Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Wednesday, December 28, 2016

Oh kolesterol ku

I am currently trying to lower my cholesterol level with 



beli dekat farmasi near my house. 
Harga asal RM49.80 but I got a 20% discount 💋




also I consume a tea spoon of VCO tiap-tiap pagi
ni beli kat satu kedai organik di pasar besar TTDI
RM20 plus ringgit....tak ingatlah pulak exact price

also 



I try to exercise at least 10 minutes every day.
Boleh tahan pancit dan berpeluh jugaklah walaupun 10 minit jer.

Let's hope that my cholesterol level goes down before my appoinment with the specialist again in April 😓

Friday, September 26, 2014

Sesal kemudian tak berguna


I rasa I dah buat keputusan yang silap but there is no turning back.

Sob......sob......

Menyesalnyalah hai. Lain kali kena buat solat istiharah dulu hahaha....

Don't worry nothing serious accept I pi cabut my gigi graham yang next to graham bungsu tu. Now after day cabut gigi tu baru menyesal sebab kurang sati gigi nam chew makanan.

Malam tadi satu malam tak boleh tido sebab sakit berdenyut-denyut the whole night. Gigi geraham tu dah tampal sebab berlubang besar dan dalam hari tu. So doktor kata kalau sakit lagi samada kena cabut atau buat root cannal. 

Pagi tadi I siap telan panadol 2 biji dan letak minyak cap kapak kat gigi tu sebab sakit sangat. Dahlah pagi tadi punyalah ramai orang call dan inquire macam-macam. Rasa macam nak bagi pelempang jer. Dahlah gigi sakit lepas tu dipaksa bercakap banyak. Terpaksa ambik half day sebab tak tahan sangat sakit.

So petang ni bila jumpa doktor memang terus ambik keputusan cabut jer gigi tu. Bila doktor kata kalau nak buat root cannal kena datang a few time and each session about one hour. Tak sanggup Akak........dalam kepala otak duk fikir let's do it this one time only. Sekarang menyesal bila rasa rongak semacam jer ='(
Dahlah ayah budak-budak ni menyakat kata 'Mama tak lama lagi nak jadi macam Atuk'. Nak kata tak lama lagi I pakai gigi palsulah tu =P

Nak cabut gigi geraham ni tadi pun tadi sempat mini dramalah dalam klinik gigi tu. Sakit dan takut wehh nak cabut gigi geraham punya besar ni. Dahlah doktor bius sampai 2 kali pastu dia goyang-goyang gigi tu nak bagi senang cabut.......scary wehhh.

Tadi buat sekali cleaning sebab dah alang-alang duduk atas kerusi dentist tu biar sekali harung. Lepas ni harap semua gigi oklah.....tak maulah rongak. Lepas ni nampaknya kena makan sebelah jerlah =(



Monday, February 10, 2014

Saturday at Digital mall and wickedwardrobe


Let me just say that it was a tiring Saturday for me. Awal pagi dah keluar ke Digital mall survey laptop untuk Abang. His current laptop dah kaput so he will be needing a new laptop for his college assignment. Sebelum tu kami sempat lunch at Pizza Hut area Digital mall. I must say that their service was quite excellent. Cepatlah dapat order unlike the one in Kota Damansara and TTDI……boleh tahanlah lombabnya. 

Ronda-ronda dalam Digital Mall tu adalah laptop yang kami berkenan either Acer atau Lenovo. Nampaknya lebih ke arah Lenovo sebab terpikat dengan features and spec Lenovo. Lagipun Abang kata ramai kawan dia guna Lenovo. Tapi kena tunggu sikitlah sebab mooooney don't pluck from the tree. Insyaallah next month baru dapat belikan untuk dia.

Ingatkan dah letih ronda Digital Mall nak balik rumah terus tapi Adik nak pergi ada this one butik pulak kat Empire Mall. Nasib baiklah Adik dapat mak bapak yang melayan kerenah anak-anak, walaupun letih dan malas. Nanti Mama dgn Ayah dah tua korang tak layan kerenah kami....siap! Bila ada anak-anak teenagers or pre-teen macam ni lah. Wherever they want to go we will try to accommodate asalkan tak ke tempat yang tak senonohlah.

Butik located at Empire SOHO. So kena register dulu kat UG then only boleh naik ke tingkat 7.
Actually, I pun tergedik-gedik nak pergi sebab I nak beli monopod. Monopod tu besi yang boleh diattachkan ke handphone kita, so senang nak berselfie....hahahaha....sabo jerlahkan. Tapi habis pulak stok. Next stok will come in next month only.

Basically, butik ni sesuai untuk youngsters sebab banyak design-design ala-ala galaxy and tribal. It's a cute boutique tapi I seganlah pulak nak mengambik gambar. You can actually follow their instagram to buy their items online.




nampak tak Adik dalam their IG. Actually gambar I, Ayah and Kakak pun ada dalam gambar tu 



Empire Mall ada lion dance hari tu tapi kitaorang tak dapat limau pun. Adik kata lion tu baling limau arah dia tapi, mat salleh belakang dia dah memanjangkan tangan tangkap limau tu


Please go far ...far away from me. I actually went to an ENT specialist that Saturday as well sebab ada masalah sikit dengan telinga. Alhamdulillah my hearing is all fine cuma doktor kata my imbalance problem ( I selalu rasa macam nak tumbang) I might have to do a brain MRI. This I will discuss with my neuro specialist end of this week, Insyaallah.

Thursday, January 9, 2014

Al kisah buku animation

Al kisahnya Jumaat lepas kitaorang subuh-subuh sapi lagi dah masuk kereta sebab nak menghantar budak-budak pergi sekolah. 

Elok semua duduk dalam kereta...krekk...krek....tau tak bunyi apa? Bunyi engine kereta tak boleh start. Alternator kereta buat hal pulak so tak boleh nak start engine kereta. Masuk rumah baliklah kami semua. Nasib baik jugaklah sebab I memang kebetulan cuti hari tu. Tarik selimut baliklah jawapnya sebab mana ada bengkel kereta yang buka lagi. Dekat pukul 10-11 pagi baru mechanic datang betulkan kereta.

Cadangnya hari tu lepas hantar budak berdua tu pergi sekolah, kami nak pergi BB Plaza sebab nak cari buku Abang yang kena beli. Kedai kat BB Plaza tu jer yang ada jual buku tu. 

Lamanya tak masuk Jalan Bukit Bintang tu. Aduh sepanjang jalan korek sana sini untuk construction buat MRT. Pening kepala guwe masuk KL ni, boleh jadi stress jadinya.



terrer gaklah ayah budak-budak ni cari parking sebab turun escalator jer terus nampak kedai buku tu. Malapnyalah BB Plaza macam tak bermaya jer, harap kat Metrojaya jerlah kot. Itu pun tak ada orang kat Metrojaya. 


budak kecik ni sukalah kedai buku ni sebab segala macam buku animation ada dalam kedai ni


Nama kedai ni Basheer Graphic Books. Location kat tingkat 3 dekat dengan orang jual buah-buah dan minuman.



Inilah buku yang dicari-cari, Animator's Survival Kit. Siap cari kat MPH dan Popular pun tak ada. Dah nak hujung nak masuk sekolah balik, baru dia teringat yang kedai buku ni pernah datang kolej dia promote buku. Aduhlah hai anak.

Sempat jugaklah kami singgah makan tengahari kat Tugu Negara lepas Ayah dan Abang selesai solat Jumaat. Lupa nak tangkap gambar tempat makan tu. It's a nice place kat Tugu Negara tu where you can find kari kepala ikan yang sedap. Masa kami sampai pukul 2 lebih tu banyak lauk dah licin =(

Tapak kaki I ni dah lama sakit sebab ada serpihan tiles termasuk. Tried pulling it out myself guna tweezer dan pencungkil jerawat yang tajam tu but still tak boleh jugak nak korek. So sekarang ni kalau pijak lantai mesti sakit. Lepas balik dr makan tu singgah sekejap klinik sebab Abang komplen dia sakit perut so I teruslah suruh doktor tengokkan sekali kaki I. Doktor belek-belek dia suruh pergi hospital pulak sebab kena x ray.

Pung pang pung pang (malas nak story dah ni) kat Tropicana Medical Centre, there is a splinter dalam tapak kaki tu. 





Nampak tak yang kat penanda ada benda kecik warna putih. Itulah dia serpihan tiles pecah tu.

Specialist kata biarkan dulu dalam tu, tengok dia keluar sendiri ke tak sebab dia kata kalau dia buat nanti kena korek daging keluar and it will be more painful >.<
I have to come and see him again in 3 weeks time. Sekarang ni kalau pakai kasut tak sakit tapi kalau kat rumah pijak lantai memang sakit. 

Gitulah kisahnya.

Monday, November 18, 2013

Hospitalize again!

Tahun ni rasanya memang trying year for me. Tahap kesihatan memang tak bagus sungguh tahun ni. Baru bulan lepas I buat surgery untuk neck slip disc, bulan ni dah masuk balik untuk operation buang appendiks pulak. Dua bulan berturut-turut duduk hospital sampaikan nurse kat ward tu pun ingat lagi.

Alkisahnya sebelum I admit on Wednesday 6 November, the day before tu kan cuti Awal Muharram. So cuti tu I bawak my mother untuk check BP dia sebab bulan lepas BP dia timggi so doktor bagi ubat untuk makan tapi ubat dah lama habis. Rewind sehari sebelum bawak my mom pergi klinik tu, bibik my sister yang duduk rumah my mom tu kena admitted ke Hospital Sungai Buloh sebab BP dia naik sampai 205 readingnya. Nasib baiklah BP dia turun hari yang sama so doktor lepaskan dia balik.

Back to my mother's story. So bila bawak pergi klinik untuk check BP dia, rupanya BP dia naik sampai 200. Doktor tu dah bising-bising siap soung I lagi kata, "This is your faults because you did not bring her for check up!". Wah sentap gaklah Akak kat situ sebabnya puas kitaorang ajak dia pergi hospital PPUM untuk check up tapi my mom tak nak. Last-last hari tu jugak doktor refer terus pergi hospital. Haaaa tu lah degil sangatkan. Itu pun dia ada hati nak tangguh pergi besok. Kalau pergi besok alamatnya dia tak nak pergilah. Memang tahap paksalah dia hari tu. Terus suara tegas garang semua keluar.

Balik rumah pick up my dad teruslah kami ke PPUM. Periksa BP dah naik sampai 230. Tu mesti dia stress sebab kena pergi hospital hahaha. Teruslah kena tahan kad observation ward sampai malam. Merasalah kitaorang menunggu daripada tengahari sampai ke malam sebab BP tak turun-turun. Dah tengah malam baru doktor releasekan bila BP turun ke around 170.

Masa tunggu my mom kat PPUM tu, my pinggang and perut dah rasa lain macam sakit. Berdiri lama sikit jer mulalah sakit. Tak leh jadi ni, terus cakap kat hubby yang besok kena jumpa jugak Dr. Tong Specialist kat DSH sebab sakit kat belah kanan tak hilang-hilang. Dr. Tong dah tanya dah bila nak buat surgery untuk buang my appendicitis tapi I duk tangguhkan sebab memikirkan hari tu dah MC lama lepas buat neck surgery tu. Takkan nak MC lagi.....marah pulak orang kat kita kang. Lagi satu....adoi tak sanggup rasanya nak masuk operating theater tu lagi sekali sebab seriau.

Pagi Rabu tu dah jumpa Dr. Tong. Dia tanya bila nak buat surgery tu. I kata kat dia anytimelah up to him. Besok pun boleh kalau dia free. Sekali mana tau petang tu jugak kena pergi hospital buat Laparoscopic surgery. Lepas ambik budak-budak sekolah terus pergi hospital. 

Masa prep untuk surgery tu Anesthesiologist tu ada baca my chart sebab I'll be under GA for the whole surgery. Kira pengsan teruslah.....kalau dia tak bagi pengan pun I pengsan dulu kot tengok equipment kat dalam surgery room tu. Sekali Anesthesiologist tu cakap kat nurses yang I ni difficult patient sebab the last time I did my neck surgery they had difficult time inserting the tube into my lungs sebab they did not expect my voice box (kotak suara) to be very high sebab I don't have the criteria for it. She explained that selalunya orang yang ada kotak suara tinggi ni kalau kita letak jari kat bawah dagu kita tak muat untuk 3 jari. Seram gak I dengar. Ialah dah nak kena sorong masuk dalam operating theater kena declare 'difficult patient' mau tak seram bunyinya. Lepas dia masukkan medicine into my IV terus I kong. Terrer gaklah anesthesiologist tu sebab first try sekejap jer dia dah dapat cucuk line for my IV unlike the other nurses yang susah nak cari my veins yang halus tu.

I masuk operating theathre pukul 3.30 petang, two hours later baru terjaga. Lepas tu baru nurse tolah masuk ward. Kebetulan pulak dapat wing yang sama macam bulan lepas and bilik sebelah bilik yang I masuk last month. Jumaat baru I discharge. 






best duduk hospital ni boleh order makanan best-best hehe...
Nasi putih, daging masak black pepper, sayur, sup cendawan and juice of the day.



nasi ayam

tapi selalunya I makan separuh jer and separuh lagi budak-budak habiskan.



bertuah sangat ada anak ni sebab time Mama tak boleh bongkok sakit and tak boleh turun katil dialah yang banyak tolong. Mama love you so much Kakak. Muah....muahhh....

Nampak tak tu siap pakaikan stokin lagi.

So I actually start working last Thursday after MC habis. Itu pun balik siap nak demam and sakit pinggang gila sebab badan tak recover sepenuhnya lagi. Jumat terus ambik half day leave sebab badan dah rasa lain macam.

Ohh guess what ....



this is my bill for the Laparoscopic surgery. Nasib baiklah insurance company yang bayar kalau tak pengsan Akak. 


Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan ke 13 & 14 - Asthma, laksa dan bunga api

Tahun ni agak mencabar jugaklah untuk Adik sebab asthma dia datang kerap jugaklah dalam bulan puasa.



hari Isnin dah kena nebuliser. Teruk sangat dengar bunyi batuknya. Lepas kena nebuliser baru okay sikit.
  

Tapi semalam pun kena nebuliser lagi sekali. Minggu lepas dah kena sekali.
Dah dua hari MC tak pergi sekolah.


welll the haze is back....why oh why =(


nak jugak letak gambar tuan tanah kedaung


Laksa Utara Tanjung Dawai ni memang marbelles. Dah macam selang sehari pulak derang ni berbuka dengan laksa.


semalam adalah pulak orang jual bunga api dan mercun. Bila I acu my handphone nak ambik gambar, budak yang jual mercun tu muka dia dah macam cuak. Jangan risau dik sebab Akak tak report. Lagipun tu anak Akak pun sama beli pop pop -_______-
Pop pop jer dibenarkan beli, mercun tu tak leh bagi budak-budak main sebab bahaya. Tapi masa kecik-kecik dulu kitalah yang paling galak main bunga api dan mercun hahahaha.


Hari ni Adik still semput lagi so doktor refer to pediatrician kat Damansara Specialist.
Sejam jugaklah dalam bilik doktor. Sempat jugaklah doktor tarbiyah tentang pemakanan yang baik. 

So let me share apa yang doktor tarbiah kami almost sejam hihi...

Doktor kata most most of our allergies comes from our food. So kalau boleh jauhkan makan basically 'junk foods' macam nuggets, burgers, biskut, ikan bilis, udang kering, nasi lemak etc. Durian pun tak bagus untuk dimakan untuk orang semput.

Jangan minum air yang berperisa because they have colorings and a lot of sugar. Banyakkan minum air masak or fuit juice. Then janganlah kat rumah nak pasang air humidifier, aromatheraphy, lilin wangi and so on cause it pollutes the air. 

Air humidifier tu pulak akan menyebabkan lembapan yang akan menghasilkan fungus and mildews. 

Then he also told us that carpet and cats don't cause the allergies. So janganlah sampai buang kucing kat rumah tu ya.....sian kucing. Tapi rumah kami memang tak ada karpet.

So conclusionnya after jumpa doktor, Adik dapat MC lagi tiga hari sampai hujung minggu. Raya Cinalah budak tu minggu ni tak payah pergi sekolah. Ubat punyalah banyak kena makan and next week kena datang jumpa doktor balik for follow up check.


Thursday, July 18, 2013

Ramadhan ke 8 - MRI and X Ray


Dah sebulan dah menderita (menderita katanya......layankanlah jer ya) I sakit dari bahagian tengkuk bahagian sampai ke belakang. Dah jumpa GP and boleh kata hari-hari duk telan pain killer and muscle relaxer tapi sakit tak jugak hilang-hilang. Sejak seminggu ni dah mula rasa sakit menular sampai ke my jaw. 

This week memang dah tak tahan sangat sakit. So I requested to see my orthopedic specialist yang I pernah jumpa last April. 

Kali ni punya appoinment terus my specialist suruh buat MRI leher and X ray bahagian bahu sebab my bahu kadang-kadang sakit and ada bunyi cracking kalau I swing my hand.

Alhamdulillah tak payah tunggu lama sangat for the MRI. Ada jugaklah pakcik-pakcik kat sebelah I yang mengomel thru phone kat anak dia yang dia kena tunggu lama dan sangatlah bengang.

The MRI part was the scariest part epecially for somebody who is clautrophobic. Sorry lah I nak masuk mesin tu sorang-sorang. I force ayah budak-budak ni teman dalam bilik MRI tu and hold my leg hehehe.

Luckily this time they gave me an earphones to listen to radio station. Mesin tu boleh buat you rasa macam tak boleh bernafas. Dahlah warna putih dalam tu pastu rasa macam dinding dia seinci jer from your face. Which is actually notlah.....mungkin ada sejengkal kot. Pastu mesin tu keluarkan bunyi punyalah kuat....sabar jerlah. Dekat setengah jam jugaklah I kat dalam tu. What I do is close my eyes and pretend that I am at spa relaxing.....hahaha.....
Ayah budak-budak ni kata dia sampai tertidur-tidurlah sambil pegang kaki I tu.

Then I had to do x-ray for my shoulder. 2 kali okay buat x-ray. Dah sampai klinik specialist kat atas sekali dapat call suruh buat balik x-ray sebab derang tak dapat capture my shoulder bone terbuka. Letih tau especially bulan-bulan puasa ni. Tapi nasib baiklah the guy yang buat x-ray tu was so polite and nice....so idaklah rasa nak marah.

So I got my MRI and x-ray result at that instance. 

Neck pain is cause by slip disc. So I kena buat my physio sessions again. Kalau sakit sangat jugak nanti kena buat minor surgery to release the neck pressure.

Shoulder pulak sakit sebab tulang bahu sepatutnya lurus straight tapi my shoulder bone dah ke bawah so itu yang dia berlaga dengan tulang lain dan sakit. Disebabkan sakit so doctor bagi dua jab kat bahu semalam untuk relieve the pain. Tapiiiiiiiiiiiiii....lepas tu sakit gila my arm for a few hours sampai tak boleh nak angkatlah my left arm. Tapi hari ni rasa ringan pulak bahu hehehe.....


Ramai  yang nak buat MRI dan X ray semalam


DSH tengah buat major renovation sekarang. Tak lama lagi caniklah kot interrior dia.



ni petang semalam. Budak lelaki ni memang ketagih kueyteow dari gerai ni. Every ramadhan without fail mesti beli from this gerai. 

Subuh tadi kitaorang bersahur dengan nasi putih, ayam goreng dan mee goreng Cintan. Mee goreng tu I sebenarnya yang teringin. Makan nasi hari-hari untuk sahur bosan jugak. Tapi teh sejuk mesti ada untuk sahur kalau tak tak lalu nak bersahur =)



Tuesday, June 25, 2013

Sama jer kisahnya tiap-tiap tahun - JEREBU!


Dah jadi macam seasonal pulak jerebu nikan. Tiap-tiap mesti ada pastu time yang agak-agak sama antara Jun sampai September. 

Bosanlah macam ni. Kerajaan Indonesia ni takkanlah tak reti-reti nak ambik tindakan ke atas corporation yang bertanggung jawap 'meracun' berjuta-juta orang tiap-tiap tahun.
Same old story every year =/

Semalam sekolah declare cuti tapi hari ni sekolah macam biasa but my children I tak bagi pergi sekolah hari ni sebab tahap jerebu yang masih teruk. Anak-anak I ni asthmatic so tak naklah ambik risk, nanti kalau kena serang asthma dekat sekolah kita jugak yang susah. I'd rather they stay indoors. Melambunglah bil elektrik bulan ni sebab airond 24 jam kat rumah tu. Nak buat macamanakan tingkap pintu semua tak boleh nak buka sebab bau kuat asap jerebu.

Semalam si kecik ni sibuk nak makan roti canai. Told her we can only tapau balik makan kat rumah. Singgah pharmacy sebelah kedai mamak tu beli stok facemask.


untuk si kecik yang asthmatic ni, I belikan mask N95. Satu RM10.
Mask ni tebal sikit daripada mask biasa. Necessary for her.


Adik kata daripada tepi nampak macam duck face :>


dah rupa macam nak rompak bank. Malam pun jerebu still teruk. No choice kena jugak keluar sebab nak hantar Abang tuition.


dalam ofis pun still bau asap jerebu....nampaknya orang yang asthmatic macam I ni kenalah pakai mask dalam office

Apa-apa pun janganlah keluar berjalan sangat time jerebu teruk ni, stay indoor ok.

Thursday, March 28, 2013

Kelas yoga semalam

Saya ponteng kelas yoga semalam sebab lepas buat physio the day before bahu saya sakit ya amat. So semalam saya observe jerlah kawan-kawan exercise.



Ada kawan yang baik menghantar fatwa tentang yoga. Katanya ada fatwa kata yoga haram tapi kami tak ada chant apa-apa pun just pure exercise. Is it still haram?. Anyone?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 7, 2013

Kelas yoga pertama


Jawapan bagi sapa yang terlipat dan sapa jadi lepat telah terjawap semalam.

Akak ler yang jadi lepat semalam. 

Lama dah tak berexercise. Gym pun dah lama ditinggalkan. Padan muka bila buat exercise sakit sana...sakit sini. Jangan sangka buat yoga ni senang. Banyak rigorous moves jugak walaupun tak adalah terloncat-loncat...terkinja-kinja macam masuk kelas aerobik. 

Pakcik umur 70 tahun lagi fit dan flexible dari I tau #tutupmukamalu. Kitaorang yang muda-muda ni (mudalah sangat) terouch sana teradui sini. Nampak sangat semua jarang exercise.

Lama dah sebenarnya cadangan nak buat kelas yoga kat office tapi tak menjadi-jadi sampailah boss yang push kan. Instructor yoga terlatih memang dah ada kat office. One of our collegue memang mengajar yoga part time so apalagi......kita mintaklah dia ajar. RM20 jer untuk 4 sessi sebulan. Okay sesangatlahkan.




my purple yoga mat. Pink tak ada...purple pun bolehlah. Akak tak memilih.



Concentrate...inhale exhale.
Rupanya nak breathing pun ada right technic ek



yang ni tak tau....buat yoga atau tarian inang


gambar boss kena blurkanlah. Boss pun sporting join kelas yoga kami. Actually boss yang nak sangat kelas yoga ni sebab dia ada problem dengan stomach. So try buat exercise yoga, mana tau boleh reducekan atau curekan sakit. 

Basically, I think yoga is to relax and clear your mind. Kitaorang kelas tak ada chant just purely exercise. Part paling bestadalah bila 10/15 minit terakhir cikgu suruh baring, tutup mata and clear your mind. Rasa macam nak terlelap. Kalau tertidur terus ni mau malu kang hahaha...

Lepas kelas yoga semalam, mengantuk giler. So cubalah google. Rupanya kalau lepas yoga kita mengantuk maknanya badan kita banyak toksik. Alamak nak kena detoxlah macam ni. Masalahnya....Akak malas >.<

Hari adalah sore sana sini...hehehe....adatlah kalau berexercisekan.


Thursday, September 27, 2012

Jiwa kacau

Kadang-kadang rasa macam bagus jugak blog I ni tak banyak reader so kalau nak meroyan tak tentu pasal hari-hari pun bukan ada orang kisah pun. 

Boleh hilang sabar dengan kerenah manusia kat office ni tau.  Hari ni contractor datang untuk pasang plug powerpoint for a few people kat office tu. Pasang extra pun sebab last few days office power trip sebab ada power extension cord cikai yang dibeli Admin Dept banyak faulty. So untuk mengelakkan perkara berulang management decide untuk pasang UPS point baru. Ada manusia kat office tu yang macam tak boleh tengok orang lebih dari dia, laju jer dia pun nak. Pastu bukan kira, tau mengarah jer. Perkara yang melibatkan kos kenalah tanya permission boss dulu. Bukannya boleh main terjah suruh contractor tu pasang. Sapa yang nak bayar kos tu....bila diberitahu kos nak pasang satu UPS tu dalam RM100++ terus tersenyap dan I yang disentapnya. Malaslah nak cakap....bikin gua stress. 

Kalau cerita pasal manusia kat office ni 10 hari 10 malam tak habis cerita. Bikin hati panas jer. 

Tengahari tadi pergi Sime Darby Medical Centre. Kebetulan ayah budak-budak nak melawat kawan dia kat sana. So I tag alonglah nak melawat anak buah yang kena brain cancer hari tu. Unfortunately, dah transfer pergi SJMC sebab today dia kena buat treatment chemo. Tak boleh nak bayangkan budak 10 tahun kena buat chemo. Alangkan orang besar pun tak tahan after effect chemo, inikan lagi budak besar Adik. Mak dia kata dia mengadu leher dia rasa panas and badan tak sedap. Kita ni hanya boleh sabarkan jer tapi kita tak tahu apa yang patient rasa. Hang on boy....aunty pray that you can sail it through easily. Insyaallah.Dengan izin Allah.



lobby SDMC yang sangat cantik macam lobby hotel



lunch sorang-sorang sementara tunggu ayah budak2 visit kawan dia

While I was queueing for Subway, sempat sembang dengan this one mat salleh lady. Boleh tahan jugak bahasa Melayu dia. Tu yang terjebak bersembang. Anak dia patah kaki so kena buat operation. Dah lima hari duduk hospital, so anak dia dah restless sangat and nak balik. I compliment her on her Malay....suka dia. Dia kata dia dah lebih 30 tahun duduk Malaysia sebab dia kawin dengan Malaysian Chinese. So she said her chinese is better than her malay. Pastu dia kata yang anak-anak dia selalu gelakkan dia kalau dia cakap bahasa Melayu.Dah hujung-hujung conversation tu, dia tanya I samada I tengok tak rancangan Bella NTV7. Anak dia Vanessa dalam rancangan tu. Then I ask her back samada anak dia Vince AF ke?. Betullah tu, anak dia Vince AF. Bagus betullah mummy Vince ni, very friendly lady.

gambar lampu hospital pun jadik ambik



sempat lagi camwhore kat hospital

muka tension sebab melayan kerenah manusia-manusia di office.
Ada yang 10 kali buka email...10 kalilah lupa password and everything nak kena reset password baru. Penat aciklah. 




ni nak promo sikit butik kawan. Kalau rumah dekat-dekat area Taman Melati atau Saujana Utama 3, pergilah check out butik Mediina ya. Thank you. 

Tajuk jiwa kacau tu sebab baru tengok episod 19 Adam dan Hawa. Sian Am jiwa kacau =)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, September 9, 2012

Appointment doktor semalam


Dua bulan sekali memang ada appoinment dengan Specialist kat Damansara Specialist.

Masak sangat dah kalau appt pukul 11 pagi tu, jangan haraplah dapat jumpa on time sebab doktor selalu lambat. Dia pergi buat rounds dulu kat ward.

Masa masuk parking hospital, ada ternampak kereta peronda polis dalam parking tu pastu ramai staff hospital kat one of the car. Apalah cerita gamaknya, nak pergi kepochi dah almost pukul 11 masa tu (plus takut gak kot-kot ternampak apa-apa yang menyeramkan). Cik Abang kita memang ler tak kaki kepoh macam kita, so bila tanya dia apa cerita sebab dia parking kereta selang dua/tiga kereta dari kereta yang suspicious tu dia kata ntah. Tu mesti dia pun takut nak kepochi tu.

Almost setengah jam jugaklah melangut tunggu doktor. Nasib baiklah, dia masuk-masuk jer terus nama I kena panggil. Rushing semalam sebab nak kena pergi open house. Pastu member-member ni pressure kata certain-certain time kena be there. Agak-gaklah kawan-kawan, bukan senang nak dapat slot Saturday nak jumpa my specialist ni. Lagipun appoinment ni dah pre-book 2 months ago before tahu ada open house pun. Sentap gaklah I kat whatsapps tu sampai I kata kalau tak sempat I'll see them lain kali. 
Kalau facial appoinment ke, tak kisah ler nak kensel-kensel....ini hal kesihatan.


menunggu doktor yang tak kunjung tiba.

Lawa tak my shoes?. Primavera jer....nak beli kasut Ferragamo tak mampu =P

Hari ni melepek rumah satu hari sebab penat pergi open house semalam. Jalan kat KL jam seantaro dunia.....stress Akak.

Citer open house sambung next postlah ye....nak gi layan budak-budak tecit datang beraya.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 16, 2012

Kena asthma rupanya

Dah seminggu lebih sebenarnya Adik batuk teruk, demam dan selsema. Minggu lepas sebenarnya dah bawak Adik pergi klinik. Budak kecik tu siap dapat MC ponteng sekolah masa minggu ujian sekolah.

Malam-malam punyalah batuk kong..kong...sampaikan ayah dia dengan I tak boleh tidurlah sebab dia batuk non stop.

2 hari lepas dia batuk teruk sangat sampaikan I boleh dengar yang dia wheezing.
Malam tu jugak angkut dia pergi klinik 24 jam sebab batuk tak berhenti-henti.

Nasib baiklah I berdegil jugak nak bawak dia pergi klinik. Kalau ikutkan ayah dia, dikatakan anak dia batuk biasa jer.

Doktor dengar ada bunyi wheezing dan demam. Ubat klinik yang pergi minggu lepas semua dah habis termasuklah anti-biotik. So doktor suruh pakai nebulizer kat klinik.




 


muka tak larat dah tu


Bagi yang tak pernah tengok mesin nebulizer tu, macam nilah rupanya.

Lepas kena nebulizer tu barulah nampak kurang sikit batuk dia dan tak adalah muka layu susah nak bernafas.

Lain kali kalau anak-anak batuk atau kita sekali pun batuk teruk non stop, baiklah pergi check doktor sebab takut ada asthma jer. Lagi pun takut kalau tak ditreated nanti kena pneumonia. Lagi bahayakan, dahlah sekarang ni musim orang sakit.

Doktor bagi ubat asthma, ubat batuk, ubat selsema, ubat demam dan ubat alahan. Surprisingly kena charge RM65....tak adalah mahal sangat.


Jaga kesihatan okay semua. Selamat hujung minggu.

Tuesday, January 31, 2012

Abang dia kata adik dia dah rupa Kha-irul Fah-mi

My baby's face was swollen yesterday sampaikan mata nak bukak pun tak boleh.
Poor baby.

Malam sebelum tu okay jer muka dia tapi bangun the next morning muka dia dah puff up macam ikan buntal. Bijik mata pun hilang. Hidung terus terkembang.

Letih tengok budak kecik ni menggaru-garu muka dia.

So pagi semalam bawak dia pergi klinik tapi mak aihhhh lamanya menunggu. Budak ni dah tak tahan menggaru-garu. Nasib baiklah I baik jugak dengan Akak-akak kat klinik tu so dia bagi kitaorang cut queue. Emergency case kan. Nasib baiklah jugak jump queue sebab lepas tu I kena rushing balik office untuk Lion Dance. Tiap-tiap tahun mesti I kena jadi ccordinator untuk Lion Dance......benci tau sebab bunyi gendang dia kuat sangat. I don't like.

Abang duk gelakkan adik dia. Diejeknya budak kecik tu, kata muka Adik macam Kha-irul Fah-mi. Apalagi melalaklah budak kecik tu.




Amacam ada lebih kurang sama tak? Kah...kah...kah...

Mamanya pun sama nakal siap google gambar KFCM tunjuk kat dia. Lagilah bertambah bengang dia.



Pakai baju sekolah sebab ingatkan nak hantar dia pergi sekolah. Sekali tgk muka bengkak teruk sangat so kansel. Doktor kasi MC sehari jer. Hari ni muka Adik bengkak lagi.



adik angkat KFCM



She maybe allergic to the face mask. Malam sebelum tu dia pi letak facemask kat muka dia. Don't point at me cause bukan I yang belikan facemask tu untuk dia tapi Ayah dia yang beli. Atau mungkin allergic to chlorine or something sebab Sunday tu dia pergi swimming dengan kawan baik dia. We're still unsure what trigger the allergy.

Anyway, I would like to wish Selamat Hari Wilayah kepada semua yang bekerja dan tinggal di WP. Kepada warga-warga negeri lain......pergi kerja macam biasa ya, jangan memonteng.

Besok I cuti walaupun office I di Selangor.

Kenapa?.......sebab Mothership kami di Kuala Lumpur =D

Cuti....cuti....cutiiiiii.......


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin