3 cawan - RM10.50
Coca- cola - RM2.10
Teh tarik - RM2.60

Our total bill - RM43.70

Would we come again?

Probably not cause the husband said that 'tak ada ambiance kedai mamak'.
Hipster sukalah kot sebab dia macam modern mamak.
I personally would prefer restoran kayu kot sebab the nasi kandar  lebih sedap according to my taste bud dan air teh ais dan teh tarik depa lebih sedap.

Tapi lain orang lain citarasa. Maybe you guys can give it a try.

Akak ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan

'Selamat Hari Raya Aidiladha' 



Tuesday, August 30, 2016

Selamat menyambut hari Kebangsaan

Wishing all proud Malaysian a happy National day.

'Selamat Hari Kebangsaan'

P/s: my baby will be in the merdeka parade. I hope to catch a glimpse of her on TV tomorrow.

Trivia: I participated in the Merdeka parade carrying the Malaysian flag in my girl guides uniform when I was in form 4. Till today I'm still proud to tell people that I took part in the National Day parade. :)

Sunday, August 28, 2016

Random things this week


Assalamualaikum,

Tak ada banyak yang berlaku this week besides work...work...work...

The highlight of the week rasanya adalah ada booth Haagen-Dazs kat bawah ofis Akak tu.
2 ice-cream for RM15.
Haruslah belikannnn.....




it was yummylicious. Sampaikan boss lalu belakang pun Akak buat dunno jer hahaha...



ni best jugak....
My sister tolong belikan majalah Hijabista kat office dia (she works at Karangkraf)
Beli magazine dapat 2 free shawl.
Sapa tak nakkan......especially it's a quite good quality shawl from a hijab boutitique



end the week both of us (my sister and I) terjebak pulak membeli baju



butik Neng Geulis buat offer beli satu dapat satu free.
Get two item at the price of one.
Mestilah kitaorang nak ....hahahaha



ni pagi tadi, ada aktiviti berbasikal. Ada dekat beratus-ratus orang berbasikal.
Unsure pulak anjuran mana. Anyway, Akak join naik kereta jerlah hahaha...

Si Abang balik minggu ni. Haritu dia komplen yang mata kanan dia kabur. 
So semalam kami ke Focus Point untuk check mata. Turns out dia ada silau dan rabun sikit so no choice kena buat cermin mata. Things is cermin mata dia hanya akan siap on the 30th Aug. Nampak gayanya cuti merdeka ni kenalah mencemar duli turun ke Cyberjaya untuk hantar specticals dia tu. 

Minggu ni Akak kerja 3 hari jer sebab Rabu cuti hari Kebangsaan, Jumaat pulak nak kena pergi team building. =D

Thursday, August 25, 2016

Happy birthday Mama

Semalam birthday Mak Akak (24hb August).
Akak sempat belikan bunga dan kek sempena birthday mak Akak.
Itu pun beli kat bawah office Akak ni jer. Nasib baik ada florist dan cafe.

Anak-anak pun Akak remind suruh call and wish nenek mereka.

Dikesempatan ini Akak ingin mengucapkan Happy Birthday to our mother. Semoga diberikan kesihatan yang baik berpanjangan.

             We love you so much.

Tuesday, August 23, 2016

Pusing-pusing KL cari.....


Assalamualaikum,

Payah benar nak update blog sekarang ni. Balik rumah rasa nak berlengkar jer atas katil.....letih.

Awal pagi tadi dapat panggilan talipon yang menggembirakan.
Partner Akak kat ofis dah give birth to a super cute baby girl.
Akak pulak yang terlebih happy duk tunjuk gambar baby tu kat opis.
Semua orang puji sebab memang comelllah baby kawan Akak tu.
Terus semua semua orang rasa nak berbaby balik hahahaha....
Ni nak kena pikir nak beli hadiah apa pulak ni nak bagi kat kawan Akak tu.
Kalau sapa-sapa ada contact orang yang boleh buatkan baby gist basket ke apa ke silalahlah suggest. Kalau boleh deliverkan sekali lagi bagus.

Sebenarnya nak cerita yang selain daripada pergi Taman Tasik Titiwangsa weekend lepas,
kami ni pusing-pusing satu KL sambil cari Pokemon.



masing-masing pakai selebet jer sebab plan asalnya nak pergi breakfast kat kedai mamak dekat dengan rumah tu jer. Ntah macamana terjebak sampai ke PJ, Midvalley dan KL nun.

Ayah budak-budak nilah tetiba nak pergi Midvalley cari barang dia.
Barang dia tak jumpa, tapi Pokemon banyak Akak dapat tangkap hahaha...

Disebabkan tak jumpa barang dia kat Midvalley, terpaksalah kami pergi sampai ke KL nun mencari barang dia. Sampai 3 kedai kami pergi. Nasib baiklah jumpa kat KL tu.



singgah Gerak 21, Kampung Bahru untuk lunch.
Ramainya orang masyaallah. Nasib baik ada tempat duduk.
Ialah pergi pun time tengah peak lunch time.


Jalan TAR pun kami pergi tau



Taman Tasik ni pusing sampai 2 kali mencari pokemon hahaha





syok jugak pusing-pusing cuci mata.
Ramai orang kat Taman Tasik sebab kat situ banyak pokestop so maknanya banyaklah pokemon =P


Hujung minggu ni nak ajak lagilah ayah budak-budak ni pusing KL.
MAna tahu dapat jumpa Pikachu ke hahahaha...


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin