Saturday, May 21, 2011

Finally it's in my hands - Kasih Yang Suci

MPH call tadi and inform buku yang saya book minggu lepas dah sampai.

Puas hati saya....finally





Nak pergi baca...bye :)

Update: Kepada yang tak dapat lagi membeli buku ni, I ada terjumpa link buku ni. Cuba try klik link ni ya =)

http://books.google.com.my/books?id=Kx3T_HR66OAC&printsec=frontcover&dq=Kasih+Yang+Suci&lr=#v=onepage&q&f=false

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 20, 2011

Horrorscope saya...

Somehow another horoscope saya hari ni memang kena betullah.

2 hari MC telah menyebabkan kerja bertimbun-timbun. Rasa macam nak nangis jer.

Tengah balas email urgent, talipon berbunyi. Tengah cakap talipon, orang nak jumpa.

Bila nak habis kerjanya.

Multi-tasking gila. Bila banyak sangat kerja mulalah ada yang terlupa. Bila terlupa, ada yang sentap. Sedangkan dia tak tahu how swamped I am. 2 tangan macam tak cukup nak selesaikan semua kerja. Rasanya octopus pun boleh kalah kalau jadi saya hari ni =(




 
Semoga besok horrorscope saya lebih baik


- Posted using BlogPress from my iPhone

Attention seeker

dia...dia...bukan saya

budak kecik ni memang attention seeker. Tak bolehlah mama atau ayah dia nak peluk or cium abang or kakak dia...dengan lajunya dia menyelit tolak kakak atau abang. Boleh kiss and peluk dia saja...dialah princess of the universe.

Lately ni kami gila membaca. Semalam jer anak bertuah princess of the universe saya tu beli sampai dua buah buku. Buku Alexander adalah Zulqarnain ni antara buku terbaru kami.



Butik Coach ada clearance sale u'olls
but personally I think the collection yang on sale tu tak menangkap qalbu ku
atau mungkin nafsu nak membeli handbag dah tak ada buat masa ni


P/S: mak terseksanya kat ofis ni.....sakitnya pinggang dengan kaki



Wednesday, May 18, 2011

No fun to get a jab

I'm at home right now?

Sambung cuti? Taklah.

I am currently on 2 days MC. I was limping around semalam. Nak naik tangga sakit...turun tangga lagilah jangan cakaplah sakitnya.

Lepas tu kalau dah duduk sakit gila bila nak bangun. Pastu the hubby ada hati nak pergi jalan at Midvalley. No wayyy...unless he wants to push me on a wheelchair. Jalan sikit pun dah tempang macam orang cacat....ni nak suruh kita jalan dalam mall. Pastu siap melolong kesakitan sampai Adik ingat I gelak sebenarnya I was howling in pain.

So pagi tadi ingat dah okaylah.Semangat pergi kerja. But boy was I wrong. Sakit sangat.
Pergi doktor, terus doktor bagi jab 2 botol pain killer. Lalokkkk.......
Actually when the doktor kata nak bagi jab...I was like OH NO....SAKIT. Tapi sebab sakit sangat makanya terpaksalah bersetuju. Surprisingly, tak rasa langsung sakit. I ada dengar doktor baca-baca ayat apa ntah masa nak cucuk. Or maybe my bum banyak sangat lemak itu sebab tak terasa hehehe...

Lalok sangat tapi bila balik rumah tak boleh tidur pulak. Maybe sebab risau kerja kat office tak ada orang nak buat. =( Nak buat macamana,kan....

Why isn't the painkiller working? hmmmm....I'm still in pain. Doktor kata kalau tak baik lagi, tomorrow dia nak bagi lagi satu jab. Ohhh NOO!!

Oklah ......



I'm gonna sambung watch Glee now.




Bye

Tuesday, May 17, 2011

Public olidayyyyyy

I love public holidays cause I get to lazy around with my baby :)





Selamat Hari Wesak
kepada yang menyambutnya.

To the rest of us....santai day

Yayyyyyyy!!!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 16, 2011

Tengah gila baca novel

Sapa nak tengok gambar budak merajuk?

Inilah dia gambar budak kecik merajuk ehehehe. Pesyen genie rambut kebawah.
Si kecik ni merajuk sebab Mama dengan Ayah tak nak belikan dia handphone.
Dia merengek nak handphone. Isykkk....budak darjah 3 dah sibuk nak pakai handphone. Ntah siapa yang dia call.....talipon rumah ada tapi dia tak nak guna. Agaknya mesti kes jeles dengan abang dia yang ada handphone sendiri.
Kesudahannnya, merajuklah macamana pun. Memang takkan dapat punya.

Korang tengok tak cerita pukul 7 TV3, Nora Elena. Bestkan....
Tahu tak yang actually cerita tu adaptasi dari buku cerita Kasih Yang Hilang (pembetulan...Kasih Yang Sucilah...saya hilang ingatan). Sebagai seorang yang kiasu, I ni jenis yang tak menyabar nak tahu jalan cerita. Makanya gigih cari buku cerita ni kat MPH dengan Popular. Dah habis nyahhhhh....dua-dua kedai buku dah habis stok. MPH One Utama tgh tggu stok baru, MPH Midvalley dengan The Curve pun dah habis stok =(
Semalam pergi Popular Aeon Bukit Tinggi pun buku ni dah habis stok. Macam goreng pisang panas. rupanya ramai yang kiasu macam saya

So last resort suruh my sister yang kerja Karangkraf tu belikan sebab Karangkraf ada jual buku-buku Alaf21. Bismillah....hopefully ada ler *fuhhh hembus sikit*







Tak dapat buku ni, last-last I beli novel Ombak Rindu. Satu hari setengah berkepit dengan buku ni....khatam. Memang bestlah...siap tangkap nangis dibuatnya. Lama dah sebenarnya tak baca buku cerita melayu sebab selalunya mengecewakan, mungkin I salah pilih tajuk. Lepas ni nak kena mintak suggestion dulu dari orang-orang yang lazim membaca novel melayulah. Buku mana yang best mana yang tak best.

Rasanya ada a few tajuk yang dah disuggest kawan kat twitter. Nanti nak pergi cari. SEGERA! Ewah macam tak kerjakan....korang cuti ehh. Akak jeles!

Saturday, May 14, 2011

Fridge magnet dari Germany

Lama blogger down semalamkan. Nak update pun tak dapat. Tapi okay jugaklah sebab semalam saya busy ya amat dekat office sampai stress-stresslah.

 Terus terfikir kalau jadi housewifekan best tak payah stress dengan kerenah orang kat tempat kerja. I don't mind kalau paperwork banyak tapi I paling tak tahan kalau orang membebel kat kita panjang-panjang and at the end bila check memang terang-terang silap pihak dia. Pastu bila orang nak explain, tak kasi chance langsung orang nak mencelah. Dia jerlah yang betul. Bila terbukti dia yang salah tau pulak senyap. Buang masa! Lain kali jangan degil sangat dan tolonglah dengar reason and rational orang lain. Tak selalunya kita betul.

Huh....lepas apa yang terbuku dihati.

Officemate saya bagi souvenier FM dari Germany. Alahai ingat jugak orang kat kita. Selalu rezeki saya murah kat office...ada jer yang bagi makanan dan macam-macam souveniers. A few weeks ago dapat selendang dan sejadah dari Tanah Suci, hadiah dari officemate yang baru balik dari umrah. Alhamdulillah.

 Rahsianya kalau kita ada lebih jangan kedekut dengan orang so lain kali orang pun tak kedekut dengan kita. =)








dah selamat pun lekat kat fridge =)

Comelkan
Khamis lepas elok jer melangkah keluar dari Giant ada orang hulur air free.
 Dapatlah 4 tin. Rezeki namanya =)








Alhamdulillah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin