Monday, July 9, 2012

Random Saturday Sunday pictures

Selingan gambar aktiviti kami last Saturday and Sunday.
Later bila I dah free sikit I'll blog about my 20 by Rizalman purchases
Tunggguuuuuuuuu......... 



McCafe's selection of cakes and cookies



our McCafe's latte and frappucinos



Spiderman baru ni not bad jugaklah.
It's a completely different story from the old sequel of Spiderman



piranha? One Utama Aquarium




future fashionista?


Ada macam filter kartun animax tak?
 
Stay tune ok....it's a manic Monday.
 
 
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, July 7, 2012

Ribbons for Raya








R for Raya? Rizalman ;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 6, 2012

Burger Bakar lagi (Kota Damansara)

I was fasting semalam. So bila berpuasa macam-macamlah yang teringin kat anak tekak ni.
Nak makan nasi macam boringlah pulak, makanya terfikir nak makan burger bakar.

Ingat tak hari tu I post gambar burger bakar...amacam terliur tak? 
Kalau kat Kota Damansara tu, I biasa beli dekat Seksyen 7. Kalau tak tau mana Seksyen 7, silalah google sendiri sebab I tak reti nak explain secara detail. Tapi gerainya area kedai-kedai, belakang pasar malam Seksyen 7.

Lupa pulak nak tangkap harga menu semalam. Lain kali kalau I pergi beli lagi I ambik gambar harganya ya.



bannernya....kalau tak tau nak cari jalan call jerlah brader tu

Semalam I order 2 egg banjo, 1 Single cheese daging dan 1 single cheese special daging.
Semuanya sekali I bayar RM23



Single cheese. Ini Abang punya. Tapi budak tu punyalah pelahap 3 minit dah habis. Kalau I ler 20 minit pun tak tentu habis lagi. Remaja meningkat umur ni memang kuat makanlah. Itu pun dia kata dia lapar lagi.....ayooo.....ini orang ke naga yang makan.




Inilah burger I semalam untuk buka puasa. Daging tebal, cukup mayonnaise, cili, black pepper semua.
Kalau makan berdua pun okay sebab burger ni besar.
Single cheese special. Harga burger ni kalau tak silaplah RM6.90

Adik kata egg banjo dia pun sedap, sampai kalau boleh dia nak pelahap sekali kakak dia punya burger.

Puas hatilah beli. Sapa yang tak try lagi tu....it's a must.

Meleleh air liur tengok gambarlah. Oh ya...kalau tak suka daging boleh pilih ayam. Kalau nafsu rimau tu boleh pilih yang double, letaklah ayam setingkat, daging setingkat hehehe..

Bon-a-petit!!!!

P/s: kalau tak jumpa it's behind Shell Seksyen 7 Kota Damansara

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, July 5, 2012

Murah hati

I selalu mengomel yang stress kerja dengan warga office I ni.
Well, the average age of the people yang I kena jaga adalah above 60 yo. No...it's not a hospice. Tak baik tau assume macam tu =P

Well most of them is around 60 plus, paling tua is around 70 plus and the youngest I should say is early 30's.

The people under me makes more money than I do =(
So nampaknya sebenarnya I lah kuli kepada mereka.

I tell you kerja dengan veteran ni kadang-kadang menguji kesabaran. Baik lagilah jaga kanak-kanak tadika sebab at least kita boleh nak control. Kalau orang tua ni kita tak boleh marah dia, silap-silap dia membebel kat kita 10 hari 10 malam pun tak habis dia membebel kat kita.

Tapiiiiiiiiii......walaupun mereka ini kadang-kadang menjengkelkan hati dengan perangai-perangai mereka. Derang tetap pemurah.
Kalau jaga budak tadika

tak dapat makan eskrem Magnum free


semua staff satu office dibelanja sebab semalam mereka dapat bonus


Pagi ni I dapat buah belimbing dan Extra Virgin Oil

dan jugak discount 50 sen untuk nasi kerabu hehehehe....

Sakit hati kerja tu compensate jugaklah dengan kemurahan hati mereka



Soalannya sekarang....dimanakah saya bekerja?



P/s: kadang-kadang ada juga terasa macam YB sebab selalu menerima hadiah2 berbentuk buah-buahan =P

Wednesday, July 4, 2012

Tuesday, July 3, 2012

Ganti puasa

 Semalam I puasa sebenarnya.
Dah nak masuk bulan puasa baru nak ganti...memang dasar tak serik-seriklah.
Tiap-tiap tahun sama jer perangainya.

Semalam ayah budak-budak ni tanya nak kena ganti berapa hari?
I cakaplah 6 hari.
Pasti dia kata lain kali puasa enamlah.
I dengan lurusnya.....

"Ni bulan Syaaban....mana boleh puasa enam. Orang puasa enam bulan Syawal"

Nasib baik kat kena ketuk kepala sekali. Hahahaha....



Juadah berbuka semalam.
Mintak ikan kembung dapat ikan bawal. Gasak ler situ, asal ikan.



Singgah Fish market nak beli a few barang runcit. Ternampak tin-tin biskut lawa susunnya.
Hampir nak terbeli biskut. Nafsu orang posa ni semua benda nak ditelannya tapi bila dah berbuka terus melepek tak larat. Rasa macam lepas berbuka tu, batteri terus drain. Sebelum berbuka tu segar bugar jer.



bekpes pagi tadi. Hari ni saya tak puasa.
Besok....InsyaAllah

Monday, July 2, 2012

McCafe




tsk...tskk....tskkk

Ayah siap mms gambar anak dia. Eh...Mama pun nak bukak puasa petang karang :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin