Tuesday, May 10, 2016

Back to work

Alhamdulillah harini Akak kembali bertugas selepas 16 hari lebih kurang selepas kena hospitalize dan kena duduk rumah MC. Boleh tahan sangap jugaklah duduk rumah tu sampaikan semua cerita kat Astro/ TV Akak tengok sampai dah tak tahu nak tengok cerita apa sebab Astro tu suka ulang tayang cerita 10,000 kali.

Akak duduk rumah asyiklah keluar masuk dapur cari benda nak makan. Mungkin effect ubat-ubatan kot yang buat perut Akak lapar memanjang. Selera macam naga.....Akak pun takut dengan diri sendiri. 4 kali sehari ada kot Akak makan.  Breakfast kena makan sebab Akak nak makan ubat pagi, lunch cari nasi, pukul 4pm kang cari kuih/biskut sebab nak makan ubat lagi.....dinner sudah semestinyalah sebab nak makan ubat lagi. Gemuk Akak kalau duduk rumah macam ni. Orang sakit tak ada selera makan....Akak pulak terbalik. Selera mencanak-canak.

Mula-mula masa baru balik hospital tu masak sambil duduk. Tumis sikit pastu cari stool duduk.....masak dalam berpinar-pinar....berpeluh-peluh. Akak boleh jer tak masak tapi tak sampai hati pulak orang-orang kat rumah tu nanti semua kelaparan tak makan. Kebetulan pulak haritu pun Abang balik cuti 3 hari sebab cuti hari Buruh. Jadi korang makan jerlah apa yang mak korang masak. Nak suruh tapau makanan luar macam tak selera sangat. Mulut Akak rasa payau jer sebab makan ubat banyak sangat. Semua makanan jadi tak sedap. Tu yang nak masak gak ikut selera sendiri walaupun menggeletar-geletar masak sorang-sorang. 



breakfast Akak pagi tadi. Lama dah sangat tak makan soto kat Restoran Puteri.

Pukul 10.30 tadi perut Akak dah menggigil lapar......teruk sungguhlah. Nasib baik Akak beli kuih sikit tadi bolehlah alas perut sementara tunggu lunch. Harap-harap bulan puasa nanti Akak bolehlah kurus. 



ticket free tengok wayang organise by office sebenarnya tapi disebabkan Akak tak sihat maka burn jerlah tiketnya. 

Itu jerlah kot update pendek Akak buat harini. Tata.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin