Showing posts with label movie/TV. Show all posts
Showing posts with label movie/TV. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

TV series musim fall dah kembali yaaayyy...


Selain daripada melayan sakit gusi yang berdenyut-denyut dari kesan cabutan gigi geraham Jumaat lepas, I sekarang sibuk melayan Fall season TV series. 

Happy gila bila semua cerita favorite macam The Good Wife, Revenge, Downtown Abbey, The Blacklist, The Mindy Project, New Girl, Scandal dan banyak lagilah dah boleh download. 

Tu yang balik laju-laju buat apa yang patut pastu download cerita-cerita favorite. Tapi ntah apahal Unifi kat rumah tu dah lembab macam siput sabar jerlah. Nak download satu cerita pun berjam. Bertabah jerlah. Ni mesti pasal kitaorang dah habis guna kuota sebab asyik download cerita jer, tu yang internet lembab tu.

Suka sangat season baru new plot. Hari-hari tak sabar nak balik tengok cerita yang dah didownload.Kalau tak 3 bulan bosan jer sebab tak banyak cerita boleh tengok.



my favorite ladies <3 font="">

Season ni ada cerita baru start. How to get away with Murder dan Madam Secretary antara cerita baru yang best jugaklah based on the episodes yang dah tengok. Hopefully adalah lagi cerita-cerita yang best. So boleh balun tengok. At least kalau stuck dalam kereta boleh tengok. I siap dah download all the TV series dalam my phone and iPad. Dalam kereta selalunya tak layan orang sebelah bercakap sebab concentrate tengok cerita. So kalau ayah budak-budak ni bercakap I just angguk jer tapi sepatah haram tak tau apa yang dia sembangkan hahaha.....

Oh yeah....so happy that Grey Anatomy is back. Si Grey ni banyak nau adik beradiknya. Oppsss...tak nak bagi spoiler kalau you all tak tengok lagi =P

Friday, July 4, 2014

Ramadhan 2014 - Day 5

Sebelum berbuka tu macam-macam  makanan  nak makan untuk berbuka



tapi lepas azan


segelas air pun dah rasa kenyang

Nanti Akak sambung lagilah ya sebab tengah emo lagi Abang Zen sisihkan Indah. Akak sedih.....amboiii lagi over daripada Indah. 

Siapa Abang Zen ??

Tak tengok TV3lah tu ya....

Abang Zen & Indah 

|
|
|
|
|
|
|
|
|
v|



Thursday, December 19, 2013

Oh Jackson….why?


Spoiler alert if you are a Grey Anatomy avid follower. If you haven't watch the latest episodes than you should not click the play button on the video.

Don't say I didn't warn you


Hopeless romantic like me would repeat playing the video for 10 times.
Oh Jackson….why?? why??

Thursday, September 19, 2013

Rekativiti TVIQ


Lupa nak habag....silalah tengok Rekativiti TViQ setiap hari Ahad pukul 10.30 pagi sebab Adik is in one of the group participating =)



Wednesday, July 3, 2013

Projek rahsia

Adik ada projek rahsia sebenarnya sekarang ni. Sibuklah Sabtu dan Ahad lepas pergi shooting rancangan kanak-kanak dekat studio Astro. Korang tak payahlah nak bayangkan studio Astro yang lawa macam kat Bukit Jalil tu, nanti jap lagi korang tengoklah gambar tempatnya.

Nak cerita lebih-lebih rancangan yang Adik shooting tu tak boleh sebab parents kena sign form embargo. Maknanya tak boleh nak ceritalah pasal rancangan ni sampailah disiarkan nanti....dengarnya dalam bulan September.

Ingat tak hari tu Adik pergi audition untuk Astro TV1Q. Rupanya Adik and her group dipilih as one of the group yang dapat masuk. Detailnya tak boleh cerita lagi.

Tapi nak cerita seksanya nak sampai ke studio Astro kat Bukit Rimau ni. Sarat barat kami hari Sabtu tu. Kami ni based on instruction yang orang bagi thru whatsapps group jer. Sepatutnya kena sampai studio pukul 9 pagi. Nasib baiklah jugak kami keluar pukul 8 pagi terus pergi. Kalau dibuatnya pergi breakfast dulu, mau lambat budak tu sebab susah nak mencari tempatnya bagi orang yang tak familiar dengan area tu. Lepas google alamat studio Astro tu barulah jumpa.

Studio yang Adik shooting ni sebenarnya sama studio dengan studio Celebrity Masterchef Season 2.



studio derang sebenarnya gudang jer u'olls.....taklah nak imaginasi studio lawa-lawa


semua prop untuk Masterchef ada lagi dalam studio tu....eksaited I


ni background logo Masterchef. 
Hi Chef Jo...Chef Adu...apa ke nama sorang lagi Chef tu....*lambai-lambai*



kat atas tu lah peserta-peserta yang tak payah masuk elimination round tengok kawan-kawan derang masak. Dapur-dapur peserta Masterchef guna pun ada lagi kat tepi tu.


ni I duduk kat waiting/eating area untuk peserta dan parents.
Terus feeling macam Rozita Che Wan .....bulu mata pelesu jer lupa pakai



time ni tgh break shooting. Letih siot tunggu derang ni shooting dari pukul 9 pagi sampai 6/7 petang Sabtu dan Ahad tu. Ni pun tak habis lagi shotting, lepas raya nanti sambung lagi.

Cuba korang teka sapa artis yang dibulatkan (more like square) kat belakang tu?

Tak boleh nak cerita lebih-lebih nanti bila rancangan dah nak keluar nanti boleh cerita more detail. Satu jer Akak nak cakap ni.....rupanya nak jadi peserta rancangan realiti ni memang memenatkan......termasuklah mak-mak bapak-bapak yang tunggu ni pun penat.



Friday, August 3, 2012

Ramadhan 2012 - Day 13 - Dejavu Ayam panggang


Bulan puasa ni nafsu makan tu membuak-buak. Apa nampak, semua nak beli kat Pasar Ramadhan tu. Kata setan dah kena ikat, sebenarnya diri sendiri yang setan.
Nasib baiklah ada pokcik tukang lecture sebab selalu sangat beli makanan pastu tak habis. Membazir...isyk...apalah nak jadi.



tapi ayam panggang di Pasar Ramadhan Kota Damansara ni memang enak. Sekor RM16.
Dia siap bagi air asam untuk cecah dengan ayam tu. First timelah makan ayam cicah air asam. Tapi percayalahhhh...memang sedap. Kalau nak cari ni Pasar Ramadhan yang dekat dengan McD Kota Damansara. Gerai dia menghala ke kedai barang elektrik corner tu.

Tengok tak semalam ending cerita Dejavu di Kinabalu. Isykk...tak puas hati sungguhlah ending si Nadira kawin dengan Bazli. Tak feeling langsung. Ingatkan masa Bazli kejar Ammar tu dia nak suruh Ammar kawin dengan Nadira. Rupanya......nak suruh jadi saksi jer ke?. Cisss kurang asam sungguh. Ending tak best....ni koranglah ni yang vote nak Nadira kawin dengan Ammar =P

Tapi tak apa, katanya ada ending version kedua kat www.tonton.com.my.
Lebih tangkap leleh dengarnya. Ni yang tak sabar nak balik, nak tengok versi kedua.

Selamat berhujung minggu. Orang Selangor bestlah ya cuti straight sampai Isnin.


P/S: Peminta sedekah yang bawak baby dah tak ada kat Pasar Ramadhan Kota Dsara, sekarang ni keluar pulak perempuan peminta sedekah yang berkaki kudung. Nampak macam sindiketlah pulak sebab dia pandai keluarkan macam2 versi peminta sedekah.

Wednesday, May 16, 2012

Betul kata-kata orang tua

Tak tahulah orang tua mana
tapi memang betullah kata-katanya kalau terlampau gembira, nanti ada yang menangis.

Awal pagi-pagi tadi gelak melampau sampai keluar air mata sebab tengok Macam-macam Aznil.

Pak Nil ada soal 3 budak tecik pasal binatang. So one of the question was macamana ibu kucing bagi susu kat anak dia. 

The sweet innocent boy answer buat I keluar airmata gelak.

Dengan selambanya dia menjawap, "Dalam piring"

:"D (itu emoticon gelak sampai keluar air mata)


dah terdetik dalam hati pagi tadi....amboii sukanya aku silap-silap ni kang ada yang menangis.

Memang betul pun! :'(

Nangis non-stop ok.




semua pasal cerita Seindah Sakura ni. Psiko apa cikgu ni asyik nak cari salah budak. Dah sah-sah kau mengajar kat kawasan kampung. Kau ingat semua budak senang lenang macam kau ke?. Cubalah selidik masalah budak sikit....ni tau nak hentam jer. Buruk image cikgu sekolah akibat cerita ni. Wahh...tiba-tiba emo.

Pesanan.....kalau rasa tak boleh mengajar jangan jadi pendidik macam saya. I dapat tawaran masuk Maktab tapi I tak dapatlah nak meneruskan cita-cita my parents sebab I tak rasa I akan jadi seorang pendidik yang baik yang penuh kesabaran. Kita kena berpijak pada realiti dan kemampuan diri sendiri. Lagipun kerja kenalah ikhlas baru berkat. 

Pagi tadi hubby cerita masa dia buat advance kat ITM ada satu lecturer ni garang sangat. Tiap-tiap kali masuk kelas mesti nak maki orang walaupun students tak buat salah. Satu hari tu satu kelas boikot tak datang kelas. Terus kena tunjuk sebab lecturer tu....last-last dia berhenti jadi lecturer. Kalau tak suka mengajar baik jangan jadi cikgu sebab selain menyestresskan murid, kau pun stress samakan.


Wahhhh panjang membebel pulak. 

Anyway, Selamat Hari Guru. May Allah bless you always.

Peace!


P/S: omaigad....benci rasanya kat autocorrect kat Macbook ni. Rasa hari tu dah turn off tapi pepandai jer menukar perkataan kita.

Wednesday, July 7, 2010

Kita suh download untuk kita, last-last...



















so last weekend I ask my hubby to download for me The Vampire Diaries

Last-last dia yang terhook on the series. Lawan tokey sungguh.
Kita suh dia download sebab kita yang nak tengok. Tengok-tengok dia pulak yang kusyuk layan cerita ni. I jugak yang tak dapat tengok lagi.

Syok sebab vampire hensem2 dan lawa2. Lagi lawa dari si Bella tu.

Will be watching Eclipse soon, dah dapat green light dari boss rumah ini. Yippee!!

Friday, November 20, 2009

Benci tau...

Selalu macam ni kalau tengok Nur Kasih

mesti ala-ala keluar air mata tau

tetiba pulak tercari-cari lakiku.......feeling ler tu =P

Monday, November 9, 2009

Jomlah tengok Papadom

Orang lain agaknya dah lama dah tengok cerita Papadom ni
tapi kami baru pergi tengok semalam.
Bestlah cerita, tak rugi beli tiket sampai 5 seat dan tiga set popcorn caramel.
For me this is the best movie yang Aflin pernah buat.
Sedih, gembira, terharu, kelakar, buat air mata nak meleleh tapi kena cover sebab malu dengan orang sebelah pun ada.
Tapi kalau dapat Papa macam ni......I pun lari.
Alangkan kena control sikit-sikit pun dah lari belajar kat Amerika nun...sampai sana baru rindu sakan dengan Mama dengan Papa. Oppsss....sorry tak ada kena mengena langsung.

Tapi I rasa memang serasi sangatlah Liyana Jasmay dengan Aflin tu. Scha tu pun comel as perempuan gedik.
Tapi yang paling I suka dalam cerita ni, lakonan Nur Khairiah as Aflin punya wife dan Liyana's mom. Selamba badak jer..kelakar sangat. Tukar-tukar baju ikut situation, comel sangat. Lawalah pulak T-Shirt Canterbury tu, tetiba rasa nak beli pulak walaupun tak minat rugby.


Kesimpulannya anak-anak sekian, pergilah tengok sebab cerita ni best sangat. Rugi kalau tak tengok cerita melayu yang bagus macam ni. Janganlah nak tunggu keluar kat TV baru nak tengok. Kalau cerita omputih tu sanggup pulak keluar duitkan. Support filem Malaysia ok. Tetiba pulak termenceceh lebih sikit....sorry =)

Friday, November 6, 2009

Susah sangat ker?

Kenapalah susah sangat nak bahagia....

isykk...isykk.....emo.....

ni lah akibat menonton Nur Kasih

Friday, July 10, 2009

Nur Kasih

selalu terlupa ada cerita ni. Dah a few weeks dah dekat nak hujung-hujung baru dapat tengok cerita ni sebab baru teringat.
So sekarang I tengah tengok cerita Nur Kasih ni.
sedih menyayat hati...meh ler kita tengok sama-sama.

Tuesday, April 21, 2009

They laugh I laugh, they cry I cry


I cried too when Nico had to give up Baby Charlie

Ohh...I'm a Lipstick Jungle fanatic

the rest of my family is out for dinner

and I sanggup duduk sorang-sorang kat rumah sebab nak tengok these three lovely ladies

Friday, April 17, 2009

Don't jugde the book by it's cover

I just watched Britain Got Talent 2009 on youtube.
Oh my, the phrase
"Don't judge a book by it's cover"
really does apply here
One look at her you couldn't guess that she sings brilliantly & beautifully



yup that's her...see I told ya
but please dont judge until you hear she sings
I tak boleh nak paste the youtube here because the embedded is disabled

Sunday, April 12, 2009

VS


gambar ini dipinjam dari blogger femes




Anak-anak Tarudin vs anak-anak Che Wan


Sudah semesyinya menang anak-anak Che Wan


Lawanyalah dua beradik tu atas pentas menyampaikan award kat ABPH 2008


Tenggelam adik beradik Siti



P/s: .u can view the pics sekitar malam anugerah tu at this celebrity blogger blog :)


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin