Showing posts with label celebrities. Show all posts
Showing posts with label celebrities. Show all posts

Tuesday, December 20, 2016

Block leave nih

Assalamualaikum,

Akak tengah block leave ni dari Jumaat lepas. Jumaat lepas Akak ada appoinment dengan doktor kat KPJ. Pagi-pagi lagi Akak dah tercongok kat hospital sebab nak kena buat blood test. Tak naklah lambat-lambat sangat sebab malam sebelumnya nak kena puasa.
Menaikkan darah sikit jugaklah haritu sebab Akak ke klinik doktor sampai 4 kali sebab everytime Akak pergi klinik, Akak termiss doktor. Doktor dah keluar pergi surgery. 
Lepas lunch dan solat Jumaat baru dapat jumpa doktor.
Result blood test Akak tak berapa cun, Akak nak kena kurangkan kolesterol level Akak ni.
Nanti bulan 4 Akak nak kena jumpa balik doktor.

Anyway, something good came out from berulang alik 4 kali tu.





Akak dapat jumpa mummy daddy Lara Alana.
Akak ambik gambar dengan mummy Lara jer sebab daddy Lara dah laju jalan kedepan. 
Tak apa Akak faham, orang tak sihat ni kadang-kadang tak ada mood sikit....macam Akak gaklah kadang-kadang hehe.
Tinggi slim (nak kena letak disclaimer ni : I'm normal height ok...she's just too tall and slim 😉) and sempoi sungguh mummy Lara ni....suka Akak tengok.
Lara tak ada pulak haritu.....kalau tak sure Akak gomol-gomol dak kecik tu.

Nanti Akak cerita lagi ya aktiviti Akak semasa cuti ni.
Till then......take care


Sunday, August 7, 2016

Pergi balai terjumpa pulak pelakon hebat

Assalamualaikum,

Kejadian ni berlaku hari Khamis lepas.
Masa mak Akak call, Akak dalam lift office dah nak balik dah masa tu. Mak Akak call bagitau yang ayah Akak kehilangan bag dia yang mengandungi semua dokumen penting macam wallet, phone, IC etc. Yang peliknya rasanya hilang dalam kawasan masjid.
Manusia sekarang ni bukan boleh percaya, dalam kawasan ibadat pun berani ambik barang orang. 

Makanya terpaksalah kami teman ayah Akak pergi buat polis report.
Dah buat polis report nanti baru senang nak buat IC, kad bank, lesen kereta baru dll.


tu bapak Akak tengah buat polis report.

Masa masuk balai polis tu macam hairan jugaklah kenapa hampir semua parking spot penuh. Selalunya banyak kosong.
Rupanya ada shooting untuk drama polis. Ayah budak-budak ni adalah kepochi tanya nama drama tapi Akak tak dengar sangat.


cubaan nak menangkap gambar pelakon drama tapi tak nak nampak obvious sangat.
Ada nampak sorang pelakon senior yang selalu berlakon watak bapak-bapak, Datuk-datuk dalam drama petang-petang tu. Nama tak tahulah.


Masa tengah tunggu bapak Akak habis buat polis report tu sekali keluar sorang pelakon lelaki popular dari bilik dalam balai polis tu. Tinggi lampai orangnya.
Starstruck kejap Akak tapi seganlah pulak nak mengambik gambar sebab masa tu dia tengah jalan keluar dengan 2 orang lagi yang berpakaian uniform polis.
Akak tak surelah pulak pelakon ke atau polis betul.
Agak-agak dari gambar atas tu dapat teka tak siapa pelakon tu?
Kluenya.....filem yang dia berlakon apa kontroversi sikit dengan FFM.

Hari Jumaat malam mak Akak call cakap ada India potong rumput datang kat gate rumah.
Dia tanya ada tak 'uncle' hilang barang. Dia kata dia dah hantar bag bapak Akak tu kat balai polis. Tapi bila mak dan bapak Akak pergi balai polis tak adalah pulak barangnya.
Apalah agaknya motif India potong rumput tu.
Pastu dia boleh tahu pulak exact amount duit dalam wallet bapak Akak tu.
Mungkinkah dia pencurinya?. Pelikkan.

Anyway, harini adik Akak dah bawak bapak Akak pergi buat IC dan lesen baru kat UTC.
Harap besok bapak Akak dapatlah buat urusan bank dan urusan-urusan lain.

So agak-agak dapat teka tak siapa pelakon yang Akak jumpa tu?
KAlau nak tahu sila scroll ke bawah =)













Jawapannya adalah










BRONT PALARE =)



Monday, September 7, 2015

Ella dan Mok Cun di Star Hype Fiesta at The Strands

Assalamualaikum,

How was your weekend?

Kami hari Sabtu bawak Nenek (my mom) pergi One Utama specifically to kedai Vincci cause she said that she has no shoes wear as she has to attend a wedding on Sunday.
I tell you my mom used to be the queen of shoes. Boleh kata when she was working every months she will buy new shoes. Hari Jumaat jer dia akan mengangkut kawan-kawan opis dia in her cute small car to Jalan TAR. So every Friday, you can expect that she'll be bringing home plastic bags of shopping bags. My mother is a schopoholic so kemana tumpahnya kuah hahahaha.... 

Sunday pulak we went to Star Hype Fiesta at The Strands. 



Hari tak hujan so ramailah pengunjung. Seronok tengok budak-budak main blowing bubbles. Weekend santai dengan family.


my rock star child.....dah bercita-cita dah tu nak tubuhkan music band
Hari-hari duk praktis gitar sampai kulit jari semua tercabut


Banyak vendor jual baju, tudung, aksessori dan makanan


This the real reason I pergi Starhype Fiesta sebab nak tengok Ella nyanyi.
Ella looks so young and her sister is so pretty.
Mamat yang pegang gitar sebelah Ella tu Edrie Hashim. 
Great combo.


Adik is 5'6" so Mama terus jadi 'comel' standing next to her. She's not even 13 yet.
Sometimes she likes to hug me tightly I rasa macam kena crush sebab budak ni besar sangat


Lepak atas tangga sambil makan jeruk buah RM5



Mok Cun (Erma Fatimah) pun ada tau.
 Ni mesti datang support adik dia sebab kalau tak silap Betty is the organizer of Star Hype Fiesta. She was so nice to take pictures with fans.Tak adalah besar sangat macam kat TV. I guess it's true, TV does add 10 pounds.

Akak ada ambik a few videos so peminat Ella....enjoy!




If you look closely in this video you can see Ella's husband, her beautiful sister Jojie and her husband too. 



Ella and Betty. Sedap suara Betty.


tak sah kalau tak membelikan hahaha...
So I bought a flare skirt for RM33, pins (RM10), hair band (RM10).
Rezeki kami semalam cause ada vendor bagi free scarfs to pengunjung,
So dapatlah 3 scarf free :)


Akak penggila pin tudung.


So that is basically my weekend. Hope you enjoyed yours too =)

Friday, July 3, 2015

Ramadhan 2015 - Day 16 Orang pening datang masjid

Sakit-sakit badan I harini. Mungkin sebab semalam makan kuih seri muka.
I memang takut nak makan pulut sebab dah tau dah sure badan berangin. Badan-sakit-sakit ni pun mungkin simptom dah dekat nak 'cuti puasa' ni. Kalau boleh postponekan best.....malas nak ganti puasa. Kalau bulan Ramadhan ni puasalah sebulan pun okay jer. Bila bulan lain nak mengganti puasa rasa seksanya.

Back to the original story.
Tadi ayah budak-budak ni whatsapps I (kaco jer taw....orang baru nak tido kat meja opis ni).
Cuba korang baca message ni



masa I dapat first message tu.....dah apahal pulak ada orang pening kat masjid?
Kalau pening baliklah rumah.

Rupanya phone dia auto correct spelling. Perkataan penting jadi pening hahaha

Actually ayah budak-budak ni ada tulis yang dia nak selfie dengan Agong (dah berjangkit penyakit kawan si Diva AA ke bang?)

I cakap kalau berani buatlah.

Korang rasa dia berani ke tak selfie dengan Yang di-Pertuan Agong?










(silalah scroll bawah)




















tak dapatnya.....dia ambil gambar dari jauh jer.
Tapi comel jerkan Yang di-Pertuan Agong.


Itu sajalah kisah hari ini. Selamat berbuka puasa semua and Happy weekend. 
Selamat membeli-belah untuk persiapan hari raya. Akak baru shopping online kat Zalora untuk baju Kakak dan Adik. Tengoklah besok kalau rajin nak cari baju kurung atau jubah untuk derang.



Monday, December 1, 2014

Star Hype Fiesta The Strands

Dapat teka tak sapa artis tadi?. Itu Hazama. Sedap sungguhlah suara budak Hazama nyanyi live lagu Malaikat (Jaga dia untukku).

Macam biasa hari Sabtu Adik ada kelas gitar. Mama dia pun macam biasa akan termembeli belah kat Daiso. Plannya nak pergi Daiso nak beli battery saja tapi end up battery tak beli tak Mama dan Kakak terbeli lagi note book comel yang ada glitter-glitter. Tak habis-habis note buku kami dua beranak ni. Memang suka sangat dengan stationaries yang comel. 

Depan The Strands Encorp Mall tu kadang-kadang ada bazaar. Kali ni ada Star Hype Fiesta, ramai artis yang meniaga dalam bazaar kali ni. Tapi macam biasalah kalau datang awal pagi macam kitaorang ni peniaga baru nak set up booth. So tak dapatlah nak belek-belek sangat. Tapi sempat gaklah I beli brooth kecik-kecik tu.


Booth Emma Maembong dan Mawi Ekin. Ramai jugaklah artis yang buka booth jual barang-barang macam Scha & Awal, Anzalna, Betty Rahmad etc. Tapi artis tak datang pagi-pagi buta ni, yang ada pun Betty jer.







banyak jual jubah dan shawl. Booth jual makanan pun ada jugak.


fresh juice


kesayangan Mama ni. Kalau bawak budak ni mesti ada jer baju yang dia berkenan especially yang corak celoreng.


Balik dari klinik malam Ahad, I singgah lagi ke bazaar. Tapi kali ni I pergi malam dekat pukul 9 malam. Meriah lagi bazaar, ramai jugaklah pengunjung. Peniaga pulak ramai dah turunkan harga barang jualan. So lain kali kalau nak bargain, jangan pergi hari pertama. Pergi hari kedua malam sebab peniaga sure akan mark down price sebab nak lakukan barang jualan.



cantik pemandangan mall di malam hari


Joe's Barber shop. Nak potong rambut pun boleh kalau tak segan orang lalu lalang tengok.


air pancur bubble



Ada performance dari Hazama. Hazama siap ajak peminat berduet dengan dia.
Nak dekat habis lagu Betty ada berduet dengan Hazama. Sedap jugak suara Betty. I ada ambik video tapi ntah apa masalah semalam masa nak load kat Youtube ada error. Nanti malam karang I try balik upload.




Barang yang sempat disambar - baju sehelai (RM20) dan tudung satin (RM20)


Thursday, May 15, 2014

Empatbelas (nama melayunya)




Unfortunately kali ni I bersiaran dari hospital Tropicana. Cerita masuk wad hospital ni minggu depanlah baru cerita bila sihat sikit.

Kali ni nak tepek gambar konsert Fourteen. Gambar-gambar ni Abang yang tangkap guna DSLR dia. Budak-budak KRU Academy semua outing 3 minggu lepas ke konsert Fourteen. 
Alah Fourteenkan resident artis KRU. Memang patutlah budak-budak tu semua dapat tengok free.

So here's all the pictures konser Fourteen. Banyak lagi gambar dia ambik tapi mak malas nak resize gambar banyak2 tu.

So enjoy!











All pictures courtesy of Abang =)

Monday, May 5, 2014

Kota Damansara - Cyberjaya - Kota Damansara - Dinner CWA


Hari Rabu lepas hari yang rasa macam nak patah pinggang duduk dalam kereta.
Malam tu sepatutnya kami nak kena attend dinner kat Sunway Hotel tapi disebabkan Abang call hari sebelum tu kata dia demam and chest pain maka petang Rabu tu kami terpaksa bergegas ambik dia kat hostel di Cyberjaya.

Heran betul semua jalan kat KL ni. Ikut highway pukul 4.30 pun dah jam. Sampai Cyberjaya dah almost 5.30 petang. Pastu dia mengadu lapar sebab tak lalu nak makan nasi tengahari so kami bawaklah dia makan kedai mamak dulu. Hari sebelum tu kitaorang dah pergi tengok dia dah pass cool fever dan ubat gastrik. Risau jugak sebab dia tengah exam sekarang.

Nak patah balik punyalah jam. Rasa macam nak patah pinggang duduk dalam kereta sebab semua jalan jam sepanjang-panjang dari Cyberjaya ke Kota Damansara. Kebas-kebaslah bontot duduk dalam kereta. Macam dah tawar hati nak pergi dinner kat Sunway tu sebab dah pukul 8 malam baru sampai rumah balik. Decide untuk solat Isya dulu baru pergi dinner. Maknanya pukul 9 malamlah baru sampai. Nasib baik dish pertama baru masuk kalau tak melepas nak makan sharp fin soup tu. 


segan nak ambik gambar makanan sebab ramai duduk satu meja


scallop kalau tak silapnya ni. Rasa liat semacam jer so I skip this one



udang pun tak berapa best tahun ni. Tahun-tahun sebelum ni semua mesti buttered prawn tapi tahun ni ntah apa punya prawn dish. Dahlah seksa nak membuang kulit udang tu guna sudu garpu so end up I makan sekor jer. Sangatlah rugi rasanya



here's me enjoring Dayang Nur Faezah singing. Nampak penat sangat mukakan.
Makeup ala kadar jer malam tu dengan tu tudung senget benget tak reti sungguh nak gayakan scarf Tudung People ni. Lantak situ.


orang lain sikit punya vogue devass....I selekeh ya amat


Pompuan selekeh yang ada hati gak tu nak bergaya dengan patung 






Here's two clips of Dayang Nur Faezah singing live. Suara dia memang meletup punya bestlah. Kagum sangatlah.

Sampai rumah dah almost pukul 12 malam. Penat jangan ceritalah. Nasib baiklah besoknya public holiday bolehlah berehat satu hari.

Wednesday, July 3, 2013

Projek rahsia

Adik ada projek rahsia sebenarnya sekarang ni. Sibuklah Sabtu dan Ahad lepas pergi shooting rancangan kanak-kanak dekat studio Astro. Korang tak payahlah nak bayangkan studio Astro yang lawa macam kat Bukit Jalil tu, nanti jap lagi korang tengoklah gambar tempatnya.

Nak cerita lebih-lebih rancangan yang Adik shooting tu tak boleh sebab parents kena sign form embargo. Maknanya tak boleh nak ceritalah pasal rancangan ni sampailah disiarkan nanti....dengarnya dalam bulan September.

Ingat tak hari tu Adik pergi audition untuk Astro TV1Q. Rupanya Adik and her group dipilih as one of the group yang dapat masuk. Detailnya tak boleh cerita lagi.

Tapi nak cerita seksanya nak sampai ke studio Astro kat Bukit Rimau ni. Sarat barat kami hari Sabtu tu. Kami ni based on instruction yang orang bagi thru whatsapps group jer. Sepatutnya kena sampai studio pukul 9 pagi. Nasib baiklah jugak kami keluar pukul 8 pagi terus pergi. Kalau dibuatnya pergi breakfast dulu, mau lambat budak tu sebab susah nak mencari tempatnya bagi orang yang tak familiar dengan area tu. Lepas google alamat studio Astro tu barulah jumpa.

Studio yang Adik shooting ni sebenarnya sama studio dengan studio Celebrity Masterchef Season 2.



studio derang sebenarnya gudang jer u'olls.....taklah nak imaginasi studio lawa-lawa


semua prop untuk Masterchef ada lagi dalam studio tu....eksaited I


ni background logo Masterchef. 
Hi Chef Jo...Chef Adu...apa ke nama sorang lagi Chef tu....*lambai-lambai*



kat atas tu lah peserta-peserta yang tak payah masuk elimination round tengok kawan-kawan derang masak. Dapur-dapur peserta Masterchef guna pun ada lagi kat tepi tu.


ni I duduk kat waiting/eating area untuk peserta dan parents.
Terus feeling macam Rozita Che Wan .....bulu mata pelesu jer lupa pakai



time ni tgh break shooting. Letih siot tunggu derang ni shooting dari pukul 9 pagi sampai 6/7 petang Sabtu dan Ahad tu. Ni pun tak habis lagi shotting, lepas raya nanti sambung lagi.

Cuba korang teka sapa artis yang dibulatkan (more like square) kat belakang tu?

Tak boleh nak cerita lebih-lebih nanti bila rancangan dah nak keluar nanti boleh cerita more detail. Satu jer Akak nak cakap ni.....rupanya nak jadi peserta rancangan realiti ni memang memenatkan......termasuklah mak-mak bapak-bapak yang tunggu ni pun penat.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin