Monday, June 11, 2012

Maxis, Isetan & Line Clear

Alkisahnya pagi Sabtu dapat sms dari Maxis memberitahu yang One Club Member Maxis dapat beli either iPhone4s atau Samsung Galaxy SIII dengan hanya dengan RM599.

Laju ler kita mengupdate ayah bebudak ni. Pakcik tu tengah berangan nak beli Samsung Galaxy SIII. Dengar kena bayar RM599 semangatlah pokcik tu. Terus diajaknya pergi Maxis.

Masa sampai Maxis TTDI pun dah dekat pukul 12pm, malangnya semua stock SIII dah habis. Kalau nak kena tunggu dalam pukul 2 petang. Kekonon tak menyabar so merempit pergi Maxis One Utama. Maxis One Utama pun sama habis stock. Customer service suruh datang balik dalam pukul 3 petang. Tak sanggup dah nak merempit ke Maxis lain, lagipun bukannya senang nak dapat parking kat One Utama. So sementara tunggu pukul 3 petang, kita jalan-jalan. Sempat jugaklah beli selipar untuk Adik dan letak plastic matte cover untuk iPhone budak kecik tu. Selipar RM15, plastic matte cover pun RM15....bagus dia sorang jer dah RM30.

Then sempatlah pulak ke Isetan. Masyaallah banyak cover iPhone yang lawa-lawa. Rambang kejap bijik mata. Nasib baiklah tahan nafsu membeli. Tapi terjebak jugak membeli kasut sepasang =P

By 2.40pm macam tu kitaorang dah macam anak itik terkedek-kedek ke Maxis balik. Customer service suruh datang balik minggu depan pulak. Cisss....buang masa orang jer. Kan dah terbang duit ku beratus sementara menunggu tu.

Balik ke Maxis TTDI lah kami. Dah macam masuk marathon pulak. Kali ni stock dah sampai....happy pakcik tu. Sementara dia pergi menyetelkan apa yang patut kat customer service tu, I pun pergilah cari tempat duduk. Sekali tak lama tengok orang tua tu dah habis dengan customer service. Eh cepatnya. Rupanyaaaaaaa.....tak boleh nak beli phone RM599 tu sebabnya kami berdua still ada contract with Maxis on our current phone package. Buang karen sungguhlah. Frust pakcik tu tau....member dah happy dah nak dapat phone baru. His phone still ada 6 month lagi balance contract and my iPhone I just bought last January. Tak ada rezeki nak buat macamana. Tak perlah...lain kalilah kita tukar phone baru ya Ayah. Maxis suka bagi harapan pelesu tau.




my boy is actually an inch taller than me
Baju tu beli kat Nike JPO hari tu



kasut terembat kat Isetan
 


Sunday sebenarnya tak ada plan pun nak keluar mana-mana. Breakfast pagi semalam pun I just goreng cucur ikan bilis jer. Nak keluar pergi breakfast kat mamak pun malas sebab semua bangun lambat. The boys melayan bola, yang pompuan melayan movies the night before.

Tapi ntah macamana terjebak jugak keluar rumah. Ni semua salah Melodilah ni. Nak akhir-akhir tu kan dia ada announce, "Terima kasih kepada Farid Line Clear kerana menaja makan tengahari kami bla bla bla bla". Haaaa kau...terus teringin nak makan kat Line Clear.

Lepas solat zohor (tu pun dah dekat pukul 2 petang), teruslah kami ke Sungai Buloh cari restoran Farid Line Clear. Lain kali nak pi Line Clear pi awal sikit jangan pergi lewat macam kami sebabnya banyak lauk dah habis. Nasib ler dapat makan sisa-sisa.




Sempat lagi upload gambar kat Instagram sambil 'mengetag' makcik ni. Sekali makcik tu suruh singgah rumah dia sebab Line Clear dekat dengan rumah dia kat Sungai Buloh tu.




Dahlah pergi rumah orang lenggang kangkung tak bawak buah tangan apa-apa pastu melepak berejam2 tak hingat dunia. Siap mak dia tapaukan bawak balik potato salad lagi.  Tak tau malu sungguh naa...hehehe. Tomei anak kecik dia...geram sungguh aunty dengan Sophiea. Lain kali aunty datang lagi ya. Tu pun balik sebab anak jantan I dah sentap hint-hint nak balik main bola pukul 5.




So that is basically my weekend. So how's yours?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Lunch





nasi goreng, telur mata &
sambal udang.

Sila-sila...jemput makan.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 8, 2012

Random post

Random postlah ya sebab tengah sangap kat opis ni. Mementanglah hari Jumaat, kepala otak tu duk fikir nak cuti jer.

2 hari lepas adalah per Aeon (Jusco). Asalnya sebab ayah budak-budak ni nak memerut tempat aircond. So kitaorang sesambil menunggu dia tu, gi ler cuti mata kat stationary department. Biasalahkan si kecik tu kalau tak pau duit mak dia memang tak sah.


Sharpie ta"pau"an Adik. Tapi sebenarnya mama dia pun berkenan.
Kaler pink tu I dah rembat dulu.

siaplah lepas tu habis semua benda di 'sharpie'kannya

Besornya gigi anakku...siap ler ayahnya menabung untuk duit braces anak.


hari tu terjumpa info ni kat blog ke pesbuk sapa ntah dah tak ingat.
Kalau nak claim balik difference duit hantaran tu....rasa-rasanya boleh lagi tak?
Boleh buat beli LV sebijik =P


pagi tadi seperti biasa singgah convenience store nak beli barang makan breakfast. Sekali ternampak pulak Nescafe Latte barulah. Masalahnya lepas minum bloated gila perut >.<


Gasak melantak kek coklat sorang-sorang kat opis sebab melayan kesangapan

=/


Sangaplah.....sangap sangat.....nak balikkkkkkkkkkk!!! Eh korang, happy weekend!



Thursday, June 7, 2012

Mini vacation cuti sekolah

Hari baru boleh cerita about our mini vacation walaupun kaki sengal-sengal lagi. Nampak sangat jarang berexcercise.

Back to our mini vacation. Hari Ahad tu berangkatlah kami ke Melaka. Hubby yang suggest untuk bawak budak-budak ke Melaka Wonderland. Tempat ni baru bukak ke orang Melaka?

Excited budak-budak sebabnya it's a waterpark macam kat Gambang, Kuantan.
Tiket dah beli online tapi still hampeh kena beratur jugak untuk ambik tag. Ceh!

I jadi tukang jaga bag of the day. Sedih tak? Sampai nak gi toilet pun kena tahan sebab tak ada orang nak tengok-tengokkan bag sebab semua orang dah pergi main air >.<

Tempat ni kecik daripada Gambang Waterpark tapi rasanya takat nak buat anak-anak happy for a few hours ok jer kot. Tapi  tempat main air and ride tu tak sebanyak macam kat Gambang Waterpark.

Cuma kat Gambang Waterpark tu tempat makan dia lebih luas dan wifi-ed so kita rasa selesa . Sini tempat makan dia kecik sikit so situlah tempat makan dan situlah tempat orang lambakkan bag-bag derang. Pastu makanan pun macam cepat habis. Kalau tengahari sikit banyak makanan dah habis.

Toilet pulak macam tak banyak, so beratur ler kita nak guna dua bijik toilet dalam tempat makan tu. Pastu adalah pulak umat manusia yang mandi dalam toilet sedangkan tempat mandi ada disediakan ditempat lain.

Kami sampai dalam pukul 11 pagi macam tu by pukul 2 petang I dah menggelupur kebosanan. Panas, makanan tak best dan paling tak best sebab tak boleh nak browse internet. Kebosanan disitu.

Fun in the sun?. I don't think so unless it's by a beach.

I rate 5/10 jer untuk Melaka Waterfont.

Gambar adalah banyak sekali ada dekat beratus-ratus so untuk mengelakkan kemuntahan nanti kalau tengok gambar banyak-banyak collagekan jerlah ya. 

Selesai Melaka Wonderland, terus ke Kulaijaya. Takkan nak ambik hati anak-anak jerkan. Hati mak pun nak kena jaga jugak. Ke Johor Premium Outlet (JPO) kita yay!

Dah plan dah sebenarnya from Melaka kita akan tidur di Kulai sebab Mama nak pergi shopping at JPO. Sampai hotel di Kulaijaya pun dah almost pukul 7 malam.

Lepas rehat dan solat baru keluar untuk dinner. Sampai ke Danga Bay perginya nak mencari dinner.

We end up at Restoran Singgah Selalu.



Boss kecik kata dia nak makan daging. Tau tak sapa boss kecik? Adiklah tu....dia kan kadang-kadang bossy =P
Yummy....satu set for 2 person dalam RM60++
Abang pulak makan chicken chop. Budak tu kan memilih makanan.

Lepas makan kita ronda-ronda sampai ke JB town. Hujung tahun InsyaAllah ada rezeki kita pergi USS ya anak-anak. Balik hotel semua pengsan sampai ke pagi.

Best jugakkan duduk JB ni sebab dapat channel Mediacorp. Tapikan apasal orang Johor drive kereta ganas sangat. Kat highway tu dekat 5/6 bijik kereta memotong kami yang berada di lane paling kiri guna laluan motor. Kan bahaya tu. Nak memotong gunalah lorong kanan
=(

Besok pagi semua bangun dah dekat pukul 10 pagi. Semua pengsan sebab semalam penat main waterpark. So dekat pukul 11 pagi baru bertolak ke Johor Premium Outlet. Dekat jer dari Kulaijaya tu.

Parking RM3 per entry.

Breakfast di JPO kami pagi tu. Tak payah susah hati sebab dalam JPO tu ada foodcourt yang besar dan comfy. Kaum-kaum bapa yang malas nak ikut kaum ibu shopping boleh duduk dalam airconditioned foodcourt. Harga makanan pun reasonable.

Outlet mallnya 2 tingkat. So pakailah kasut yang comfy sebab banyak kedai nak keluar masuk.
Kalau nak tengok kedai apa yang available silalah google sendiri website JPO, Akak malas nak paste.

Nampak tak gambar sunglasses yang I pakai kat gambar atas tu. I actually bought the shades at Cotton On for only RM15. Murahkan. Then I bought a couple of watches for me and Adik discounted prices at Fossils. Mak ada jam basahan kaler merah u'olls....rambang mata nak pilih kaler apa.

My sister sempat pesan suruh beli "seluar kecik" dia kat La Senza. Murah 6 panties for RM49. Then I bought myself bras, 3 for RM99. Cuma size banyak dah habis. Size yang tinggal either too small or too big.

Bought for Abang Nike T-Shirts. Suka hati budak tu. And Vincci shoes for Kakak. Baju tak ada fashion yang I berkenan untuk budak-budak or for myself. I think I had high expectations sebab outlet malls kat USA memang murah gila. Then JPO pun tak ada jual pinggan mangkuk macam kat Outlet malls US. Kalau pergi outlet malls kat US memang boleh jadi gila shopping sebab murah sesangat.

Penat mengirai duit ala-ala lite-lite (lite2 pun rabak jugaklah poket) di JPO ingatkan nak balik KL terus. Tapi plan berubah sempat pulak makan ikan bakar di Sg Duyong, Alai Melaka.



Makan malam di Ikan Bakar Sg. Duyong. Puas hatilah dapat makan ikan bakar, ketam, udang, sayur dan ntah apa nama yang panjang2 tu. Manisnya udang masak butter tu.
Total bill rasanya hari tu dalam RM115. Puaslah makan.



Collage pictures of our mini vacation.







Cantik sangat pemandangan di muara Sungai Duyong.

Besoknya masing-masing pengsan kepenatan.

Quality time spent with the kids during their school holiday. Wish Mama is still on leave though =(

Wednesday, June 6, 2012

Turun tangga


Ingat nak update cerita holiday tapi sakit pingganglah pulak ya amat 

sebab kena turun tangga 10 tingkat.




Hampeh sungguh sebab lift semua rosak time I nak turun balik.

Kuang asam sungguh. Lenguhlah kaki yang jarang exercise ni. Macam nak tercabut rasanya. Agaknya hari ni Allah dah tentukan suruh exercise sikit sebab selama ni senang jer tekan butang lift dan turun. 
Macam gituhlah kehidupan. Ada senang ada susah. Redha jerlah.

So cerita vacation kita tangguhlah besok. Acik penat.....minta maaflah faktor umur ni.


Tuesday, June 5, 2012

Sabtu - kenduri kahwin, Low Yat dan Publika

Kami baru balik bercuti sebenarnya ni. Mini vacation cuti sekolah. Kesian kat anak-anak kalau tak boring 2 minggu duduk rumah saja.


Cerita roadtrip cuti sekolah tu nantilah I cerita cause I am still trying to figure out how to transfer my pictures from my Macbook iPhoto to my external hard drive. Ada bodoh sikit disitu sebab selama hayat ni guna Windows bila guna IOS ni jadi tak reti sikit. Anyway kalau ada sapa-sapa yang guna Mac boleh tak ajar macamana nak transfer gambar.

Saturday we're still in KL sebabnya dah janji with my parents nak pergi kenduri kahwin anak sedara kat Balakong. 


cantik kaler purple baju pengantin
Best betul meratah titbits. Oh ada cendul sekali.
my sister tak senonoh gi tapau maruku hahaha

Lama tak jumpa my little niece. Dapat jugak jumpa last Saturday.

Lepas selesai kenduri kahwin sempat pulak kami ke Low Yat Plaza. Tujuannya nak beli car charger iPhone/iPad jer sebab nak pergi roadtrip the next day tapi melarat-larat beli benda-benda lain termasuklah bag laptop, headphone, kipas laptop dan macam-macam benda lagi >.<
Bahaya sungguhlah kalau pergi Low Yat ni sebab selalu sangat terjebak. Tapi best sangat sebab dapat beli car charger iPhone for only RM20 =D



are we in London?


hey Miss Deejay!!

Dari Low Yat kita ke Publika pulak. First time sebenarnya sampai Publika ni. Out of my way kalau nak ke Publika lagi pun The Curve and One Utama is much nearer to my home.
But hey.....kenalah check it out so bila orang bercerita tak adalah tercangak-cangak.



Pose biasa dia mesti tunjuk lambang peace


Accidentally terjumpa kedai ni masa Ayah dan Adik nak ke tandas.
Kedai buat threading. Sempat lagi buat threading. By the time depa keluar tandas I dah habis buat threading. Nama kedai ni Blink and they charge RM7 for eyebrow threading.


supermarket 'highclass'.



kalaulah ada lembu emas memang ku bawa balik. Hari-hari kita perah susu emas. Kaya....tak payah sakit hati kerja dengan boss bongkak hahahahaha.







- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 1, 2012

Burger Bakar







kalau tinggal area Kota Damansara, pergilah try burger bakar di Seksyen 7.

First time order burger bakar. Nak juga tahu what's the all the huha about. Ialah ramai yang tweet about burger bakar. 

Kami order burger bakar single cheese. Price RM8.50.

Sekali sampai, sikit punya besarlah burgernya. Kalau sorang makan rasanya tak boleh habis. Nasib baik kongsi berdua dengan hubby. 

Sedap. Boleh beli lagi.





- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin