Friday, January 13, 2012

Happy Birthday Atok Handsome

Ni citer Jumaat minggu lepas sebenarnya. Baru nak keluar kat blog. Nampak sangat yang lately ni pemalas. Bukannya apa, minggu ni badan rasa tak sedap sangat...lemah lemau rasanya...sakit badan sana sini. Kadang-kadang terpaksa solat duduk sebab rasa tak larat sangat....rasa macam berdosa sangatlah pulak sebab 4 rakaat pun mengada-ngada nak solat duduk. Rupa-rupanya kena viral infection, tekak pun sakit ni....tu yang lemah lesu jer rasanya badan. 

Back on track. Minggu lepas Sunday, actually is my father's birthday tapi ntah apa mimpi my sisters ajak celebrate kat Johnny's on Friday, 2 hari awal. Penat jugaklah sebenarnya sebab bila dah balik jumpa katil tu memang payahlah rasanya nak keluar balik ke One Utama. Gagahkan jugaklah badan walaupun dah rasa badan melayang-layang. Hmm...rupanya dah nak start sakit masa tu.
Tiga meja sambung, penuhlah 3 generasi. Dah macam garuda melanda, meja semua penuh dengan pinggan mangkuk cawan.Pastu budak-budak berlima minus baby Adam (my brand new nephew) and Abang jer yang tak lari-lari pusing meja. Dah dibuat macam rumah sendiri Johnny's tu dek budak-budak bertuah berlima tu. Nasib baiklah tersorok kat dalam sikit kalau tak mau orang lain marah.



birthday boy tu yang pakai baju kaler hijau
 
Gambar banyak lagi sebenarnya tapi dalam SD card Camera. Sekarang ni ntah apa penyakit malas nak upload gambar even kat facebook. Dulu laju jer mengupload gambar kalau ada apa-apa event. Agaknya dah makin matang ni.....makin malas kot hihi.
 
Itu jerlah storynya...."Happy Birthday Atok Handsome!" (bak kata Adik)
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 12, 2012

Instagrammed

Macam banyak gambar makanan jer. Sebenarnya tak berapa nak berblogging minggu ni sebab badan sakit-sakit, tekak perit ...suara dah sengau ni dan asyiklah terbersin-bersin. Doktor kata semalam kena viral infection. Paling tak tahan muscle bahu kanan ni rasa ketat...sakit sangat. Tak perlah...sakit itu untuk menghapuskan dosa-dosa kecilkan.

Layan gambar Instagram saya ya =)




KFC tak boleh makan selalu nanti jemu

ni dinner hari tu. Soto, sup paru dan bihun sup daging Ani Sup Utara.
Memang kicklah!

Chicken Chop Food Republic ni agak mengecewakan sebab bayar RM10 untuk chicken chop yang keras dan banyak tepung. Isi daging ayam setoit sangat


tak tahulah kenapa tapi roti bakar mamak jugak sedap =P


deco 'recycle' CNY One Utama new wing.Kasi tambah naga jer =P



kayu ice-cream kaler-kaler ni untuk projek kemahiran hidup Adik

 

breakfast saya pagi tadi. Laksa Johor =D



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 10, 2012

Gastroenterologist Appoinment


Sabtu lepas I ada appoinment with my Gastroenterologist at Damansara Specialist. Appoinment pukul 12 tghari tapi nurse cakap datanglah awal sikit so by 11am plus macam tu I dah sampai hospital. Masyaallah......ramainya orang kat Damansara Specialist on Saturday. Dah rupa macam hospital gomen pun ada =)

Nasib baiklah I ada appoinment hari tu sebab klinik my gastroenterologist ni ramai orang yang datang without appoinment. So bolehlah I jump queue.

Doktor advised that I should continue my medicine and kalau rasa perut tak sedap jer terus ambik my antacid. He also suggested that I skip my lunch everyday and just eat dinner (plus bfastlahkan). My reaction was like,

"what skip lunch? laparlah nanti". Drama sikit hehehe..

"But bulan puasa you boleh puasakan"

I angguk jerlah kepala. He said that it's all in my mind. Kalau bulan puasa I boleh tak makan siang so what is the difference. I guess I'll give it a try. Semalam I makan biskut sekeping cicah dengan nescafe for lunch. Nak alas perut. Hmm...tapi by 5pm lapar gila sesangat. Kena latihkan perut pelan-pelan agaknya.

So my next appoinment another 2 months. Rasanya lama nak ambik masa nak pulihkan balik my stomach. By the way bagi yang tak tahu, I have this condition called GERD.

 Gastroesophageal reflux disease (GERD) is a condition in which the stomach contents (food or liquid) leak backwards from the stomach into the esophagus (the tube from the mouth to the stomach). This action can irritate the esophagus, causing heartburn and other symptoms.
 

Doktor cakap kalau lagi lama kita tak treat sakit tu the longer the healing process. But I must say that after almost 2 months of taking my medicine, bloatedness tu dah kurang. I really have to control my diet and tak boleh simply belasah apa-apa makanan sekarang especially yang pedas-pedas ='(




 
Masa kat klinik tu orang lain semua sibuk pegang gadget masing-masing. Just I and the guy infront of me yang bawak buku untuk baca. Sekarang ni jarang nak nampak orang membaca. Baca twitter dan facebook tu banyaklah =P




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 6, 2012

Cerita buka sekolah

Minggu pertama sekolah memang selalu hectic. Nak kena adjust balik time tidur dan bangun budak-budak ni seksa sikit....actually to think of it, nak adjust time tido ayah derang yang paling susah. Pakcik tu payah betul nak bangun.



muka 1st day of school. You can clearly see my eyebags =P

Mama cutilah sebab nak menghantar si kecik yang dah masuk darjah 4 ni sekolah. Kaki Adik terseliuh so berbandagelah kaki. Terpaksalah ayahnya angkat bag sekolah sampai ke kelas at 3rd floor.



Ramai mak bapak yang menghantar anak-anak Tahun 1, termasuklah my own sister and BIL.
Terjumpa officemate...wah siap cuti seminggu hantar anak masuk darjah 1. Eleh kita dulu pun sama =)

Sementara tunggu ayah hantar Adik masuk kelas, lepaklah kat kantin sekolah dengan Kakak. Sekali ....Abang Amy Search lalu. Pewwwiiiiiiiiiittt (pewit dalam hati jerlah.....gila nak pewit kuat-kuat). Dia senyum kat I.....cair beb. Masyaallah, mudanya nampak Amy Search ni dengan rambut pacak-pacak comel jer. Anak Amy Search sekolah sama dengan Adik, kalau tak silap darjah 1 dan darjah 2.

 By the way, Kakak hari ni baru pergi sekolah. Dua hari ponteng sekolah sebab tonsil dia bengkak so dia tak larat sangat nak berjalan complaint kata kaki dia lenguh-lenguh.



surau baru sekolah Adik. Semoga dimanafaatkan sebaik-baiknya.



Abang dah besar so hantar jer dia kat gate sekolah, pandailah dia cari kelas dia. PMR tahun ni ....hmm.....kita tawakkal jerlah. Nak kena carikan kelas tuition untuk dia ni. Sendiri nak ajar mau terkial-kial especially maths. Karat dah otak ni =D


Nak cerita sikit quest for Siri hari tu. Gila payah nak cari stock untuk IP4s ni. Pergi Maxis TTDI, awal-awal lagi dah habis stock, yang tinggal 2 bijik IP4s 64g.....tak nak ler acik. Melebihi bajet.
Budak sales tu cakap sehari derang ada 25 bijik jer stock. Kalau nak kena datang beratur pagi-pagi. Maxis e-Curve pun habis stock. Sana lagi sikit, dalam sehari ada 10 bijik jer stock. Call Machine Bukit Tinggi, stock dah habis. Putus harapan jugaklah nak ber Siri hari Selasa lepas.

Frust terus. Dalam hati cakap tak perlah besok pagi nanti pergi beratur pagi-pagi kat Maxis TTDI. Kebetulan ayah budak-budak ni nak pergi Giant KD sebab nak beli makanan kucing. Teringat kata dalam Giant ada kedai Maxis. Suruh Abang pergi tanyakan sama ada depa ada stock tak untuk IP4s. Sekali adaaaaa.....terus rasa nak joget kat situ hahahaha.
Stock untuk 16gb dah habis yang ada 32gb. Tangkap jerlah.....tak sanggup dah nak pergi hunting lagi untuk IP4s ni. Begitulah kisahnya telepon IP4s saya tu. My iPhone 3Gs tu I bagi kat Adik......suka hati budak kecik tu.

Okaylah nak gi sambung balik buat kerja. Happy Friday =)




Thursday, January 5, 2012

New family member

Welcome to the family Siti Siri :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 1, 2012

Bunga Api Tahun Baru

Malam tahun baru semalam memang tak plan pun nak pergi tengok bunga api sebab Kakak demam panas. Tapi ayah budak-budak ni beria-ialah pulak ajak pergi tengok bunga api. Layankan jerlah.

Jangan dia ajak redah lautan manusia kat The Curve tu udah. Tak larat acik...sejak-sejak dah tak berapa remaja ni =P. Lagipun Kakak kan demam.

 Awal-awal lagi dah cakap, kita tengok bunga api dalam kereta jer, tak payah keluar.

Last-last kitaorang tengok bunga api beramai-ramai tepi hiway sprint kat Sungai Penchala, seberang jalan mengadap The Curve. Happening jugak sebab ramai orang parking kereta tepi hiway.


Enjoy the video and pictures that I've uploaded =)







my instagram picture =)
 
 


 
 


ramai-ramai berdiri tengok bunga api

 


 

Happy New Year 2012



P/S: Perasan tak shoutmix dah tak ada. Chat box tu, I ganti dengan Cbox.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin