Showing posts with label special occasions. Show all posts
Showing posts with label special occasions. Show all posts

Tuesday, September 18, 2018

Convocation Abang 14 September 2018

Khamis lagi kami dah bertolak ke Nilai, Negeri Sembilan kerana keesokan harinya adalah hari konvokesyen di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kampus Nilai.
Ini adalah Konvokesyen ke 3 untuk Kolej Vokasional Malaysia.

Alhamdulillah akhirnya selepas 4 tahun, Abang berjaya jugak untuk mengenggam sekeping diploma.

A big achievement for a dyslexic boy. 
If only you know the sacrifices we have done. Kalau anak you all ada yang dyslexic jangan putus asa cause if my boy can do it so can yours. Alhamdulillah jugak Abang sekarang dah bekerja almost a year. Lepas habis buat internship terus company offer kerja.

Abang, 

Mama, Ayah and your sisters are proud of you. 

Congratulations, son.


Nak letak more pictures tapi 3 keping gambar ni jer yang lepas -____- (update: akhirnya berjaya jugak upload more pics :) )














Wednesday, August 30, 2017

Selamat Hari Merdeka & tahniah Sukan SEA 2017

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 Malaysia tercinta

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



I also would like to take this opportunity to congratulate the Malaysian athlete for bringing back all the medals for SEA Games!

You guys are the true heroes! Congratulations!






Hadiah sempena Malaysia merdeka 60 tahun 💙

Monday, January 2, 2017

Hello 2017

Selamat Tahun Baru semua.
Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Selamat bersekolah anak-anak semua 😁


Sunday, May 8, 2016

Happy Mother's Day

So blessed to be mom to these 3 kids.


Happy Mother's day to all mother's out there.



To my own Mama. I love you Mama.


Wednesday, March 9, 2016

Solar Eclipse of my heart


Pagi tadi macam pelik sikit sebab apasal gelap macam nak hujan jer ni.

Terlupa yang hari ni Gerhana Matahari. 


Me trying to capture the solar eclipse tapi tak nampak apapun aside from the very bright sun.


after a few attemps.....


nampak sebenarnya tapi tak leh tengok direct to the sun.
Kena guna pinhole. Akak tutup mata dengan tangan pastu tengok dari celah jari.
I can actually see the bulan sabit


Few of us attempting to see the solar eclipse.

Sekarang mata Akak still rabun sebab tengok direct sunlight pagi tadi......how long will it take for my vision o return to normal? Kabur wehhh....



Monday, March 7, 2016

Harapkan Waze.....Waze sesatkan kami

My legs are still sore from too much walking on Saturday and Sunday.
Harini macam in denial jer sebab dah hari Isnin. Malam tadi tak leh tido lena sebab kaki sakit.

Saturday morning pi jumpa makcik bawah ni sebab nak discuss/ chat pasal ada event penting. Event apa nanti Akak cerita lepas majlis selamat sudah. Ialah bukan majlis kita so tak baik kita nak war-warkan dulu.


nampak idok gigih bawak keluar note book buat catat apa2 yang penting.
Tulis semua kalau tak nanti ada yang lupa.


lawa idok bag Mini Niko-niko Akak ni. 
Kekadang jer bawak dia keluar tengok dunia sebab bag ni kocik jer so limited barang boleh isi. Bag Akak selalunya gedabak-gedabak sebab macam bag Doraemon semua nak sumbat. 

Akak telah dipersuade untuk menemankan dia pergi ke beberapa tempat hari Sabtu tu.
Tempat pertama yang kami pergi adalah satu kedai di Aeon Kota Damansara tapi kami decide pergi survey tempat-tempat lain dulu. Nak compare kot-kot ada lagi banyak choice yang lebih cantik dan murah. Chop .....sebelum tu kami singgah Ariani tapi tak ada tudung yang berkenan. Lama dah Akak tak masuk Ariani sejak-sejak banyak butik-butik muslimah lain yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. I have more cheaper and nicer choices than Ariani's scarf. Cheaper yang penting okay.

Pastu kami plan nak ke Kenanga FM tapi Waze gila tu bawak kami ke mana-mana ntah.
Tetiba jer Waze tu announce 'YOU HAVE ARRIVED". Kami yang dalam kereta tu terpinga-pinga sebab tak nampak pun bangunan Kenanga tu. Yang ada bangunan rumah kedai jer hahaha.... Rupanya Waze bawak kami ke Kenanga Warehouse sale at Jalan Kuchai.
Sesat barat kami hahahaha.....elok-elok boleh sampai awal jadi lambat sebab bila Waze recalculate balik perjalanan lagi 20 minit baru sampai Kenangan Fashion Mall.


huru-hara okay...hahaha...


sesampai kami pergi makan dulu sebab masing-masing dah lama tak lunch lagi.
Ni anak dara my BFF. Baru terima keputusan SPM. Tahniah Nana untuk keputusan SPM.
Aunty doakan Nana dapat masuk Asasi Sains macam yang Nana mintak tu.



 berapa floor kami pusing cari barang last-last dapat jumpa satu jer.
End up kami beli tudung dengan seluar tido kat Kenanga tu hahaha....
Barang yang dicari tak jumpa....barang lain yang dibeli


tudung murah-murah....pilih-pilih...


yang belakang pakai baju hitam tu kan sampai sekarang Akak tak tahu gegirl ke boboy...


budak comel yang suka menyanyi. Kami dihiburkan dengan nyanyian dia dalam kereta.

Disebabkan tak jumpa barang yang kami cari di Kenanga, kami pergi GM Chow Kit pulak.


Nampak tak kereta tengah nak masuk tu. Tetiba pak guard tunjuk kami suruh pergi ke sebelah. Kami pun heran....apahal pak guard ni suruh kami double park ni.



Rupanyaaaaaa.....kena queue untuk naik lift untuk kereta ke level parking kat tingkat 8.
We were horrified sebab tak pernah seumur hidup naik lift dengan kereta-kereta.
Menjerit-jerit kami dalam lift tu hahaha.....si Reen siap lemah lutut sebab minah tu calustrophobic hahaha.

Anyway, I tak akan pergi GM Chow Kit tu lagi sebab tempat tu teruknya. Dengan sempit pastu lift pun seksa. Kalau nak beli barang berniaga in bulk okaylah kot but we couldn't get the things that we wanted. End up kami beli kat kedai kat Aeon Kota Damansara tu jugak hahaha....

Itu cerita hari Sabtu.....cerita hari Ahad nanti Akak sambung. Nasib baiklah dua-dua haritu Akak dah prepared pakai kasut sports kalau tak mau lagi macam nak tercabut kaki ni.

Monday, February 15, 2016

19 years

Recently Akak ada terbaca viral pasal isteri pemalas.



sumber dari FB & google


Kepada adik diatas. Terima kasih atas nasihat kau dik.

Semalam anniversary perkahwinan Akak yang ke 19.
Rasanya banyak dah makan garam dalam perkahwinan. Bukan selalunya manis jer dik.
Akak mungkin tak perfect macam kau dik Atenn sebab Akak selalu jugak membebel kalau penat buat kerja sorang-sorang especially time anak-anak Akak masih kecik dulu.
Almaklumlah Akak ni bekerja so balik rumah tu macam sambung shift kedua pulak buat kerja rumah. Tipulah kalau tak penat. Kita bukan ada superpower macam Supergirl atau Wonder woman ......kita pun ada rasa letih lesu. Bila dah penat mulalah rasa nak menaga jer.

Tapi Alhamdulillah husband Akak tu kalau nampak Akak penat dia akan basuh semua pinggan mangkuk kat dalam sinki. Bangun pagi tengok dapur masak semua berkilat licin, pinggan mangkuk dah bersih bercuci. 

Kalau Akak malas nak masak, dia tak banyak bunyi sebab dia akan pergi dapur masak apa-apa yang patut untuk dia makan. Bangga Akak dapat suami yang pandai berdikari hehehe.

Kita hidup ni berkongsi so janganlah nak kata semua isteri sajalah yang kena buat. Suami patut diraja-rajakan....(banyak lemak kau....udah ler kita kaum wanita sekarang ni bekerja untuk ringankan beban suami). 

In our housewhole we work as a team.



Not today but yesterday.

It is not always bed of roses to get here. Even roses have thorns.
Perkahwinan ni tak selalu wangi. Tipulah kalau selalu bahagia jer......mesti ada gaduh dan merajuk. 



Happy 19th Anniversary to us.

Thank you Adik for the drawing...muah...


jangan haraplah dapat celebrate berdua. 
Sejak ada budak bertiga ni kemestian celebrate beramai-ramai....cause we are a family...1 unit!

***********

kepada adik Atenn.....Akak ucapkan syabas dan maju jaya. Nanti bila dah beranak pinak semoga kau tetap merajakan suami mu. Jangan disuruh dia buat menolong kau langsung walaupun tak cukup kaki tangan nak melayan anak kecik yang cranky sebab dia Raja kan. 


-Akak...isteri pemalas & ego keh keh keh

Monday, December 7, 2015

The Curve - Christmas Deco

Hi there,

3 more weeks to Prohet Muhammad's birthday then Christmas holidays.
Can't wait for the long weekend. Dah hujung tahun ni mulalah lemau especially when everybody is clearing their annual leaves and you're stuck in the office. *sobs*

Yesterday had to come to the office for a shortwhile to test the system......damn annoying when my short weekend interupted by work. Gimme a breaklah! Nobody wants to go to work on a weekend. Orang  nak lepas rumah tengok TV-lah.

Luckily, it's just for a short while...kalau tak I terbalikkan meja kat ofis tu hahaha (macam larat!). Since the kids semua pun ikut, lepas Mama kerja kami ke The Curve for lunch.

This year's Christmas decoration at The Curve.






I took this photo from the 2nd floor. Nampak nampak macam real jer buku-buku tu and those tiny humans.


minah susah ambik gambar ni ....eiiii



Abang membebel-bebel kat Adik sebab takut sangat nak beli ais kepal hahaha...


Shave ice for RM6 (small size)


Perisa yang boleh pilih



tak kreatif langsung budak berdua ni.....tak cantik langsung



this a rare sight hokay sebab budak berdua ni suka bergaduh.
Sampai rumah depa dah bertekak balik sebab Adik tertepis fries Abang......gasaklah kome!





blur gambar Akak sebab budak2 ni duk berzikir cakap Mama ni.....tu pun nak berselfie.
Suka hati Mama-lah huhu....

Monday, September 28, 2015

Sambutan Aidil Adha 2015

Raya Haji di rumah kami tak semeriah Raya Aidilfitri.
Tapi lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, nasi impit tetaplah ada as juadah raya.
Raya Haji atau Korban ni kami more looking forward nak makan sup tulang korban.


koko krunch dan botol susu juadah tambahan hahaha....ni my nephewslah ni

Ritual kami tiap-tiap tahun ialah tengok lembu korban di Bakti TTDI







apalah yang nenek dan cucu tengok ksyuk sangat. Abang tu more interested at the bomba's equipment. Brother-brother bomba dan polis pun sama menggembeling tenaga melapah lembu korban.



Allahuakbar



Tahun ni uniform kaler biru. Every year ada theme color.


my father sibuk jadi mandur jaga bahagian tulang.



me and my girls. Kejap jer budak-budak ni pakai baju raya...balik rumah terus tukar uniform



balik rumah sediakan prep untuk buat sup tulang. Nasib baiklah ada 2 anak dara tolong kopek segala bawan-bawangan.



satu periuk besar masak sup.....makanlah puas-puas. 

Petang my cousin ajak beraya at her house sebab dia buat soto. Usually dia yang akan datang my parents house untuk makan sup tapi tahun ni kami pulak yang kena bawak sup tulang ke rumah dia. Anyway, beside kisah stempede di Mina (Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang terkorban termasuk sorang mangsa dari Malaysia), hot topik kami hari tu pasal staff bank RHB dibayar lebih gaji. Ada extra 0 dalam payslip derang....wahhh kayalah. Kalau gaji RM3,000 ...pagi tu agaknya bukak online banking gaji masuk RM30,000. Mesti semua terkejut katak.....bonus rayakah. Tapi semua duit terlebih bayar tu kena pulang balik sebab ada system error. Kaya sekejap jerlah.


me with my nephews and niece


Abang with his cousins. The boys in the family.


my babies on 2nd Raya Aidiladha.

So how was your Raya?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin