Friday, June 3, 2016

Tongkang pecah

Assalamualaikum,

Akak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada yang beragama Islam. 

Marhaban Ya Ramadhan

Akak mungkin tak akan kerap update blog Akak sebab opis Akak dalam midst of moving. Stress Akak sebab nak pindah dalam bulan puasa. Tau-tau jerlah energy level orang puasa ni 50% jer. But they don't care right.....depa tau korang vacatekan tempat korang tu. Berambus kau dari situ. Akak dah macam sotong buat banyak-banyak kerja dalam satu masa.
Tapi kalau Akak tak update blog Akak...korang bukannya rindu pun kan hehe...


Akak dah sampai tak tahu macamana nak kemas meja ni. Campak semua atas tu kemudian baru sort out


bantal busuk tu kena bawak balik nanti. Mana-mana barang personal Akak dah angkut sikit-sikit bawak balik. 



baru 4 plastik besar hitam tu sampah sarap.....banyak lagi yang akan menyusul.
Dah duduk opis ni 5 tahun makanya banyaklah benda yang diaccumulate.

Sampai berjumpa lagi in the next post Insyaallah. Akak korang ni dah lemau sebab habuk banyak.

Nak pesan ni....jangan lupa baca niat puasa sebulan nanti tau.

Tata!

Wednesday, June 1, 2016

Post holidays blues

Assalamualaikum,

Akak cuti 2 hari sebab budak-budakkan sekarang cuti sekolah. Saja nak spend time jalan-jalan lepak-lepak dengan anak-anak. Cuti sekolahlah baru cukup bilangan anak kat rumah.

Apa yang Akak buat semasa cuti tu?

1) Akak pergi checkout baju raya CheTax Tesco

Bila dah tengok dekat-dekat baju-baju tu, my personal opinion is that baju tak berpadanan dengan harga. Material dia tak lawa plus bila belek dekat-dekat jahitan dan lace semua tak kemas. What to expectkan....sah-sah jual kat Tesco

Verdict: hanya Che Ta jer yang pakai baju-baju dia nampak lawa kot.
Kalau Akak pakai nampak macam khemah bergerak nanti.






2) Ahad pergi meneman Adik dan BFF dia pergi Comic Art Festival kat Quill City Mall

Akak tak masuk pun so Akak tak tahu apa ada kat dalam tu. Just janji dengan budak-budak ni tunggu kat mana at certain hour.


BFF ni sejak dari darjah satu


Akak saja jer nak ikut sebab Akak tak pernah jejak kaki pun ke Quill City Mall.
Hokehlahhh....a decent mall. Banyak kedai tak bukak lagi kot.
Sephora tak ada so terus menjadikan mall ni membosankan hahaha....


kematu bontot tunggu budak berdua tu dari pukul 2 sampai 5 petang.
Nasib baik ayah budak2 belanja makan Kehepsi (KFC - lah)
Pusing-pusing Aeon sekejap tengok apa yang best...tapi tak membeli apa pun sebab hari Sabtu lepas tu Akak dah beli baju raya budak-budak sikit-sikit. Weekend ni nanti nak kena pergi cari lagi (kalau rajin).

3) Neng Geulis

Butik favorite Akak ni sebab Akak suka kumpul 'Naomi Blouse'.
Naomi Blouse tu sejenis blouse yang tak payah gosok.
So Akak gila mengumpul. Akak rasa Akak ada dekat 7 helai Naomi Blouse macam-macam warna.


lokasi: Kota Damansara


minggu lepas ada promo. Beli 1st item 2nd item dapat 80%
Akak beli Naomi Blouse satu RM79.55, baju yang kedua tu Akak bayar RM16.75
Happy Akak.....pastu dapat free tudung bawal lagi. Bertambah happy Akak.

Harini Akak datang kerja rasa macam 'Monday Blues' walaupun hari ni Wednesday.


Friday, May 27, 2016

Nampak sama


Assalamualaikum,

Jumaat penghulu segala hari. Minggu depan Akak cuti Isnin dan Selasa.
Saja jerlah sebab budak-budak coti sekolahkan so Akak ingat nak bawak derang beli barang-barang persediaan puasa dan raya. Nanti dah start puasa semua melepek tak nak keluar rumah. Nampak gayanya tahun ni Abang sempatlah berpuasa di rumah sebab puasa mula dalam cuti semesterkan.

Anyway, opis Akak nak pindah next month so sekarang ni hari-hari Akak busy buat preparation nak pindah. Balik rumah hari-hari sakit kaki...sakit pinggang. Kalau dah tak tahan sangat tu Akak telan panadol dua biji. Kadang-kadang tidur malam pun boleh mimpi pasal hal relocation office....boleh?. Nighmare!!!!!

Pagi tadi something funny happen. Selalunya lepas apply make up Akak akan spray Miracle Bio Water untuk setkan make up Akak tu. Tahu tak Akak spary apa kat muka Akak pagi ni? 

Akak terspray Anti perspirant kat muka Akak huhu........
dah habis spray baru perasan salah capai botol huwaaaaaa.....


Botol putih sebelah menyebelah.....huhu....
Lain kali kena tengok betul-betul. Extra powder muka Akak pagi ni >.<

Lagi satu cerita kelakar terjadi minggu lepas. 
Lepas balik lunch, nak pergi kat kereta. Haritu kami lunch bertiga...Akak, husband dengan si Kakak. Akak duk bercengcong...cengcong (sembanglah) dengan husband Akak. So sambil berjalan sambil bersembang. Akak mengikut jerlah husband Akak ke kereta. Sampai kat kereta, tangan dah kat tempat buka kereta ni. Perasan ...eh mana si Kakak ni tiba-tiba jer hilang. Akak dah panik dah.....mana anak aku hilang ni. Akak pun panggillah...'Kakak.....Kakak!!". 

Tetiba Akak nampak si Kakak punya kepala. Rupanya dia nak masuk dalam kereta. Akak dan ayahnya pergi kat salah keretalah. Kereta tu sama sebijik macam kereta kami hahahaha.
Actually kereta kami park 3/4 biji dari kereta yang kami berdua salah pergi tu hahahah.
Patutlah masa nak try buka pintu tu hati Akak dah terdetik apasal gelap sangat tingkap kereta ni sedangkan kereta kami tak tinted pun. Salah kereta daaaaaa....
Nasib baik tak ada orang, kalau tak buat malu jer hahahaha.

Itu jerlah. Happy weekend korang.


Wednesday, May 25, 2016

Makeup Simplysiti yang Akak ada

Antara produk tempatan yang Akak beli adalah produk Simplisiti.
Kalau produk-produk lain yang jual kat IG tu Akak tak berani nak beli sebab banyak produk repackaging. Sumber dari mana kita tak tahu. Akak lebih rela beli 'drugstore' brand di Guardian atau Watson. Anyway, produk Simplysiti ni boleh didapati di Watson dan Guardian berdekatan (bunyi dah macam iklan hahahaha)

So recently, Akak ada purchase Mascara Precious Collection Simplysiti selepas terpengaruh tengok Tokti pakai mascara nampak macam pakai bulu mata pelesu.


Harga promo Watson RM39.02


how the mascara looks like 



sorry gelap so tak nampak sangat how the wand looks like

Somehow it's easy to apply and tak clumpy


I have a very short eyelashes so lepas apply tu nampak panjang sikitlah bulu mata.
Kalau nak nampak vass lagi silalah curl your eye lashes before using it.


Front view - nampak panjangkan.

My verdict 4/5



Akak juga ada satu lagi mascara Simplysiti - Simply Elegant Dual Mascara Black
Yang ini ada dua wand. Satu untuk melentikkan (curl) dan satu lagi untuk bagi volume so nampak tebal.

Mascara ni pun best, maybe next time bila Akak guna mascara ni I'll snap a photo and show you guys. 

Verdict: I kinda like the Precious Collection more so I'll give this one 3.5/5


This is my favorite lipstick. Dulu Akak gila membeli lipstick MAC tapi sejak dah tua sikit ni malas nak spend so much money on make up. Ialah ....gitu jugak muka Akak kan hehehe...
But adik-adik please spend extra duit sikit untuk skincare ok.


Ultra Moist - Muara Hati. Semua lipstick under this range is named after Tokti's songs. How cute is that.
This lipstick is price at RM29.90 kat Zalora

Akak suka kaler ni lipstick ni sebab warnanya tak terang sangat and it's moist.
Akak tak berapa suka lipstick yang matte. Lepas makan minum pun boleh still nampak sikit kaler lipstiknya. Akak ada tertengok haritu video kat facebook. Ada minah ni everytime dia suap makan lepas tu dia akan apply lipstick dia....so kalau korang tak nak hilang lipstick lepas makan boleh buat macam tu hehehe....


color swatch. Tak terang sangatkan but I like.

So that all review tak seberapa Akak. Support local product! =)

Monday, May 23, 2016

Concept Store Jepun, Korea dan China

Assalamualaikum,

Sebenarnya Akak tak tahu nak letak tajuk apa kat atas tu. Minggu lepas Akak ada pergi a few kedai, panggil concept storelah agaknya dari Jepun, Korea dan barang-barang dari China. 

So Akak buat review lite-lite jerlah ya.

1) Yubiso - One Utama
Location: Nearby Daiso New Wing One Utama


Dah lama dah Akak nampak kedai ni tapi tak pernah tergerak pulak hati nak masuk.
Last week tiba-tiba macam berminat pulak nak check it out. 
Best jugaklah kedai ni. Conceptnya macam Daiso tapi kedainya tak sebesar Daiso. 
Disebabkan Akak blogger penyegan so Akak tak ambik gambar banyak dalam kedai ni. Takut kena sound pulak kang.


Colored pen and highlighter...kinda cheap. 3 batang for RM5
Kalau Adik nampak ni mesti dia suka.


tak tau panggil apa tapi I know it's a concealer blender.
It's only RM5 each


segala mak nenek getah rambut



gambar dari google


gambar dari google

From what I know barang-barang dalam kedai ni range from RM5 to RM15.


2) Kio Da @ Kota Damansara 
Location: 3, Jalan PJU 5/13, Dataran Sunway Kota Damansara


 

kedai ini pulak kebetulan Akak perasan Jumaat lepas. Akak jarang ikut jalan tu tapi ntah macamana boleh pulak lalu situ. Memang saja jerkan. Kedai ni sebaris dengan Burger King dan berhadapan dengan food court.


Akak suka kedai ni sebab banyak barang make up dari Korea. 
Produk terkenal Magic Snow Cushion - April Skin pun ada dijual tapi disebabkan Akak kedekut nak spend RM90 so Akak tak beli. Tak per lain kali kalau hati Akak terbuka nak beli, tahulah mana nak cari.


banyak knick knack lain dalam kedai ni. Tapi sayang....Akak penyegan nak ambik gambar hehehe


End up Akak beli face mask saja. Each for RM2.50
Malam tu kami berempat ber-face mask. Lepas tanggal face mask tu lembut jer kulit muka kami. 


Boleh follow mere di FB dan IG

3) Market @ eCurve, Mutiara Damansara
Location: Lower Ground


kedai ni pulak Akak terjumpa masa pergi cari barang Cosplay Adik kat e-Curve.
Dari kejauhan dah silau mata Akak sebab kedai ni terang flourescent sangat.
Dinasihatkan pakailah kaca mata hitam kalau tak mau pening.

Akak rasa barang-barang dalam kedai ni dari China kot. Sebab bila Akak belek semua macam made in China jer.






Akak beli stokin kaki 5 pasang untuk RM10 dan budak-budak ni pow Akak sorang satu headphone for RM20. Akak rasa kena pandai pilih barang sebab bila Akak pergi Kio Da tu ada jer headphone RM15. Dah terbeli tak apalah.


dah kenapa muka Akak macam tu?

Anyway, weekend dalam eCurve tu ada flea market jugak.
So sapa-sapa yang tak nak kena hujan atau panas can check them out on weekends.
Macamlah depa jual....tudung Naelofa pun ada. Tapi jangan datang awal sangat sebab pukul 10 pagi baru derang set up stall rasanya.

Itu sajalah.....Tata

Thursday, May 19, 2016

My BMI


I calculated my Body Mass Index and I am still in the normal weight categories but
yesterday somebody pointed out that I am FAT! Exact word......FAT!

What can I say.....I am surrounded by NASTY NOSY people!
Memang bangsa tak reti nak jaga perasaan orang. I may have gain a few kg's after I baik dari sakit cause I've been on food binge because of the medicine tapi tak payahlah nak point out in public that I'm fat. People are just cruel. Fullstop.


Tuesday, May 17, 2016

My first experience

Harap-harap tak adalah pemandu teksi yang baca...takut Akak kena kecam.
Semalam for the 1st time Akak menggunakan perkhidmatan Uber untuk balik ke rumah mak Akak. Orang lain dah guna berkali-kali Akak baru nak beranikan diri guna perkhidmatan ni. 


Apps Uber ni boleh download dari Playstore (untuk Android)

Lama dah Akak download apps ni tapi akak tak register sebab masa tu mode of payment hanya boleh guna credit card, which I am not comfortable of using.
Tapi semalam Akak tengok dah boleh bayar guna Cash. So Akak select payment guna Cash.

Ada satu feature yang Akak suka di apps Uber ini, which is kita boleh add Emergency Contact. Also bila kita booking Uber kita boleh notify family member kita travelling details kita. 

Uber ni kita tak boleh set time bila nak ambik, so kira-kira 5 minit sebelum nak guna tu silalah request for the service. Pastu dalam apps tu kita boleh letak note nak pick up kat mana contohnya mana-mana landmark yang senang nak identifylah macam bank etc. 

Oh ya ...apps ni jugak boleh estimate bayaran untuk distance kita so boleh siapkan duit bayaran. 

Semalam Akak request, 2 atau 3 minit macam tu tengok dah ada reply nama pemandu, nombor kereta dan kereta jenis apa. Senang nak identify tanpa ragu-ragu. Driver pun Akak verify samada betul atau tidak kita ada booking Uber masa dah naik kereta.

Akak kena bagi 5 bintang for his service sebab friendly driver, cekap dan paling penting kereta bersih (unlike some taxis.....Akak sampai sekarang masih trauma okay naik teksi yang semua lock dipatahkan tu). Panjang kami sembang semalam. Pemandu Uber Akak semalam part-timer jer. Dia kata dia drive dari pukul 5 ptg sampai 12 malam jer. He is very happy driving Uber sebab dapat extra income untuk tampung pembelajaran anak dia di overseas. Itu pun dia baru drive dari bulan February lepas, kalau dia tahu Uber ni wujud dari 2 tahun lepas dia kata dah lama dah dia drive Uber. 




fare Akak semalam. Tapi pemandu Uber yang baik hati tu mintak Akak RM4 saja. 
Rezeki Akak betul maybe sebab Akak ringan mulut bersembang dengan dia kot hehehe...
Selalu kalau Akak naik teksi lagi mahal dari ni walaupun same distance.

Verdict: I will be using the service more frequent after this. Nora bagi 5 bintang =P



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin