Thursday, May 6, 2010

Rain


People always runs or avoid rain

but today

I actually stop myself in the middle of the rain and enjoy it

(not too long or else my Neverfull will be full of water =P)

Wednesday, May 5, 2010

What's for dinner?

Murtabak daging....yummehh....

P/s: just testing the blogwriter lite on my iPhone. This one sucks coz I cant paste any picture using it :(

Ini yang terjadi bila sang ibu bosan

Anak jadi mangsa experiment  makeup






Sang bapanya: Yang, bagi anak minum susu banyak-banyak. So nanti derang tinggi...boleh jadi model. Abang tak kisah....

ehhh...orang tua ni.

Ni semua pasal penangan Tini model melayu yang top tu


tengoklah fashion show lagi =P

Tuesday, May 4, 2010

Accident happen when you cannot smell it

Last week tengah malam Khamis, I was at Damansara Specialist Hospital.
Still shaking and in panic. Something bad has happen yang memaksa I bawak kereta dengan laju mengalahkan Michael Schumacher. Rasanya masa tu kalau Michael Schumacher sebelah I pun, dia pun takut agaknya.

This is what happen, our kitchen "exploded". Actually tengah-tengah malam tu I can hear bunyi kapow kuat sangat from inside my room tapi I just ignore it. Ingatkan ada barang jatuh kat dapur ke. Tiba-tiba my hubby masuk bilik, terus suruh I hantar dia pergi hospital. Mau tak terkejut beruk dengan bau terbakar lagi. It was him who so to call got smoked.

Rupa-rupanya masa dia cucuh api to the kitchen stove, terus api menyambar giler penuh satu dapur. Gas penuh satu dapur rupanya. The unlucky guy pergi cucuh api teruslah kapow....Happy New Year. The thing is we didn't even smell the gas. Masa I lalulalang kat dapur tu pun tak ada bau gas.

I dengan tak boleh fikir sampaikan tudung pun tak pakai terus drive him to the hospital. Nak keluar gate baru teringat takkan nak tinggalkan anak-anak I kat rumah dengan keadaan rumah macam tu. Angkut jugak anak-anak pergi hospital. Dibuatnya gas kat dapur tu meletup nanti, apa nak jadi dengan anak-anak I kan. Rumah meletup tak per, jangan kena my family members sudah.



malam tu ada kat emergency ward. Nasib baiklah hubby tak pengsan kat dapur tu. Kalau tak sampai pagi tak sedar agaknya.


He got admitted to the HDU ward (High depency ward) for the nite. With 1st and 2nd degree burn, I must say that my husband is one lucky guy that nothing worst happen. Syukur Alhamdulillah


the guy with rambut terbakar, no bulu mata, both hands and legs got burn and no bulu kaki...licin tak payah pergi waxing. Kenalah lakiku lepas ni tampal bulu mata pelesu sebab bulu mata terbakar


the wife who had to hang around at the hall way of the HDU ward at 3am, turun lift hospital sorang2, pick up the kids from mom's house, go home and make sure all windows and doors are open at home.

Tak boleh tunggu pun kat HDU tu. Lagi pun hubby was in so much pain so they gave him pain killer and oxygen. He was so groggy. Nasib baik X-ray clear but his BP was high. Mungkin pasal still in shock.



Day one, nampak tak teruk sangat but actually his hands are swollen. After 4-5 hari makin bengkak and keluar blisters yang ada air tu. Kalau kena panas memang lagi sakit. So putra lilin has to stay out of sunshine for a few weeks



Kat tangan nampak sikit jer ni kalau tengok kaki lagi ngeri sebab memang merah and blue blacklah. Kena air pun sakit. Semalam dia pergi balik specialist, the doctor said it was worst than he expected. It will take him 6 months to fully recover from the injury...macam main bolalah pulak


Our two cats pun terkena tempias sekali. Itulah lain kali jangan mengekor Ayah kat dapur tu. Kan dah tak ada misai


yang sekor ni lagi trauma. Siap muntah-muntah the next morning...terkejut agaknya.
This one also the whiskers and fur got burn....kesiannnnn....

Moral of the story: Silalah check tong gas anda kerana gas saya tak berbau pun walaupun bocor.


Sekian. Terima Kasih

Sunday, May 2, 2010

Sapa tak suka barang comel, angkat tangan??


Dah try rotate gambar tapi ntah apahal degil sungguh dia tak nak rotate. Jangan seksa diri anda mentelengkan kepala anda ya. Kalau terseliuh leher, I tak bertanggungjawap ya.

I can't resist cute-cute things. Ni 2 barang yang terjumpa at satu kedai dalam One Utama siang tadi.

Cermin comel dan itu bukan selipar ya...itu selipar kecik untuk wrap wayar yang panjang-panjang tu. Comel tak?. Comel kan...kan....kan....

Malam minggu dah hampir ke penghujung, besok kerja daaaa....





Saturday, May 1, 2010

Oppsss terlebih sudah.....

Terlebih sudah bak kata Stacy.
Hari ni pergi lagi Crocs Warehouse Sale sebab Abang kata kenapa Mama tak beli untuk dia.

Wah queue hari ni lagi panjang dari semalam. Berlengkuk-lengkuk macam ular. Tapi sebab hubby suruh selamba jer masuk tak payah beratur sebab I tak bawak handbag maka I gagahkan diri masuk jer dengan muka selamba. Fuhh selamat tak payah beratur.

Size 6 masih jugak tak ada. Nasib-nasib....tawaf berapa kali tu menunggukan mana tau terjumpa kasut size 6 atas lantai ke orang tak nak.



posing...blur pulak


budak yang happy sebab dapat kasut Croc warna purple


size 4 banyak yang lawa-lawa tu. Tapi semalam Kaka dah dapat 2 pasang dah. Kalau ikutkan hati nak jer belikan dia lagi sepasang ni


Kasut Hello Kitty tu is mine. Last minit dapat tu. Ingat tak muat sekali ngam-ngam muat...*happy*

The other one is a dear fren punya kasut. All together jumlah kasut yang dirembat 9 pasang.

Tengah bulan nanti kasi renung jerlah kasut-kasut Croc tu...ehehehe.....

Crocs warehouse sale at Ikano The Curve

Korang tau tak yang kat Ikano ada Crocs warehouse sale?
Kalau tak tau ni nak bagi tau yang from 29 April till 2 May Crocs buat sale.

Pagi-pagi lagi..tak adalah pagi sangat sebenarnya. Dalam pkl 10.30mmacam tulah I dah sampai kat depan entrance hall Crocs Warehouse tu. Sekali punyalah panjang queue...tak sanggup wa cakap lu. Terus berbelah bagi, nak beratur ke tak ni. Kalau beratur ni mau pengsan dahlah pergi sorang-sorang mesti boring giler. Agak-agak baru nak blah sebab tak sebab tak sanggup nak beratur sorang-sorang, tiba-tiba tengok semua lari serbu pintu masuk.

Rupanya kalau tak bawak handbag tak payah beratur, boleh masuk terus. Those yang bawak handbag tu kena ikat dululah handbag bagai. Sah-sahlah I kena beraturkan sebab handbag besar bagak. Kensel terus nak masuk sebab tahap gaban malas nak beratur.

Datang balik second time lepas 2 jam. Masyaallah....kali ni lagi gila punya panjang beratur sampai ke area lift tu. Pintu ke hall tu pun tutup. Maybe derang kemas dulu kat dalam tu.
Kali ni lagi tak sanggup beratur, terus balik ambik budak-budak dulu. Half way balik, dear hubby kata dia nak pergi Ikano. Patah balik pergi Ikano dengan budak-budak.

Third time is the charm. Ahh lega tak payah masuk...lega.
Lega-lega jugak tapi size 6 semua dah licin...huwaaaaaa....
yang tinggal pun yang tak best...tak best punya....
sob...sob...
yang banyak size 4, size Kakak punya kasut. Tak boleh jadi ni besok pagi sebelum subuh nak kena ada depan pintu warehouse sale ni =P


kenapa tak percaya ke?


strateginya adalah...grab dulu banyak-banyak yang rasa cantik lepas tu longgok dan try


mula heran gak mana derang ni dapat kotak letak kasut-kasut derang. Rupa-rupany kat depan tu berlonggok kotak untuk kita letak kasut-kasut kita


kasut-kasut kami senang sikit dah masuk dalam kotak


 ehh anak pun boleh masuk kotak


kaunter bayar...jangan tak bayar.


Dalam ni semua mata dah macam mata helang...takut nengoknya. Silap-silap ada berlaku perebutan kasut =)

sempat lagi posing tu dalam toilet. Kakak terus pakai kasut baru.

si kecik ni punya kasut mahal sikit dari orang lain. Tapi puas hati sebab lawa.

Warehouse sale tu start pukul 10 ya kat tepi Popular Bookstore tingkat 2 Ikano The Curve. Nasihat I, jangan bawak handbag. Tempat panas dan sesak dengan orang so janganlah bawak anak-anak kecik. Lagi satu bersiap sedialah untuk beratur lama ya. Nak bayar nanti pun beratur panjang jugak nanti. Sediakan duit secukupnya ya.

Selamat membeli. Selamat Malam.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin