Friday, May 27, 2016

Nampak sama


Assalamualaikum,

Jumaat penghulu segala hari. Minggu depan Akak cuti Isnin dan Selasa.
Saja jerlah sebab budak-budak coti sekolahkan so Akak ingat nak bawak derang beli barang-barang persediaan puasa dan raya. Nanti dah start puasa semua melepek tak nak keluar rumah. Nampak gayanya tahun ni Abang sempatlah berpuasa di rumah sebab puasa mula dalam cuti semesterkan.

Anyway, opis Akak nak pindah next month so sekarang ni hari-hari Akak busy buat preparation nak pindah. Balik rumah hari-hari sakit kaki...sakit pinggang. Kalau dah tak tahan sangat tu Akak telan panadol dua biji. Kadang-kadang tidur malam pun boleh mimpi pasal hal relocation office....boleh?. Nighmare!!!!!

Pagi tadi something funny happen. Selalunya lepas apply make up Akak akan spray Miracle Bio Water untuk setkan make up Akak tu. Tahu tak Akak spary apa kat muka Akak pagi ni? 

Akak terspray Anti perspirant kat muka Akak huhu........
dah habis spray baru perasan salah capai botol huwaaaaaa.....


Botol putih sebelah menyebelah.....huhu....
Lain kali kena tengok betul-betul. Extra powder muka Akak pagi ni >.<

Lagi satu cerita kelakar terjadi minggu lepas. 
Lepas balik lunch, nak pergi kat kereta. Haritu kami lunch bertiga...Akak, husband dengan si Kakak. Akak duk bercengcong...cengcong (sembanglah) dengan husband Akak. So sambil berjalan sambil bersembang. Akak mengikut jerlah husband Akak ke kereta. Sampai kat kereta, tangan dah kat tempat buka kereta ni. Perasan ...eh mana si Kakak ni tiba-tiba jer hilang. Akak dah panik dah.....mana anak aku hilang ni. Akak pun panggillah...'Kakak.....Kakak!!". 

Tetiba Akak nampak si Kakak punya kepala. Rupanya dia nak masuk dalam kereta. Akak dan ayahnya pergi kat salah keretalah. Kereta tu sama sebijik macam kereta kami hahahaha.
Actually kereta kami park 3/4 biji dari kereta yang kami berdua salah pergi tu hahahah.
Patutlah masa nak try buka pintu tu hati Akak dah terdetik apasal gelap sangat tingkap kereta ni sedangkan kereta kami tak tinted pun. Salah kereta daaaaaa....
Nasib baik tak ada orang, kalau tak buat malu jer hahahaha.

Itu jerlah. Happy weekend korang.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin