Tuesday, May 17, 2016

My first experience

Harap-harap tak adalah pemandu teksi yang baca...takut Akak kena kecam.
Semalam for the 1st time Akak menggunakan perkhidmatan Uber untuk balik ke rumah mak Akak. Orang lain dah guna berkali-kali Akak baru nak beranikan diri guna perkhidmatan ni. 


Apps Uber ni boleh download dari Playstore (untuk Android)

Lama dah Akak download apps ni tapi akak tak register sebab masa tu mode of payment hanya boleh guna credit card, which I am not comfortable of using.
Tapi semalam Akak tengok dah boleh bayar guna Cash. So Akak select payment guna Cash.

Ada satu feature yang Akak suka di apps Uber ini, which is kita boleh add Emergency Contact. Also bila kita booking Uber kita boleh notify family member kita travelling details kita. 

Uber ni kita tak boleh set time bila nak ambik, so kira-kira 5 minit sebelum nak guna tu silalah request for the service. Pastu dalam apps tu kita boleh letak note nak pick up kat mana contohnya mana-mana landmark yang senang nak identifylah macam bank etc. 

Oh ya ...apps ni jugak boleh estimate bayaran untuk distance kita so boleh siapkan duit bayaran. 

Semalam Akak request, 2 atau 3 minit macam tu tengok dah ada reply nama pemandu, nombor kereta dan kereta jenis apa. Senang nak identify tanpa ragu-ragu. Driver pun Akak verify samada betul atau tidak kita ada booking Uber masa dah naik kereta.

Akak kena bagi 5 bintang for his service sebab friendly driver, cekap dan paling penting kereta bersih (unlike some taxis.....Akak sampai sekarang masih trauma okay naik teksi yang semua lock dipatahkan tu). Panjang kami sembang semalam. Pemandu Uber Akak semalam part-timer jer. Dia kata dia drive dari pukul 5 ptg sampai 12 malam jer. He is very happy driving Uber sebab dapat extra income untuk tampung pembelajaran anak dia di overseas. Itu pun dia baru drive dari bulan February lepas, kalau dia tahu Uber ni wujud dari 2 tahun lepas dia kata dah lama dah dia drive Uber. 




fare Akak semalam. Tapi pemandu Uber yang baik hati tu mintak Akak RM4 saja. 
Rezeki Akak betul maybe sebab Akak ringan mulut bersembang dengan dia kot hehehe...
Selalu kalau Akak naik teksi lagi mahal dari ni walaupun same distance.

Verdict: I will be using the service more frequent after this. Nora bagi 5 bintang =P



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin