Monday, November 16, 2015

Weekend activity - hospital appt, Sephora dan Ikano


Assalamualaikum,

Akak kalau sampai hari Isnin jer memang lemau sikit. Lebih-lebih lagi malam semalam tidur lambat sebab tengok Gegarvaganza. Padan muka sendiri cari pasal. Jahat derangkan bubuh Farahdhiya nanyi last sekali....terpaksalah Akak tunggu jugak. Akak kalau dah terlebih time sepatutnya tidur mulalah otak berjalan jer...jawapnya memang susah nak tidurlah. Tapi kalau hari Jumaat tu cargas balik hahaha.

Sabtu lepas Akak ada appoinment dengan specialist Akak pasal tangan kiri Akak yang kebas ni lah.
Laju jer doktor tu tanya...so nak buat operation tak. 
Terjerit kejap Akak cakap tak nak.....hoi seram. Husband Akak punya kawan lepas buh besi kat tengkuk bukannya bertambah baik...makin teruk adalah. Akak lebih sanggup pergi physio dan telan pain killer. 
Tapi doktor kata next month tengok macamana kalau sakit lagi nampaknya kena buat MRI scan lagi sekali dan buat blood test. 
We'll see howlah.....malas nak cakap sebab sakit ni takkan pergi. Tersalah angkat barang berat atau tersilap tersilap pusing beralih bantal malam pun boleh mendatangkan sakit.

Lepas habis appoinment kitaorang pergi Paradigm Mall. Sesaja jer nak pergi Sephora dan H&M.


Good buy sebab sebatang RM26. Ni tiga batang for RM46.
Lipstick NYX semua dah habis kat Sephora Paradigm Mall.
Ni Holiday packaging kot. Banyak lagi brand lain yang worth buying tapi Akak sedar diri sebab Akak nak pergi coti-coti Malaysia end of this week.



Ahad pulak kami ke The Curve/ Ikea/ Ikano.
Ayah budak-budak ni nak cari wayar apa ntah untuk laptop dia.
Kitaorang lunch terus kat Simply Chicken Rice.


dengan buah hati pengarang jantungs.

Kat Ikano ada Gunpla Expo. Kalau sapa-sapa ada nak lelaki taulah kot robot-robot ni.
Puas dah masa Abang kecik-kecik dulu membelikan dia robot yang self-assemble ni. Boleh kata every week ayah dia kena ketuk. Ni Akak ambik gambar whatsapps kat Abang.
Budak tu weekend sibuk pergi seminar Sehati2015 kat Zebra Square. Hari ni dia pergi Sepang pulak untuk tayangan apa ntah. Tak perlah exam pun dah habis, minggu ni dah last week pun budak-budak belajar pastu cuti panjang.










No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin