Showing posts with label Shoes. Show all posts
Showing posts with label Shoes. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Adik ke Animax Carnival

Awal-awal Akak nak buh warning jangan pulak korang terkejut tengok gambar budak ni kang.

Ahad lepas kami kena hantar budak tu ke Sunway Pyramid. Dia dengan kawan-kawan dia nak masuk Animax Carnival. Kalau dah namanya pun Animax Carnival expectlah budak-budak ni semua akan pakai costume. 


Jangan tanya Akak dia dress as character apa sebab yang selalu layan tengok kartun-kartun Animax ni semua ayah derang. Kalau ikut Akak....tak yah merapu duk tengok kartun-kartun tu semua.


since dia nak pergi sangat....kita kenalah ikut make sure sapa kawan-kawan dia. 
Pastu nasihat berbakul-bakul.....don't follow strangers.....don't take drinks from anyone...
anything you call me or Ayah. Yang comel sebelah dia tu kawan kelas Adik...comel jer budak tu. Kawan Adik tu pun kami pick her up from her home. Pergi sama-sama...balik pun sama-sama. I told them that they must stick like a glue. Kalau hilang each other dalam tu mesti ada point jumpa balik.


costume semua dia gigih buat sendiri.
Contact lense kaler pink tu pun dia beli dengan duit dia sendiri. 
Focus point ada jual macam-macam kaler.....tapi certain colors kena pre-order dulu.



wig tu pun beli dengan duit dia sendiri. Wig beli online from Lazada.
Hari-hari Akak kena pester untuk placekan order online untuk dia.
Pastu selagi barang tak sampai dia pester Akak...haihhh ingat Mama kerja courier company ke? Wig tu jauh mari....China sana.


haih pelik2 character Anime dia orang ni


Ramai lagi actually budak-budak bercostume dalam McDonald's tu tapi Akak malas nak ambik gambar. 



Alang-alang dah sampai Sunway Pyramid kami bertiga - Akak, Ayah dan Kakak pergi jalan-jalan cuci matalah. Kebetulan Converse ada sale, Akak terus belikan Kakak hadiah birthday dia. Birthday Kakak Sabtu ni. According to budak SA Converse tu, Converse hanya sale sekali jer setahun iaitu every March. So disebabkan kami masuk dah nak hujung-hujung sale, banyak kasut yang design best-best dah habis stock.




Terus pakai tak payah nak tunggu birthday =P


Tuesday, June 10, 2014

Kasut bola Uptown udah


Anak lelaki kesayangan (ni kalau Adik baca mesti dia berbulu jer)  tu ada mintak kasut futsal baru sebelum balik hostel. Kasut futsal Nike (nak sebut gak tu Nike...tapi Nike beli time jualan gudang jerlah hehehe) lama koyak teruk. Dah tampal dah sebelum ni tapak yang koyak tapi koyak balik.

 Ayah dia kata belikanlah kasut baru. Nak beli kasut baru boleh tapi kasut kat Uptown udah tak payah beli mahal-mahal sebab dia lenjan main hari-hari futsal kat hostel. 

Malam Jumaat lepas moh ler kita pergi Uptown Kota Damansara cari kasut futsal.



ronda-ronda cari kasut. Kedai kasut yang pertama kami pergi tu nak RM75 untuk kasut.
Sorry not within my budget. My budget RM50 untuk kasut kat Uptown. Kita lupakan kedai yang pertama tu. Jalan depan sikit ada lagi kedai kasut tapi dia nak RM70 untuk sepasang. 

Tak per Bang, banyak lagi kedai kasut kat Uptown ni. Kita jalan lagi cari kedai kasut lain.



macam-macam pilihan kasut....pilih jer. 



pening nak pilih kasut ke Bang?

Kedai kasut yang ketiga ada yang dia berkenan. Tanya budak jaga kedai tu dia kata RM65.
Bargain dapatlah kurang RM5. Ambik jerlah, malas nak pusing lagi kat Uptown tu. Nasib baik jugaklah ada size kalau tak haru nak mencari lagi.



inilah kasut futsal pilihan hati. 
Biru favorite kaler agaknya sebab semua kasut sukan dia kaler biru.

Gambar-gambar kat bawah ni semua I cilok dari instagram pengetua Akademi.
Semua gambar Abang tengah beraksi dalam perlawanan bola inter rumah kat Akademi.
Gol keeper group Cicak Man. Nama rumah sukan kat Akademi semua ikut nama filem-filem KRU =D




Amacam ....hebat tak?



Tuesday, June 3, 2014

Kasut kilat-kilat


Lawa tak kasut Akak kilat-kilat ....hahahaha.
Kasut ni kisahnya masa pergi Giant nak bayar bill Maxis boleh ternampak pulak kat kedai Bata tu. Alah kasut murah jer dalam RM50. Bestnya kasut ni sebab kasut jelly. Sedap jer pakai buat basahan pergi kerja. Dah tua-tua ni tak boleh dah pakai kasut bertumit tinggi....lenguh kaki. 


Ada kawan tegur tanya kenapa pakai stokin. Kaki kan aurat so pakailah stokin. Lagi satu pakai stokin tak adalah sejuk kaki =)



ni dinner malam tadi. Ntah apahal semalam rasa penat sangat nak masak. So kita makan kat kedai sudah. Sedap sungguhlah nasi goreng ikan masin ni tapi portion dia punyalah banyak sampai boleh makan dua orang.

Hari ni anak tanya, "Mama masak apa?". Hari ni Mama masak sambal sardin, ikan masin goreng dengan telur dadar. Itu jer yang larat hari ni.


Tuesday, January 29, 2013

Jelly Bunny Shoe Store

Asalnya makcik ni yang post kat Instagram gambar kasut dia. Comel-comel kasutnya. 
Pastu my office collegue ada bagitau yang ada kedai kasut baru bukak depan McDonald's One Utama.

So Sunday lepas, kebetulan ayah budak-budak ni nak hantar laptop dia untuk repair kat Pineapple One Utama.....kita ambiklah kesempatan singgah sekali. Pantangkan dengar kedai baru bukak, mesti nak check it out.

Nama kedainya Kedai Kasut....acah jer...
nama kedainya "Jelly Bunny"

Nak masuk kedai macam oiiii ramainya manusia. Betul punya sambutan hangat kedai ni.
Nampak tak signboard tu, "from RM29 to RM59". Idaklah mahal sangat kasut kat kedai ni.
One thing kedai ni bau wangi sangat....bau macam chewing gum.  Rasa macam nak makan-makan kasut.

Kasut dalam kedai ni semua jelly shoes. Color dia semua vibrant-vibrant color and so cute.
Lupa pulak nak snap gambar dalam kedai sebab sibuk memilih kasut sendiri and the girls.

hiasan dalam kedai


our jelly shoes
beli second pair dapat diskaun. 
Comel kan....



boleh pulak terjumpa makcik ni kat kedai Jelly Bunny dengan anak-anak dia.
Paling kelakar boleh pulak pakai handbag yang sama pattern. Sehati sejiwa sungguhlah.
Great minds think alike....hahahaha. 



wearing my Jelly Bunny today. Tak peduliklah kalau takformal and too casual.
Rasa berangin jer kaki hari ni sebab kasut ni banyak lubang.

Minggu ni 3 hari kerja. Ya Allah kau bagilah aku kekuatan.
Bila dah cuti panjang mulalah liat nak kerja.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday tak menjadi




Tak menjadi sebab ada jugak nak story regarding the shoes picture above.

Hari tu kan masa kami bergasak-gasak beli kasut sorang sepasang kat Sketchers Warehouse sale, Abang tak jumpa kasut yang dia berkenan. So tak fairlahkan kalau semua orang dapat kasut tapi dia tak dapat. 

Since kedai kasut Al-Ehsan pun ada Year End Clearance sale so kita pun bagi chance ler dia pergi cari kasut yang dia berkenan. Masalahnya dengan budak lelaki ni, dia sama species macam ayah dia. Payahnyaaaaaaaaaaaaaalah hai nak pilih kasut. Kalau ada yang berkenan tak ada saiz pulak. Dua store Al-Ikhsan kita orang pergi. Yang kat Kota Damansara tu banyak kasut yang dia kenan and within my budget tak ada saiz. 

End up we went to to Al-Ikhsan Sungai Buloh. Nasib baik ada yang dia berkenan and ada saiz. Kalau tak mama dia tukar jadi Incredible Hulk. Cer tengok Mama dan adik-adik....senang jer nak pilih kasut. Kenan ambik. Ni pilih kasut macam nak pilih bini....ayooo...bikin stress guwe.

Tu jerlah ceritanya. Dah pergi buat kerja balik. =P

Monday, December 17, 2012

Sketchers warehouse sale




Ni namanya muka "No Picture Please!" 
Tapi ada mak kisah! muahahahahaha.
Hari tu beli Subway guna kupon, beli satu dapat satu free. Free dah dua subway Sunwich sebab guna kupon. Tu pun nasib baik my friend cakap kat suratkabar The Sun last Friday ada kupon Subway. Valid smpai 27hb u'olls.

Sebelum nak cerita pasal Sketchers warehouse sale yang kami pergi borong, nak kena cerita pasal Abang dulu. Malam sebelum tu bergegas gaklah kami ke hospital sebab budak lelaki tu kena very bad food poisoning, diarrhea and dehydration. Terbongkok-bongkoklah jalan pergi klinik. Doktor pun dah cuak terus suruh pergi hospital. Merasa gaklah kami anak beranak duduk kat emergency ward. Doktor kasi painkillers and ubat-ubat lain, Alhamdulillah tak payah tidur hospital. Kalau tak naya.....sapa nak kena jaga budak tu. Makkkkk jugakkan.

Back to the Sketchers warehousale. My sister yang cakap ada warehousesale kat Taman Shamelin. Berpusing jugak weh mencari tempat ni sampai kena bukak google map segalalah. Mau dekat 3/4 kali tawaf tak jumpa jugak. Kickers warehousesale gak yang senang cari sebab tepi jalan. Nekad dah kalau tak jumpa Sketchers warehousale kita pergi jer sale Kickers tu. Rupanya my mother and sisters pun memborong gak kat sini. My mother sampai dua pasang kasut....hehamboiii over.


cheap right??


Borong uncle.....borong



peacelah sebab dapat kasut sepasang


pilih-pilih jangan tak pilih


banyaknya kasut. Bapaknya yang over sampai nak dua pasang kasut. But really the shoes are cheap for Sketchers shoes. Cuba tengok kat stores dia...mau RM200 -300 sepasang,



my Sketchers shoe. Selesa sungguh. Berbaloi beli RM69 jer.

Lepas pergi tu sempat lagi pergi Low Yat pulak.



penat gaklah merayap Sabtu lepas sebab pagi-pagi tu sebelum pergi warehouse sale dah pergi tukar tayar kereta empat-empat biji. Kopak makcik wehhhhhh....kopak. 


sebelum tu....nak eksyen sikit. Tunjuk kasut baru kami....ehehe



Monday, August 13, 2012

Ramadhan 2012 - Day 22 - Shoe shopping


I lost track dah berapa hari puasa. Wah hari ni dah puasa ke 24, rasa macam cepatnya Ramadhan tahun ni. Duit raya pun I tak tukar lagi ni. Baju raya budak-budak baru basuh semalam. Langsir pun tak tukar lagi ni. Nasib baik dah suruh Kakak dengan Abang bersihkan sawang, mop lantai semua. Baru ingat balang kuih raya pun tak keluarkan lagi ni. Akak stress.

Dahlah hari Sabtu lepas kena pergi kerja. Stress ok kena kerja hari Sabtu. Lagi seminggu nak raya baynyak benda nak kena buat pastu nak kena pergi kerja. Menyampah betul. Jangan merungut.....orang lain ramai lagi yang tak ada kerja. Pagi tadi dengar radio ERA ada caller yang menangis-nangis sebab tak mampu nak beli baju raya untuk anak. Sedih mendengar rintihan hati orang. Makanya insaflah.

muka muncung kena pergi kerja.
My eyebag bulan puasa ni makin menjadi-jadi. Bubuhlah concealor banyak-banyak pun still tak boleh cover tahap kebengkakan.
 
Nasib baiklah kena kerja half day, dahlah boleh claim mileage jer. Tak berbaloi sebab my house is near to the office.
 
Lepas kerja, kita pergi shoe hunting untuk budak perempuan dua beradik ni pulak. Payah jugak nak membeli kasut raya budak dua orang ni sebab banyaklah kerenah, itu tak nak ini tak nak. tengok anak orang lain, mak bapak nak beli kasut pun tak mampu.







Deco raya One Utama old wing

Ada orang main angklung lagu "Kuch Kuch Hota Hei"

Vincci on sale.

Mak cheapskate ni actually nak suruh anak pilih kasut yang on 50% sale tapi anak tak berkenan =P
Nasib baiklah ada kasut yang Kakak berkenan. Pastu ada 20% diskaun lagi.
Anak dara saya dah beli kasut kat Vincci, dah tak muat dah kasut kat kids department.


Isetan

si adik pulak dapatlah kasut yang dia berkenan kat Isetan. Itu pun satu lagi, kasut yang dia berkenan sure tak ada saiz. Last-last kasut display pun jadi ambik. Malas dah mak nak fikir.

sale sana sini One Utama. Antara rajin nak jalan atau tidak saja

mak aihh selekehnya I. Ni semua mood malas nak pergi kerja hari Sabtulah ni.
Ayah budak-budak ni pulak tak habis-habislah dengan Timberland  nya. Dah ...nak beli Timberland nanti kitra pergi JPO. Sana murah sikit kasut Timberland.
try kasut color nude ni kat Parkson. Cantikkk....tapi tak beli. Bila dah balik teringat-ingat apasallah tak beli tadi. Tapi tinggi sangat kot, ada dekat 3-4 inci. Sekarang ni bukan boleh pakai kasut tinggi lama-lama...sakit pinggang. Nampak sangat dah veteren >.<

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, July 18, 2011

Converse and Harry Porter


Kasut raya? ehh taklah. Over nak pakai kasut ni raya...lainlah kalau umur belas-belas tahun.

Jenuh jugaklah cari kasut ni. Converse kat One Utama tak ada size 5.

End up sampai ke Sunway Pyramid nak beli kasut sepasang.

Dapat kasut terus balik tak ada dah menyinggah tempat lain.

Anak bungsu nampak mak dia beli kasut, dia pun nak jugak. Anak tunggu Ayah belikan nanti for raya. Mama beli pun ada sebab kalau tak tak adanya nak beli.

Tetiba feeling remaja =)

Semalam kami pergi tengok Harry Porter and the Deathly Hallows Part 2


Ada orang yang kata dia menangis tengok HP kali. I didn't cry, I was more kagum with the movie. I must say that this is the best HP sequel yang pernah diterbitkan. Special effect filem HP kali ni memang amazing and convincinglah. Rasa macam I ada sekali dalam filem tu. Imagine kalau tengok 3D mesti lagi best.

Not gonna do any review on the film cause tak nak bagi spoiler kepada sesiapa yang tak tengok lagi tu. I recommend all the Harry Porter fans pergilah tengok.

Wednesday, January 26, 2011

Wordless Wednesday V2


cute things come in pink =P

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, December 30, 2010

Musim poket parents bocor

Sebenarnya Akak korang ni…..(ehh tetiba Akak ya. Ialah Akak ler…anak bongsu pun dah lapan tahun semalam sobs…..) kena pergi kerja besok tapi sebab team Harimau Malaya cemerlang semalam (bagi chance ler cemerlang walaupun korang bagi 2 bijik bola kat Indon tu) PM bagi cuti on 31st December. Wah panjang cuti Akak tahun ni dari Rabu minggu lepas sampai Isnin depan. Kira cepat berapa hari….13 hari tu campur Sabtu Ahad. Tengoklah nanti mesti liat nak kerja balik.

Terima kasih PM….terima kasih Harimau Malaya…. (PM kena dahulukan sebab kalau menang pun tapi PM tak bagi cuti tak leh jugakkan). PM, kalau Datuk Nicole menang lagi boleh tak umumkan cuti jugak sebab Datuk Nicole lagi menang tahap dunia tu…best in the world. Mesti Datuk Nicole David cakap, aku menang korang tak nak pulak bagi public holiday.
Dah merepek dah pasal cuti pulak, sebenarnya nak cerita pasal kalau bulan Disember jer siaplah poket mak bapak kena seluk korek dalam-dalam sebab belanja nak bukak sekolah kena spend banyak.

Buku sekolah si kenit sorang tu jer yang nak masuk darjah tiga dum dam…dum…dam….buku latihan …buku tulis…..RM99.40. Apasal tak cukupkan jer RM100 tak payah pulang balance duit. Bayangkan tu tak payah beli buku teks, dulu kalau kena beli buku teks sah-sah ler RM200++. Tu sorang, ni ada 3 orang yang sekolah. Kalau mak bapak berkemampuan ok lagi, kalau yang gaji kecik tu, ntahlah.

Beli kasut budak bertiga tu dua pasang sorang + stokin habis RM180. See kasut jer tu…….tu belum baju sekolah lagi. Oleh itu ibu bapa sekelian, bajetlah sebijak-bijaknya.


IMG_3476[1]

Korang okay lagilah agaknya, Akak ko ni bulan Disember ada 2 birthday penting yang selang sehari jer pulak tu……..lagi bertambah kopak *sobs*.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin