Tuesday, April 5, 2011

Birthday cake and gifts for Kakak's birthday

Anak perempuan saya senang jer nak bagi hadiah. Tak payah fikir panjang-panjang pun.
Pergi saja kedai Girls tu. Macam-macam boleh boleh beli as hadiah. Langkah kanan hari Jumaat tu pergi rupa-rupanya Girls ada diskauns up to 40%. Kesukaanlah saya.
ini pergi kali kedua, tambah lagi hadiah harijadi


actually I bought for her a handbag, wallet and a hairband.

the next day bila pergi kedai Girls ni balik, tambah lagi satu hadiah - folder pulak.

jangan tak tahu I kena belikan jugak adik dia handbag kalau tak ada yang meraung tak tentu pasal. Memang betul pun, hari tu sakat dia kata Mama beli hadiah untuk Kakak jer.....dah meraung budak kecik tu.

Dah belikan dia satu, adik komplen pulak kata gambar cat kat bag dia gambar sad face. Dia nak tukar lain. Sabar jerlah anak diva ku sorang ni. So ayah dia kata jomlah pergi tukar. Last-last kena tambah lagi RM14 for bag adik sebab dia berkenan yang lain and Kakak dapat lagi satu hadiah.


Mama derang pun almost-almost dah tu nak terbeli jam tangan kat girls sebab lawa....tak sedar diri dah tua ehehehe....

kek birthday mana lagi...Secret Recipelah. Kalau beli kek lain gerenti tak habis punyaaa...

anak-anak sapalah ni yang muncung panjang sangat
Birthday Kakak ni celebrate sampai 2 hari sebab on Sunday nenek dia pulak buat makan-makan khas for cucu kesayangan. Ewahhhh ....lawan tokay sungguh, birthday Mama pun tak ada orang nak sambut sampai 2 hari =P.

THE NETHERLANDS IN MAY ...............................

At  first glance, it looks like a giant child armed with a box of  crayons has been set loose 








  
  Cantikkannnnn.......

  

  

  
 
  
  Their  dazzling colors are thanks to the years in the 17th century when  tulip mania swept the 
 
globe  and the most eye-catching specimens changed hands for a small  fortune. But like a 
 r
ainbow,  this colorful landscape is a short-lived phenomenon. When the  flowers are gone, 
 
the  land will be cultivated for a rather more mundane crop of  vegetables.
upon  the landscape. Vivid stripes of purple, yellow, red, pink, orange  and green make up 
 
A  glorious patchwork. Yet far from being a child's sketchbook, this  is, in fact, the northern Netherlands in the middle of tulip  season. The Dutch landscape in May is a kaleidoscope of color as the tulips burst into life.
The bulbs are planted in late  October and early November.  More than three billion tulips  are
grown each year and two-thirds of the vibrant blooms are  exported, mostly to the U.S. and Germany .

Monday, April 4, 2011

Birthday lunch Kakak

Lepas main bowling, kita bawaklah pulak birthday girl makan.
We had lunch at Kenny Rogers. Asalnya nak makan Pizza Hut jer tapi disebabkan staff Pizza Hut lembab sangat tak kemas langsung meja so bawak dirilah pergi makan tempat lain.
Betullah food service kat Malaysia ni kena improve banyak lagi. Kalau dah segala-galanya lembab, terbantut orang nak makan. Ni kang dah sampai tekan butang 'Call" tu 2-3 kali pun tak ada orang datang tanya, memang jawapnya larilah customer.

Nasib baik staff Kenny Rogers tak lombab macam staff Kenny Rogers.
disebabkan birthday dia, kita letaklah muka Kakak lebih sikit ya Kakak

quater chicken with original gravy...nyum


I always ask for extra gravy sebab selalunya memang tak cukup gravy kat chicken tu jer
 
Potato with cheese. Actually Abang mintak macaroni and cheese tapi ini yang sampai. Kemudian baru derang kasi macaroni bila kita tanya

birthday girl seperti biasa akan makan spaghetti. Favorite sungguh tu


chocolate muffin


and as usual the little one will only eat soup either mushroom or chicken soup. Benda-benda lain semua dia tak minat. Dapat semangkuk soup dia dah happy


showing off her new earrings. Unfortunately Adik got an allergic reaction to the subang sampai naik bintik2 gatal belakang telingan dia. Nak suh Mama beli subang emaslah tu kat dia hmm..


Cake and hadiah sambungggg lagi nanti
Banyak sangat sambungan ya.....letih nak tulis panjang-panjang ni so kita bagi a few postlah.




Birthday Kakak yang kesebelas

Saturday 2nd April mark my Princess 11th birthday.
Sekejap jer dah 11...tiba-tiba nanti jadi 21. Sob...
Happy Birthday Kakak. Mama love you.

No birthday party for Kakak this year. Just a small family celebration.
Bawak birthday girl main bowling and makan-makan saja.
my 11 year old Princess

we played 2 frames saja...itu pun bahu tangan semua dah sakit

bulatnya muka I....kena diet ni ='(




ada kenderaan sesat tengah-tengah bowling alley...comel jer dengan ballon attached

there's a birthday party at the kids lane. Kalau sapa2 nak buat bday celebration kat bowling alley One Utama ni bolehlah.

kitaorang main kat U-Bowl One Utama. Tengah I merayau cari bola bowling sekali my ex classmate masa form 5 tegur.

mula-mula I ingat tak nak join budak-budak ni main sekali macam bestlah pulak. Terus pergi bayar kasut bowling. Pastu ayah budak-budak ni pun terjebak main sama....tapi dia pulak yang terover excited

bola nombor 8 tak ada....so markah teruk. Yeah blame it on the ball hahaha...

Lepas dah penat main, mestilah laparkan....itu next entrylah ya.
Nanti karang sambung lagi.



Like Master like Cat


The other nite found these two at 1pm watching football together. LOL.
Kucing dengan tuan dah sama pesen. I guess both are Arsenal hardcore fans.

How's your Monday morning? I'm still sleepy angkara tengok ABPBH sampai habis. Congratulation to Shahezy Sam.....memang bestlah. Ni mesti berkat doa ibu ni.

Last Saturday was Kakak's birthday. I'll update later with pics =)

Later bebeh!

Friday, April 1, 2011

Kisah-kisah kena kejar

Semalam dah terbuka cerita tentang kena kejar anjing. Sebenarnya banyak lagi kisah kena kejar ni.
Antara kisah yang kena kejar yang I ingatlah ya...

Kisah 1
 (Dah macam cerita Sini Ada Hantu pulak)

Kisah ini masa I sekolah menengah dulu dalam form 4 atau 5 macam tu. Tapi tak terjadi kepada I, intead it happen to my classmates. My classmates ni sorang tinggi and sorang rendah. So one day as they were walking towards the school untuk pergi kokurikulum sekolah petang, they were chased by a dog. Disebabkan kawan I tu sorang tinggi dan sorang rendah, maka kepanjangan langkahan adalah amat berbeza. Kawan I yang tinggi tu sah-sahlah kaki dia lagi panjang plus she's an athlete...so jauhlah kawan I yang sorang lagi tu kena tinggi. Part yang tak tahan tu, bila kawang I yang panjang tu pusing tengok kawan I yang pendek tu rupanya terjatuh and anjing tu siap lompat atas my friend yang pendek tu sebab anjing tu focus nak kejar si panjang hahahaha....lawak. Tak boleh nak bayang. Time masa derang cerita tu derang dah boleh gelak-gelak, masa actual kena kejar anjing tu

Kisah 2

Dulu masa I sekolah rendah, I sekolah kat Damansara Utama. So balik rumah jalan kaki jerlah. Dulu jalan nak lintas tu tak tukar jadi highway lagi so oklah lagi nak cross jalan. Sekarang jangan haraplah dah jadi highway bersimpang siur. Masalahnya dulu, ada banyak lembu-lembu berkeliaran. Tuan punya lembu ni pun time budak-budak nak balik sekolahlah dia nak lepaskan lembu dia makan. Masa I darjah 4 dulu, I bawak bag sekolah merah menyala. Selalunya lembu-lembu tu tak adalah interested kat I tapi ada satu hari tu nasib malagg sungguhlah. My school bag sudah attract one lembulah...apa lagi kena kejarlah tak cukup tanah lari. Takut kena tanduk dengan lembu. Cross jalan pun masa tu lari dah tak ingat dunia, nasib baik tak kena langgar kereta. Tu pun sama kisah....bloody fool punya owner lembu.....sumpah jadi lembu kang baru tau.

Kisah 3

Sapa pernah kena kejar dengan nyah angkat tangan?
*angkat tangan* pelan-pelan
I pernah kena kejar dengan mak nyah. Hamlau betullah. Ni semua kawan-kawan I lah ni pandai sangat nak ikut short cut konon kat Chow Kit tu....kan dah kena kejar dengan nyah.
Masa tu kami dalam 5 ke atau 6 orang dalam satu group. Ada perempuan dengan lelaki. Kekonon nak ikutlah backlane jalan Chow Kit tu. Ingat reramai oklah....ramaikan. Sekali datang mak nyah ni kejar kitaorang semua.....bertempiaran semua lari.....padan muka.
Tapi sampai sekarang I tak dapat tangkap lagi kenapa mak nyah tu kejar kami.
*Garu kepala*

Kisah 4
Kisah yang ni paling haru sekalilah. Kalau diingat-ingat rasa macam nak belasah balik manusia tu. Tapi masa tu kami penakut.
Dulu I sekolah at CBN. So the best place to ambik bas balik rumah is at Central Market.
So I dengan kawan2 I yang duduk sama kawasan perumahan would walk together to the bus station. I ingat lagi masa tu kami bertiga. As we were walking towards CM ikut this macam bridge kecik. I have to explain that the bridge was quite sempit so orang macam berlaga-laga. Sekali dari arah bertentangan nampaklah macam sorang mamat rocker ni. Elok jer dekat nak bertembung dengan kami. Mamat tu pergi unzip and keluarkan his 'birdie'. Cilakak punya orang. Being a naive school girl....mau tak menjerit kitaorang dibuatnya. Dah tunjuk dahlah...ni dia pergi kejar kami. Apa lagi.....berteraburlah kami lari. I dengan kawan I lari masuk CM, my other friend lari ntah pergi mana. Masuk CM pergi carik pakguard dulu mengadu yang kami kena kejar dengan orang gila s*x. Bencik sungguhlahhhh. Agaknya dia nampak kami berdiri dekat pak guard tu terus dia blah. Psiko punya orang.
Nasib baiklah kawan I yang sorang lagi tu selamat. Kalau diingat balik geram sungguhlah!!

Kisah 5
Saya terrer pernah kena kejar dengan cikgu sebab ponteng kelas....hahaha. Adoii kalau ingat-ingat balik tergelak sorang-sorang. Kekonon beramai-ramai dalam 5-6 orang nak ponteng kelas bio. Sekali cikgu cari sebab tak masuk lab. Ingat dah cukup cerdik dah menyorok dalam kelas tutup pintu dengan cermin tingkap semua. Sekali cikgu taulah pulak. Apalagi bertempiaran jugaklah semua lari. I dengan baju kurung siap lompat pokok pagar tinggi betis. Time tu dalam otak duk pijir tak nak kena tangkap dengan cikgu jer...udah ler pengawas sekolah hahaha....
Kena jugak sebab sah-sahlah cikgu perasan sapa...awak pakai baju kaler biru lain daripada orang lain. Notti boleh tahan gak masa sekolah dulu =)



Ada lagi kisah-kisah kena kejar ni tapi memandangkan bahu dah stiff sangat lain kalilah sambung ya.
So any of you pernah kena kejar? Storylah =)


Nak bagitau.....


dekat 99 Speedmart coklat KitKat yang kecik tu RM1.00 and yang besar sikit tu RM1.90
Cheaper than supermarket yang I selalu beli kat sini.

Tu jerlah nak bagitau..

Happy Friday Lunching =)


- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin