Wednesday, December 2, 2015

Cuti-cuti JB - Part 4 Kilang Bateri dan JPO

Kelas tak sampai 4 parts cerita pergi holiday JB jer tu....dah macam sequal Star Wars dah. Anyway, husband Akak punyalah excited nak tengok dia dah siap beli tiket online awal-awal lagi. Hadaplah Akak nanti tengok makhluk pelik-pelik tu. Kalau banyak bunyik nanti Akak kena tinggal sorang-sorang kat rumah....Akak tak rela. Dahlah hari yang dia booking tiket tu Akak sepatutnya ada reunion dengan ex-classmates Akak masa sekolah menengah dulu. 
Nampak gayanya.....Akak tengok gambar derang ber-reunion kat pesbuk jer lah *sob*

Back to cerita JB haritu. Adik Akak sebenarnya tergedik-gedik nak pergi Kilang Bateri. Kami yang lain ni semua mengikut jerlah sebab tak pernah pergi. Kilang Bateri tu bukan kilang jual bateri ehh tapi ala-ala macam Uptownlah kalau kat Key El ni tapi dia dalam bangunan. Akak suspect ni dulu kilang membuat bateri Everyready kot so derang convert jadi separuh tempat makan dan separuh lagi untuk vendors.



Tempat parking disediakan di dalam.



Disebabkan kami sampai tempat ni dalam pukul 12.30 macam tu, banyak kedai tak bukak lagi.

Antara vendor yang Akak perasan ada dalam Kilang Bateri ni kedai Mawi, Nealofar, Rozita Che Wan, Gadjet666 dan lain-lainlah. 



kedai semua tak buka lagi kita bergambar jerlah.

Atuk dan Nenek with all the cucu's kecuali Akak yang interpreme sleeve oren kat belakang tu.

Cucu paling muda umur setahun setengah dan yang paling tua umur 18 tahun.


Redha jer Atuk ngan Nenek bergambar dengan cucu-cucu.


3 mak gadis pingitan


Selamat duit mak kau kedai semua tutup lagi.
*tadahtangansyukur

Gerai makanan banyak jugak. Cuma pukul 1 tengahari baru nak mula beroperasi so kalau order makanan tu kena bertabahlah sikit.




Anak beranak kami jer dah penuh satu meja panjang ni.
Seronok makan beramai-ramai ni.




merasa gaklah Akak makan boat noodles tapi Akak rasa biasa-biasa jer Boat noodles ni.
Ke nak kena pi yang original punya baru terasa kesedapannya.



Ais jagung. Sakit gigi makan sejuk-sejuk ....last-last bagi kat my sister and anak buah habiskan.

Selesai acara makan tengahari, kami semua bersurai balik KL.

Tapi sebelum tu Akak memang dah ada dalam agenda nak pergi Johor Premium Outlet.


hujan taufan pun ku redah.....tak pedulik. Kecuali kalau ada tornado jer Akak tak pergi.
Ada satu outlet mall yang Akak selalu pergi dulu kat US lenyap terus sebab dilanda tornado/ hurricane. Terus jadi padang jarak padang tekukur tempat tu.



muka ada senyum tu maknanya adalah benda dah tangkap hahaha


dah ada kedai Gucci. 
Tapi Akak tak masuklah sebab bajet Akak ciput. Tunggu Akak kaya sikit nanti Akak fikirkan nak jenguk atau tidak hahaha....

So that concludes our holiday. Malam tu pukul 10 malam baru sampai KL dengan hujan lebatnya sepanjang perjalanan. It was a nice holiday with the familia. Hope we can do this every year.



Tuesday, December 1, 2015

Cuti-cuti JB - Part 3 Pulai Springs Resort

Sorry post semalam tak ada penutup....Akak malas nak fikir hehehe.

So basically lepas keluar dari Legoland kami menuju ke satu lagi hotel kali ni di Jalan Pontian Lama. About 30 minutes drive dari Legoland termasuklah sesat barat Google Map gila tu bawak kitaorang pergi kuil Hindu. Seram mak.....gilo ke apa Google Map ni.


tak sempat nak snap proper picture


Kami ambik 2 bedroom suite untuk our family. So the girls can sleep in one big bed, Ayah and Abang each ada single bed. Gambar suite klik sini 
Disebabkan penat sangat berjemur kat Legoland lupa nak snap gambar suite plus pukul 9.30 malam semua dah fengsanlah. Tak keluar dinner pun kami malam tu.

View from our suite...so serene. Aman jer...keliling tu golf course.


Semua excited nak pergi breakfast and later swimming.







breakfast spread biasa-biasa jer. Biasa-biasa pun 3/4 pinggan gak makan hahaha.
 Coffee house dia tak besar sangatlah tapi kalau duduk luar boleh makan sambil menikmati pemandangan swimming pool.

Lepas makan apalagi aktiviti budak-budak ...mestilah terjun pool.
Their pool here is bigger than the one in Desaru.



untunglah Kakak Adik tinggi kan.....cousin yang kecik-kecik tu jadi choo choo trainlah dalam air



I see mermaids....



1....2......JUMP!!!!



haihh Adik ni buat backflip pulak dia


my little nephew yang penakut nak pergi air dalam.....dia main kat tepi-tepi jer.







mengenang nasib ke tak ada orang nak main dengan dia kat kiddy pool hehehe



From the end of the pool boleh nampak padang golf

















 kalau tak silap the hotel also provide services/ packages to Legoland and Hello Kitty Town

End of our 3 days 2 night trip to Johor. Tapi the journey tak habis lagi ni. In my next post I'll share where we went before bertolak balik KL.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin